16 January 2011

FoodHunters: Nasi Tomato Batu Lanchang

Terangkat!
RM5 
Itu apa yang boleh nak dicakapkanlah bila kali pertama kaki melangkah ke destinasi makanan pilihan FoodHunters kali ini iaitu gerai Nasi Tomato yang terletak di dalam kawasan Batu Lanchang Pulau Pinang!

Kelihatan tukang masak
sedang menggoreng ayam


Gerai Nasi Tomato di sini menyediakan pelbagai jenis lauk yang mampu dipilih oleh pelanggan, itupun kalau lauk pauk itu masih berada di atas meja, kalau tak, pelanggan terpaksa tunggu lauk tersebut masak terlebih dahulu. Dapur masak hanyalah terletak dibelakang meja tolak tersebut tu sahaja, jadi pelanggan boleh nampak terus bagaimana lauk tersebut disediakan dan antara lauk yang selalu habis seawal gerai dibuka adalah ayam goreng dan juga daging masak kicap.

 Gerai yang dibuka hanya pada sebelah malam (tengah malam) iaitu bermula 12 tengah malam sampai lah nasi habis ini menerima pelanggan yang tak putus-putus mengisi perut mereka yang lapar. Gerai ini dibuka setiap hari tapi ada 1 hari ni, tutup, tapi tak pasti lah hari apa yang tutup,sebab setiap kali pegi, asik bukak jer ...

 Jangan ada yang kecewa kalau-kalau sampai untuk merasai kenikmatan dan kelazatan makanan disini, ada yang terpaksa beratur panjang sebelum anda 'dibenarkan' untuk makan. Memang menjadi kebiasaan dan tradisi beratur sepanjang yang mungkin disini, tak perlu tunggu hari minggu, hari-hari biasa juga menjanjikan situasi beratur panjang di gerai nasi tomato ini, dek kerana pelanggan yang tak putus-putus dan juga mungkin susunan lauk dan nasi yang menyebabkan perkara ini berlaku.



Berikut merupakan laluan dari Universiti Sains Malaysia ke Gerai Nasi Tomato tersebut yang terletak dalam kawasan Taman Seri Damai Flat


4 comments :

  1. Mana lagi syok?depan usm k yang ni?

    ReplyDelete
  2. 2 2 best, tp bg aku personally, yang nih kari dia lagi kick!
    yang nih malam, yg depan usm tu siang
    apa2 pun, 2 2 best!

    ReplyDelete
  3. wehh..tolong buat entri chicken milani kat ggtown!

    nice post..i loikee~~

    ReplyDelete
  4. MMg sedap sesgt,sy peminat setia..tp layan serr...ckp kasar,tinggi2 suara,ulang2 ckp mcm perli,muka masam...cuma sorang ja yg pakai spek tu.sentiasa cool..

    ReplyDelete