15 June 2014

Fred’sLife : Tempoh Peralihan

Harini aku tatau kenapa rasa macam dull sangat. Aku rasa macam kosong. Mungkin diri tak cukup dengan Allah? Mungkin. Sebab tu aku rasa kosongkan? Tapi tatau kenapa aku rasa macam masa berlalu cepat sangat, apa yang dirancang ada kadang menjadi ada yang tak menjadi. Aku macam tengah tunggu sesuatu yang boleh bagi aku kepuasan. Tunggu tapi aku tatau benda tu ada ka tak, nak mai ataupun tak.
Lepas kerja dekat KL and balik Kulim, aku realize yang sebenarnya aku rapat dengan family aku tapi aku jauh dari kawan-kawan aku. Most of my friends duduk KL, memang membesar dekat KL dan ada yang mastautin kerja kat KL dan depa ni tak pulak balik kampung halaman sebab kat kampung depa tak boleh nak offer kerja yang depa nak. Aku ni pun besar rahmat boleh balik Kulim, sebab dapat kerja kat Penang even though nak kena travel almost sejam hari-hari.

Aku ingat lagi. Masa aku habis SPM dulu, meriah sangat. Sat-sat dia ni mai rumah amik aku pi la jalan-jalan mana-mana. Seriously time tu rasa macam “Wow! Lihatlah dunia, aku dah besar! Aku dah boleh drive, aku dah ada duit sendiri untuk jenjalan” – sebab masa tu semua pakat buat part time. Time cuti semua boleh spend duit masing-masing. Aku rasa tu moment yang best kot dalam part of life transition aku. Sekarang bila aku dah balik dari KL, stay kat Kulim, kawan-kawan lama aku dah tak dak. Semua dah bawak haluan masing-masing... Nak cari balik? Susah la. Nak jumpak time raya pun rasa macam kelam kabut dah. Sebab time raya semua nak spend dengan family, pastu cuti tak panjang, kerja semua jauh-jauh, nak kena rush balik rumah pulak sebab dah nak kerja esok-esoknya.

Jumaat lepas. Aku rasa rindu sangat Kuala Lumpur. Aku mengaku aku tak suka KL. Aku rindu Kuala Lumpur sebab dekat sana aku ada kawan-kawan. Aku cuba nak spend the quality time with them. Tapi banyak sangat aral melintang. End up aku tak pergi pun KL tu.

Then apa ja yang aku buat kat weekend ni? Aku melepak dalam rumah, basuh kereta. Oh yes! Sabtu petang aku shoot masuk pulau, jumpa sidik. Lepak dalam bilik hostel dia memandangkan dia dah nak habis master tak lama lagi. Lepas ni, dia dah tak duduk situ dah. Aku actually dah set dalam mind aku since April itu hari. Bulan 6 ni, Sidik dah last kat penang. Aku kena prepare mental yang aku dah tak dak geng melepak kat Penang. Yang lain memang la ada, tapi semua jenis dah berkeluarga, so bila nak ajak melepak ni dia jadi macam tak berapa nak gila-gila macam dulu ... But then, Sidik dapat offer praktikal kat Penang untuk 3 bulan, so dia akan duduk kat penang sampai September lah! Yeay! At least kan ...


But the point is now. Aku still rasa tak best! Aku tatau kenapa ... aku rasa kosong ...

09 June 2014

Fred'sLife : Cucuk Kad ATM, Cash Tak Keluar

Terkejut beruk ....! Serious terkejut bila withdraw dekat UOB guna kad HSBC aku, setelah berdiri depan mesin ATM tu tunggu application diproses tetiba keluar kad sahaja, cash tak keluar, resit tak keluar ... Aku selamba ja ingatkan tak dak apa2. Bila check online.. amik hang! dia dah tolak cash dari akaun aku siap dah kena cas rm1.

Jangan Gelabah!
1. Simpan resit (kalau ada resit)
2. Ambil no mesin ATM. Setiap mesin ATM ada serial nombor dia. So just take note.
3. Call bank yang issue kad ATM tu. Macam kes aku, aku kena call HSBC inform la.
4. Masa call tu customer service akan tanya macam-macam soalan untuk verification dengan bagi details no mesin ATM tu atau no resit.
5. Kalau sama bank, say pakai kad HSBC cucuk dekat HSBC then depa akan return balik dekat hampa within one week. Kes paling cepat esok dapat dah kot. Tapi kalau kata interbank, dia macam take time lama nak arwah! Aku call customer service HSBC dia cakap, disebabkan aku cucuk kat UOB guna kad HSBC, so it takes time 30 - 50hari bekerja. Once ready nanti bila duit tu dah refund masuk dalam akaun aku. Pihak HSBC akan call maklum pada aku.

Dahlah... aku sekarang kena banyak sabar... Tunggu lah nanti masuk dalam akaun, boleh raya balik lah ;)

Bubbye