17 June 2026

Fred'sTravelog: Dhufuyurahman - Haji Faiz Fuad



bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi (
﷽)

Sambil menunggu untuk berlepas

Dalam satu petang yang tak pernah disangka-sangka tapi sentiasa dinanti-nantikan, aku ada terima satu panggilan masuk dari satu nombor telefon pejabat yang tak pernah dikenali. Yang jadi agak pelik, hari yang dia call tu hari Isnin dan hari cuti umum. Almost impossible, office was operating dan call pelanggan semua tu. Aku masa tu kat rumah ibu, dok ada dekat bawah, ibu dok ada dekat atas. Tak semena-mena, call masuk tu bertanyakan beberapa detail berkenaan aku - nama, alamat, no kad pengenalan semua. Katanya, panggilan tu datang dari Tabung Haji. Agak pelik sesungguhnya tambah pula masa tu tengah mencanak scam call dari LHDN, Tabung Haji etc. Antara nak percaya ataupun tak, pegawai yang mendakwa dirinya dari Tabung Haji tu maklumkan pada aku bahawa aku terpilih untuk menunaikan Fardhu Haji, Rukun Islam Ke-5 pada tahun ini, tahun 2022 bersamaan 1443H. Tak boleh nak digest pada asalnya, jadi aku buat kepastian sekali lagi, adakah benar apa yang dia inform dekat aku tu. Jadi pegawai tu maklum, boleh semak dalam THiJari surat tawaran tak lama lagi dan perlu berurusan sekian-sekian. That's fine, aku pun semak lah dalam THiJari tu, indeed ada surat tawaran tu, Alhamdulillah. Serious, tak sangka dan syukur sangat dijemput jadi tetamu Allah untuk tunaikan haji pada tahun ini dan pada umur yang agak muda, at 32 years old. Ok, tanpa dok explain panjang-panjang pasai ni semua, jom aku nak share serba serbi dari step awal sampai dah habis ibadah Haji ni.

Beberapa saf dibelakang sudut Hajarul Aswad

Pra Penerbangan

Bila cakap pasai pra penerbangan ni, semua benda yang related to sebelum kita berlepas. Untuk tahun haji tahun ni, apa yang aku tau quota untuk tunaikan haji dikurangkan hampir separuh berbanding quota haji bagi tahun sebelum-sebelumnya. Disamping itu, syarat untuk tunaikan haji juga diperketatkan dan salah satu syarat adalah umur kurang dari 65 tahun dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik. Semua jemaah yang terpilih perlu menjalani saringan kesihatan di premis kesihatan swasta terpilih bawah pemantauan TH. But before jemaah ni mendapat salinan buku kesihatan warna putih yang perlu dibawa ke premis kesihatan ini, simpanan dalam akaun TH mestilah mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membiayai dana untuk pergi haji ni. Untuk tahun 2022M/1443H ni, kos haji yang dikenakan adalah pada RM12,900. Ada dengar juga yang dapat kurang dari tu, sebab dikategorikan sebagai B40, dikenakan kos rendah sikitlah dan kalau hampa mai haji buat kali kedua, tak dapat dah harga RM12,900, akan dikenakan kos RM25k kalau tak silap aku. Pihak TH akan tolak lah dana tu dari akaun hampa straightaway and hampa akan dapat beg, buku semua tu. Disebabkan panggilan aku pada very last minute, which is lagi 2 minggu nak fly, as good as lagi 3 minggu nak wukuf, keadaan sangatlah kelam kabut. Passport aku kebetulan mati hujung 2021 dan since tiada keperluan untuk renew sebab tak boleh pi mana sebab Covid-19, maka memang expired lah passport tu. But, fret not, kalau hampa dapat jemputan haji, just straightaway bawak surat jemputan haji tu ke Pejabat Kastam untuk renew passport, ensyallah, dapat fast lane. Alhamdulillah, bila hampa ni pegang title dhufuyurahman ni, everything was fast lane bawah seliaan TH ni. Buat passport last minute pun dapat priority, jangan risau, just bawa surat jemputan, bagitau kata nak buat passport, akan dipercepatkan dan kos nak renew passport pun dapat RM100 sahaja berbanding kos sebenar.

Keadaan subuh di dataran, hanya dalam Ihram dibenarkan masuk ke dataran

Oh! For the record, jumlah hari aku tunaikan haji adalah keseluruhan 48 hari dari hari setibanya di Mekah hinggalah pulang balik ke Malaysia dari Madinah. Jadi sepanjang tempoh menunaikan haji ni, kena ambil cuti lah ya. Kalau company ada sediakan cuti Haji alhamdulillah, kalau tidak, bersedialah juga untuk Unpaid Leave. Macam aku, company aku ada allocate Cuti Haji, tapi sebab aku baru berkhidmat dengan company ni baru 2 tahun, allocation tu tak valid, sebab bawah policy company, Cuti Haji layak untuk yang dah berkhidmat dengan company setelah cukup 5 tahun. Dan aku ambik extra 5-days sepulang ke tanah air untuk redakan jet-lag semua tu.

Let's talk about Pasca Penerbangan pula, nak cerita details dekat airport semua tu, it's too details, but frankly hampa akan rasa hampa sangat diraikan dan semuanya sangat lancar sepanjang perjalanan menuju ke airport dari tempat berkumpul jemaah sehinggalah tibanya ke airport Jeddah. Macam batch aku, kami terus masuk ke Mekah, jadi turunnya ke Jeddah, lagi satu nak habaq, aku buat Haji Ifrad, jadi flow cerita ni kendian adalah flow Haji Ifrad.

Penginapan

Hostel: Land Premium, Mekah

Ahli jemaah bilik 1209, Land Premium, Mekkah
Dari Kiri Belakang: Haji Shaiful, Haji Ibrahim, Haji Dr Johari, Haji Akmal, Haji Sazali, Ust Haji Zamri, Brig. Gen. (B) Haji Razak,
Baris Kiri Depan: Haji Faiz, Haji Ilias

Setibanya di Mekah, kami ditempatkan di dalam bilik yang boleh memuatkan 9 orang jemaah lengkap dengan fasiliti dua bilik air. Setiap seorang diberikan 1 katil single empuk bersama bantal tidur dan selimut comforter. Sungguhpun cuaca panas diluar, dalam bilik terasa sejuk aircondnya. Keadaan bilik / floor hotel seakan hostel. Bilik sebelah merupakan bilik pasangan masing-masing, jadi untuk bergerak ke masjid berpasang-pasangan tiada masalah, boleh saja ketuk pintu. Ada jemaah selesa bergerak ke masjid mengikut pasangan, ada jemaah selesa bergerak mengikut jantina masing-masing. Bagi aku sendiri, aku lebih gemar bergerak ikut jemaah lelaki, sebab nanti dekat masjid akan berpecah saf, dan selesai solat perlu tunggu pasangan masing-masing pula. Jadi bergerak sendirian itu lebih tidak terikat, cuma kalau rasa nak pergi shopping/makan sedap-sedap rasanya elok bawak pasangan supaya tak ada yang terkecil hati, tapi kalau sekadar pergi-balik masjid, seorang bagi aku tak ada masalah.

Menelusuri terowong dari Misfalah (Kawasan Hotel) menuju ke Masjidil Haram, akan keluar berhadapan Tower Clock

Ahli jemaah bilik aku alhadulillah semua sekepala, seronok jadi teman sebilik sepanjang berada di Mekah. Masing-masing bagi kerjasama yang baik dan bertoleransi. Bagi yang bakal menunaikan haji/umrah, sebelum nak bergerak ke sana tu, berdoalah kepada Allah supaya segala urusan di Tanah Suci dipermudakan dan diberikan teman sebilik yang ada sifat toleransi, tolong menolong semunyalah. Ensyallah diberikan kemudahan tu.

Keluar dari terowong kena lalu dataran macam hentian pas, panas lit-lit, rasanya waktu ni dalam jam 10pagi

BTW, jarak dari hotel kami menuju ke dataran masjid adalah 1.2km bagi satu hala. Bayangkan pergerakan kami pergi dan balik untuk menunaikan solat fardhu setiap waktu adalah 2.4km pergi-balik. Aku tak boleh imagine, kalau ada adik beradik aku yang dah tua dan yang tak mampu nak jalan jauh perlu berada dalam keadaan ini. Kita rakyat Malaysia ni jarang-jarang jalan jauh, tapi alhamdulillah tak terasa jauhnya tu, sungguhpun aku sendiri tak cukup fit, sebab jarang nak brist walk atau jog sebelum datang sini, tapi bila dah sampai sana memang rasa ok ja jalan sehala 1.2km tu. Cuma masa awal-awal disana, kami kurangkan ke masjid sebab masing-masing jaga kesihatan untuk persiapan ke Arafah. 

Mesti cuba aiskrim Mekah, cuaca panas makan aiskrim, terbaik

Tapi jangan risau, solat berjemaah masih boleh. Ada surau di dalam hotel dan ada juga beberapa masjid yang ada di sekeliling hotel. Cuma, definitely, suasana tak serupalah macam dekat dalam Masjidil Haram.

Khemah: Arafah

Arafah ni boleh dikatakan cabaran pertama ketika dalam jejak perjalanan menunaikan ibadah Haji. Mana tidaknya, kalau di hotel di Mekah, kita masih boleh bermanja dengan tilam empuk dalam bilik, keselesaan bilik air dan kesejukan atau kenyamanan penghawa dingin. Di Arafah, boleh lupakan semua itu. Usai menjejakkan kaki ke tanah Arafah, bahang cuaca panas menerpa dan memberi salam kepada setiap jemaah saat keluar dari pintu bas yang membawa kami ramai-ramai dari Mekah ke bumi Arafah. Alhamdulillah, tahun ini, setiap jemaah dibekalkan dengan satu tilam nipis dan bantal kecil habuan untuk "cup" tempat dan lapik kepala.

Di sini, cuacanya sangat mencabar, saya personally lebih gemar berada di luar khemah berbanding di dalam khemah. Awalnya, keadaan dalam khemah tidak begitu selesa, dengan jumlah jemaah di dalam khemah lebih kurang 200 orang dan penghawa dingin yang tidak berfungsi sepenuhnya, maka tidak hairanlah berada di luar khemah lebih selesa. Tapi keadaan diluar jika berangin, siap sedia dengan debu pasir.

Keesokannya merupakan Hari Arafah, Khutbah Arafah diperdengarkan dan bermulalah waktu berwukuf bagi para jemaah. Kami meninggalkan bumi Arafah setelah selasai solah Maghrib dan Isyak, beratur menaiki bas ke Muzdalifah. Kebanyakan jemaah pada ketika ini sudah mulai keletihan.


Bermalam di Muzdalifah

Bermalam di Muzdalifah bunyinya macam tiada apa yang perlu difikirkan, tapi setelah jemaah masing-masing sudah terbiasa tidur dan berehat di hotel dengan tilam empuk, bergerak ke Arafah tidur berdekatan dengan lapisan tilam nipis dalam suasana khemah kurang selesa, sedikit mencabar apabila tiba di Muzdalifah, jemaah berkumpul di suatu kawasan lapang, berbatu, berdebu dan udaranya kering, pada saat itulah tawakal dan berserah itu menenangkan jiwa dan melapangkan dada. Laksanalah amalan yang boleh dilakukan ketika bermalam di Muzdalifah sambil menunggu giliran untuk menaiki bas semula ke khemah di Mina pula.

Terdapat kemudahan bilik air dan bilik mandi di sini. Untuk berehat dan tidur, masing-masing berlantaikan tikar yang disediakan TH. Tidur sekejap boleh menghilangkan keletihan 



[Aku jumpa draft post ni back in 2026, happen to be that aku tak sempat nak conclude the posting which was drafted earlier back in 2022, sayangnya sekarang kurang nak menaip, but I still want to post this as my memory here]

16 December 2018

Fred’sLife : Daftar Nikah Negeri Kedah Darul Aman

Assalamualaikum buat bakal-bakal pengantin sekalian.
Setelah sekian lama berhempas pulas, kerja tungging terbalik sampai aku rasa life aku ni getting bussier entah bila nak kahwin. Alhamdulillah, 2019 ni, maka bertukarlah status aku daripada ‘Single’ kepada ‘Married’. Alhamdulillah.

So nak share serba sedikit lah information dengan bakal-bakal pengantin sekalian, sebab aku perasan masa aku tengah dok kelam kabut nak register kahwin dulu, tak jumpa lagi post macam ni yang aku rasa sedikit sebanyak membantu bakal-bakal pengantin especially yang dok dalam Negeri Kedah Darul Aman.

Sistem pendaftaran nikah dekat negeri Kedah ni dah diupgrade whereby ada pendaftaran secara atas talian and bukan semua negeri yang dah start implement benda ni. Just a few negeri, and frankly this sistem sangat-sangatlah berguna. Dalam posting ni, aku akan listkan step-by-step ikot numbering lah ok supaya senang nak follow. BTW, post ni specially made for pasangan yang dua-dua dari negeri Kedah ya, dan untuk aku, both aku and pasangan dari negeri Kedah, sama daerah Kulim cuma different khariah. So, Let’s!


FTF, both, lelaki dengan perempuan dah tahu bila plan nak nikah dan dekat mana. Sebab dalam borang ni, hampa kena fill up detail tu. Website ni sangat user friendly, so sambil isi tu kita dah tahu apa kita nak kena buat sebenarnya. Basically aku isikan untuk part aku dengan pasangan aku. Just fill up everything, every single detail yang dia request and detail as you can (boleh edit sebelum submit ke pejabat agama). Sesudah settle fill up BNO ni, print out 2 set ya sebab memang kena ada 2 set. Please refer checklist yang dia bagi tu apa yang perlu ada dalam stag yang nak kena submit dekat pejabat agama tu.

2. Pemeriksaan Kesihatan (HIV)

Lepas dah print out 2 set tu, 2 set untuk pihak lelaki dan 2 set untuk pihak perempuan. Dalam set-set tu, akan ada borang untuk pemeriksaan kesihatan. What you need to do is, bawa lah borang pemeriksaan kesihatan tu, 2 set setiap orang. Untuk tujuan pemeriksaan kesihatan ni, hampa boleh buat dekat Klinik Kesihatan ataupun dekat Klinik 1Malaysia. Aku haritu pi buat dekat Klinik 1Malaysia sebab Klinik Kesihatan ramai sangat orang since kami pi pun hari Ahad around pukul 10pagi macamtu. FYI, dekat Klinik 1Malaysia ni dia buka 10 pagi sampai 10 malam (ada hari pukul 9 malam dah tutup). Jadi tak payah kalut-kalut nak kena pi ambik cuti untuk buat pemeriksaan kesihatan ni. Dalam setengah jam macamtu dah siap. Please prepare pen sendiri ya, sebab nak kena isi borang banyak. Bawa 2 pen, dua-dua orang boleh isi serentak cepat sikit. Masuk bilik, cucuk jari, test depan mata, dah settle, tunggu luar ambik report.

3. Ambil Pengesahan Jurunikah

Dah settle both step above tu, hampa kena bawa balik full set tu (please refer semula checklist tu) bawa kepada Jurunikah untuk khariah masing-masing. Boleh semak dekat Pejabat Agama atau kalau dah kenal senang, pi rumah ambik sign. Make sure, semua dokumen yang dia senarai dalam checklist tu ada, mudahkan urusan orang, urusan kita pun mudah. Tidaklah satgi dok nak kena mai dua tiga kali rumah Jurunikah. Once dia dah sign, hampa pun lega lah. Lepas dah sign nak kena buat apa?

4. Hantar Borang ke Pejabat Agama

Setelah semua dokumen selesai, dah sign cukup semua. Maka bersedialah masing-masing bawak lah dokumen tu ke Pejabat Agama daerah untuk proses submission. Masa pergi submit borang dekat Pejabat Agama tu ada lah dia tanya sikit-sikit macam pengesahan nama dan pasan macam tu saja. Tak dak lah pula tanya soalan-soalan cepu cemas atau kena baca Al-Quran ka. Lepas dah submit borang tu, kena bayar RM60 untuk tujuan pemprosesan borang dan juga nanti lepas dah nikah depa akan cetak kad nikah (Awai depa kutip duit kad ni, tak dan nikah lagi, duit kad ambik dulu). Harap lepas-lepas nikah harini, esok lusa kad tu siap dah lah.

5. Tunggu Borang Pengesahan Imam

Dua minggu sebelum hari kejadian, pihak perempuan ni kenalah pergi ambil Borang Pengesahan Imam dari Pejabat Agama. Once dah collect borang ni, pihak perempuan kena bawa borang ni ke Jurunikah/Imam kawasan kariah / masjid yang hampa nak nikah tu. Masa submit borang tu dah boleh confirmkan balik tarikh,masa dan tempat nak nikah.

6. Hari Kejadian
bersambung...


04 November 2017

Fred'sLife : Bersawang

It has been so long without posting in this Blog.

Sorry, life is too busy right now.