30 January 2016

Fred'sTravelog : Gunung Baling

                                       

Kehadapan rakan2, pengalaman mengkerabat Gunung Baling sememangnya 1 pengalaman yang tak akan kami lupakan 5+1 sekawan sebab yang sorang tu tak bangun tdoq seperti waktu yang dijanjikan.

1. Aku, Yanti dengan Fakhriah cuma berseloroh ja untuk naik Gunung Baling ni, lepas kami hbis aktiviti Boathouse dan di-trigger oleh Boathouser yang lain sebab depa plan nak p Broga end up depa Broga atas katil.

2. Fakhriah dengan giatnya memulakan latihannya ke Tabur sebab nak naik Gunung Baling ni & keadaan dipanaskan bila Yanti bakar line cakap aku tak train pun nak naik Gunung Baling. So dia cadang aku naik Cherok To'kun tapi kedua2 kami tatau trail hutan To'kun jadi aku cadangkan dia contact Fizah sebab aku selalu nampak Fizah rabat To'kun.

3. Selepas subuh kami pecut ke To'kun dengan hanya breakfast roti 6kupang dengan ayaq Milo. Jujur cakap aku dah lama tak hiking, last hiking tahun 2013 lepas tu aku stop hiking. To'kun ambil masa dalam 2 jam untuk sampai ke tower tu. At first, kami guna trail hutan sampai 1st checkpoint yang amik masa selama sejam. Pastu kami stop by sembang2. Dalam dok sembang tu kami tgk ramai orang dok rabat sampai atas so kami buat keputusan utk teruskan perjalanan guna jalan tar. None of us penah sampai ke tower tu, tu first time smua push to the limit sbb nak sampai ke port pemerhati. Time tu la rasa jantung nak meletup, paha nak tercabut, lutut rasa nak terkeluaq tapi Alhamdulillah kami sampai. Masa turun Fizah turun paling laju, aku ngan Yanti kat belakang sbb kami risau lutut kami tercabut. Kat To'kun jugaklah kasut kesayangan aku arwah setelah masuk ICU lepas balik dr Belum haritu menerima jahitan pada tapak, kali ni bunga dia pula lekang. End up aku beli kasut baru tapi xsampai hati nak pakai naik atas Baling, so pakai kasut rubber tapper ja.

4. Masa dekat To'kun tu lah kami pelawa Fizah join kami p Baling, n dia setuju. The only person yang pernah naik Baling is Yanti, tapi tu pun 10thn lepas.Dia pun dah tak ingat laluan Gunung Baling. End up Yanti buat research utk cari laluan ke atas by tanya kawan2 KRU dia. Pastu aku lepak ngan Shafiq aku pun offer Shafiq n dia setuju. Bidi??? Dari awal dia tau kami nak naik Baling, end up dia tgk MU lawan Sotong pastu tidoq tak bangun sampai sudah. Then kami teruskan perjalanan seawal 430 pagi dari rumah Yanti! Oh ya... masing2 tidoq tak lebih 2jam masa nak naik Gunung Baling tu.

5. Kami sampai ke starting point tu jam 5pagi macamtu kot. Kawasan starting point tu betoi2 kawasan rumah orang n parking fee is FOC. Thanks orang BALING! sesampai kami di sana, ada satu mamat ni dok tunggu aku ingat dia jaga parking rupanya tak. Dialah maling gunung. Gitu.... dia tengah tunggu sekumpulan anak muda dari sekolah mana tatau. Tak lama tu mai 17 orang bersedia nak naik. Kami masa tu dok plan nak macam McD dulu sebelum naik as breakfast.. tp rupanya 17 orang ni tgh tunggu kami sebab depa ingat kami part of them. Jadi kami tak jadi makan, angkut la burger tu naik atas n without warmup kami terus naik.

                                      

6. Laluan naik awai2 dia bukan macam macam kita naik To'kun tu bukan jugak macam Taman Negara Penang yang hang boleh warm up bit by bit. Dia mmg terus rabat 30degree terus. Fuh dengan tak cukup tidoq n tak warmup, bagi aku yang dah lama tak hiking ni jujur cakap rasa nak turun balik. 1st checkpoint dia is Gua Kambing, tara nak sampai ke Gua Kambing tu sempat la Fakriah muntah sekali dua. Hahahahahaha aku kena mention sini. Jantung yanti mungkin nak meletup dua kali, muka maintain makeup tak cayaq, maybe sempat calit lipstick sat kot. Memandangkan kami naik pagi2 buta, gelap gelemat so kami kena depend dengan headlamp, dah ada headlamp tu JANGAN LUPA ON! ku sangkakan durian jatuh! rupanya Fakhriah tersembam jatuh celepuk! hahahahha

7. Selepas Gua Kambing kami jadi makin demotivate sebab laluan dah mula berbatu dan sempit ditambah dgn gelap yang ada cuma headlamp. Bagi yang tak dak headlamp tu memang kena depend org depan. Kami dah start pakai glove masa ni sbb tangan nak grab batu2 dengan pokok nak memanjat. MasyaAllah masa tu aku rasa aku give up tahan berjalan rasa nak tidoq. Fizah pesan, berjalan ikot pace kita. Aku rasa masa tu mmg truly aku jalan ikot pace aku sbb xikot org depan or belakang sbb aku dh mula seret2 kaki. Tapi aku rasa aku dh sampai tahap ni, aku kena go on, klau aku give up aku dh buang masa aku tak tidoq malam, drive jauh pagi buta. Geng maling gunung smua dok kata "Sikit lagi.. depan tu ja, sikitttt lagi". Masa awal2 aku excited, percaya sangat, tapi lepas banyak kali depa ulang, terus aku rasa depa nak motivate kami ja.

8. Tak lama pastu laluan makin complicated, dah mula lalu bawah terowong bebatu, memanjat bebatu..angin dah mula rasa dok bertiup. Time tu perasaan excited tu dah mai balik. Depa dok jerit, dah rasa angin tu nak sampai la dah tu. Sikit Lagi! Depan aku masa tu Yanti, muka dah pucat, gayat kata dia, tak larat dah nak panjat lagi. Kami take five few times sebelum teruskan. Dalam pukoi 655pg mcmtu kot angin kuattttt sangat macam dok tepi pantai tu, tapi angin dia sejukk ja. Lepas dah lalui proses rabat2, kami sampai ke puncak. Dia ada 'U' dan 'I', maksud dia kalau hang nampak I maknanya hang dah kat hujung gunung. Kalau U maksud dia hampa kat beginning. Kami teruskan sampai ke I. Laluan kat puncak tu 100% batu. Berjalan haruslah berhati2 yer anak2.

9. Kami lepak atas tu jalan perasaan, tengok view puas2 sampai pukoi 940pg. Kami mula turun 940pg n sampai ke bawah dlm 1130pg. Bila nak turun tu faham2 la, hang dah naik tu pun dh canak, jangan expect boleh turun guna heli atau flying fox. Kalau ada flying fox, aku nak naik. Proses nak turun tu memang gayat. Kalau hampa mai masa tu br lepas hujan, tanah licin so hati2 lah ok. Aku sniri pun tergelinciaq sikit.

10. Aku tak pernah naik tempat2 viral macam Broga, Tabur, Datuk apatah lagi Kinabalu atau Rinjani, tapi bagi aku sepanjang aku dok hiking zaman study dulu, this is the toughest. Maybe kena tanya orang yang penah naik Tabur Extreme boleh compare ngan Gunung Baling ni mana lagi tough. JUST nak habaq, anak2 Baling naik gunung ni pakai selipar ja nahai.... depa turun pun macam kuda bila bunyi macam angin. Kita turun jenuh bertatih, depa laju kemain. Respect!

Pengalaman naik Gunung Baling ni antara memorable moment bagi tahun 2016 ni. Nak repeat balik? Nanti2 kot... ada kawan2 dok start tanya and ajak repeat, aku boleh ja nak p tapi bukan masa terdekat.. tak best la, dia kena bagi ada perasaan rindu dulu. BTW, CNY ni aku kerja so tak free utk sebarang aktiviti, kesian anak bini kat rumah. Hahahahaha.

                              

extended BTW, pengalaman ni berdasarkan kami yang jarang hiking, training last minute, tak breakfast pagi n ikotkan pace group 17 orang tu...

KPI 2016 :
Royal Belum Boathouse ✔
Gunung Baling ✔
Sungai Chilling
Sedim Water Rafting
Songkran Fest - Thailand
Sabah - Kota Kinabalu
Kenyir Boathouse
Tadom Resort
Pulau Perhentian
Camping
P/s: kita buat target jer, jadi tak jadi tu belakang cerita.