22 May 2011

Apa yang Hampa Cari dan Hampa ni Mai dari Mana yang dok ghelin mai tengok faizfuad.blogspot ni?

Kalau menurut kepada penonton yang disenaraikan oleh sistem blogger ni, sudah semestinya si pe-review datang dari Malaysia dan diikuti dari beberapa negara lagi. Kalau negara macam United States, Germany, United Kingdom, Indonesia, Egypt dan Japan aku tahu dah sapa dia yang dok review tu. TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN YANG BERADA DIPERANTAUAN DAN SUDI MENJENGAH KE BLOG AKU!

21 May 2011

Hilangnya Seorang Blogger

Aku merupakan salah seorang blogger yang mengikuti setiap post yang dikeluarkan dalam blog Telurdibasuh.blogspot.

Blog yang mempunyai lebih dari 4000 followers ini terkenal dengan kepelikan post-post yang dikeluarkannya, namun baru-baru ini bila aku nak update blog dia tengok update terbaru dari dia, satu post yang sangat menggemparkan dan cukup menyentapkan





Tanpa diduga, identiti owner Telurdibasuh.blogspot hari ni telah pun didedahkan setelah beliau meninggal dunia. Beliau yang sebelum ini enggan mendedahkan identiti sebenar cukup terkenal bagi kaki follow blog apabila setiap hasil post beliau mampu menarik minat sungguhpun ada post yang dikeluarkan sama dengan beberapa blogpost lain (sapa ciplak sapa tak tahu lah, tp Telurdibasuh punya blog lagi best~!)

Sekarang ni, kalau bukak saja blog dia, semua post-post lama dah tak ada dah, dan hanya ada 1 post. Tiada lagi kenangan yang mampu mengingatkan aku dengan post si telur ni.

Al-Fatihah buat owner telurdibasuh Allahyarham Abdul Hakim bin Mohd Kamal, semoga rohnya dicucuri rahmat.

06 May 2011

Fred'sLife : Pembahas Tegar Posisi Ketiga

Post kali ni memang sengaja aku highlightkan untuk aku saja sebab aku jadi rindu dengan suasana perbahasan dalam dewan.



Segalanya bermula ketika aku merupakan pelajar SMK Sultan Badlishah, sekolah yang pernah memberi seribu satu memori untuk aku. Di sini juga aku mula menonjolkan diri aku sebagai seorang pemimpin pelajar, pemidato dan pembahas. Di antara ketiga-tiga perwatakan yang aku miliki di sekolah, pembahas merupakan satu elemen yang paling aku rindu ketika dibangku sekolah.