24 March 2014

Fred'sLife : Salahkah Aku Hanya Kerana Aku Memandu Mazda 3?



Dah dekat dua tahun dah aku bawak Mazda 3. Sebelum ni aku bawak Perodua Kancil ja. Alhamdulillah, kedua-dua buah kereta ni ada makna tersendiri dalam hidup aku. Perodua Kancil, kenderaan empat tayar yang bawak aku ke sana ke sini mencari rezeki semasa di zaman universiti. Dengan kereta ni lah aku buat prebet sapu, dengan kereta ni jugaklah bermulanya kerja yang mendatangkan pendapatan yang lumayan bagi aku.




Masa nak beli kereta, banyak aku fikir, perlu atau tidak aku beli kereta? Kalau ikut kepada keperluan, Proton Persona dah cukup masa tu. Tapi family aku masa tu dah ada pakai Proton, dah ada pakai Perodua. Apa salahnya aku amik kereta yang bukan buatan Malaysia memandangkan masa tu pun duit ada lah lebih sikit =) Tapi perasaan sayang nak tarah bukit tu ada dalam hati. Mula aku plan, tak apalah, amik MyVi Extreme sudah, warna putih, dah siap dengan body kit. Dah pergi tengok, dah pergi test drive. Tup tup, Proton buat launching, Proton Preve, alamak, smart jugak kereta ni. Masa tu, perasaan berbelah bahagi antara Proton Preve dengan Perodua MyVi, tak tahu yang mana satu yang bakal tawan hati aku.



OK! Dah bersedia untuk rembat Perodua MyVi Extreme, Putih! TITIK! Lalu ibu bersuara. Haritukan Faiz dah pakai Kancil, pakai lah kereta besar sikit, nak berjalan senang, boleh simpan barang banyak sikit. Terus hati tiba-tiba tertutup nak tengok kereta compact. Masa tu, tiba-tiba saja tak dak perasaan nak beli kereta, rasa macam, hum, malaslah, pakai sajalah Kancil tu, boleh saja pakai pun.

Satu hari ibu baru balik, dari market (pasar pagi) mungkin, diletakkan atas meja, bermacam-macam brochure kereta. Rupanya, ibu pergi survey untuk aku kereta apa yang ada kat showroom sekitar Kulim ni. Honda Civic, Honda City, Honda Jazz, Proton Preve, Toyata Vios. Petang tu, kami pi la tengok Showroom Honda.  Rasanya nak amik Civic kot. Tanya kat dealer, Civic putih ada lagi? 1.8 pun jadilah, sebab masa tu tengah nak switch dari Civic model lama ke baru. So production dah slow down. OK! Ada, tapi yang tinggal cuma hitam. Settle nak buat booking, then check loan dulu. Harapan punah, loan tak lepas sebab muda sangat kata dealer, tapi kalau City lepas. Then oklah, masa tu rasa macam malas gila nak fikir. Kalau jadi, jadilah rembat terus, tak nak fikir-fikir dah, kalau tak jadi, dah nak tutup mata, tak nak fikir pasal beli kereta. 



Then esok-esok pergi jalan-jalan dalam Pulau Pinang. Stop by dekat Chevrolet, Cruze jadi perhatian, look around dan test. WOW! Kereta ni menarik.. tapi sayang sempit, tambah pulat Chevrolet tak se-familiar mana dekat utara ni, servis centre pun entah mana-mana tempat dia. Jadi, tak nak pasang niat. OTW balik ke Tanah Besar, singgah dekat AutoCity, betapa banyaknya showroom kereta. KIA, tak nak, sebab masa tu kakak baru saja rembat KIA Forte Koup. Performance Koup, not bad. Takkan nak amik Forte? Kak Forte Koup, aku Forte? Hum... nay~ ... Sebelah McDonald ada showroom Mazda. Step into the showroom; typical dealer yang nampak orang macam aku selebet, naik Kancil masuk Mazda, mesti depa pikiaq, hum.. dia ni cuma look around, nak tengok tenyeh-tenyeh muka kat cermin kereta, try seat, bukak pintu, bukak bonet, main steering, pastu balik. Standard la kan.  Nobody entertain, kecuali Mr. Gunasekrn.
Dia pun explain dengan bagusnya. Then aku pikir, aku penah simpan angan-angan nak pakai Mazda RX8. Then aku tanya dia. Hum, harga RX8 mahal dan aku tak rasa aku nak pakai kereta semahal tu dalam waktu muda aku ni. OK, aku rasa hati aku tertarik dengan Mazda 3, tapi masa tu Honda City dah booking.

Balik, bincang. Then a few days later, macam dapat petunjuk, pergi mana-mana mesti nampak Mazda 3. Then aku cakap kat dealer Honda, aku nak cancel booking.Then tak dak masalah, booking fees aku pun boleh refund. Then aku pun pergilah ke Mazda. Kali ni dengan abah, tunjuk kat abah kereta semua, masa tu, still semua dealer tetap dengan cara layanan dan pandangan yang sama. Then abah kata OK boleh on. Weekend aku pergi dengan ibu kat showroom tu, pun sama layanan dia, then nampak Gunasekrn, kami sign contract bayar downpayment semua. 

So, since aku drive Mazda 3 ni, aku memang rasa puas. Alhamdulillah. Macamtulah ceritanya aku nak beli Mazda 3. Tapi, SALAHKAH kalau aku nak bawak Mazda 3? What a typical thinking they had; nak makan apa lah lepas ni, bayar duit kereta saja dah berapa. Macam mana nak kahwin? Duit nak buat simpan kawen pun tak cukup. Hum, dia tak dak duit lah bulan ni, bayar duit kereta banyak. At one point, aku Cuma nak cakap, kalau hampa rasa tak boleh, then better don’t. Jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak. Itu ja. Tapi orang-orang keliling macam nak cakap, YOU’VE SCREWED YOUR LIFE sebab, hang bawak kereta mahai. Kesah apa? Sebab aku yang nak, hampa sakit ka nampak aku bawak kereta? Aku tak penah pulak kata kat hampa, eh kesiannya.. bawak MyVi. Aku tak cakap macamtu sebab part of me dulu penah plan nak pakai MyVi is enough. Tapi senang nak cakap, kalau aku tak beli Mazda 3 ni dulu, maybe lagi berapa tahun barulah aku akan merasa nak pakai kereta bukan keluaran Malaysia mungkin, ataupun aku pakai kereta import tapi yang pasang kat Malaysia dengan harga yang murah. Macam yang aku dok nampak sekarang, kalau lah by this age, tanpa komitmen, aku rasa aku boleh bersedia untuk rembat Toyota Vios TRD, atau Honda City. Kereta yang harganya bawah RM90,000. But then, aku dah pilih kereta aku.


Next time, kalau aku nak beli kereta lagi, aku mungkin akan pilih Mazda CX5, atau Honda CRV, atau seangkatan dengannya, paling tidak pun Honda Stream.

129 comments :

  1. Terima kasih tulis ni. Tak salah. Sbb you mampu. Menarik sbb pilihan you asalnye kereta kecil yg fit for purpose dan jimat. Tp kemudian jd mazda3...yg wow..jauh betul dari plan asal, tp mendapat restu ibu bapa. Bagus alhamdulillah. Agama juga tak larang memilih benda yg cantik2 dan berkualiti, janji tidak membebankan dan bukan niat utk bermegah.

    ReplyDelete
  2. Bro, boleh bagi pandangan tak pasal Forte dengan Mazda 3

    Aku duk berkira2 antara dua ni.. Tak tau nak pick mana.. Niat asal Forte

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah amik dah ka kereta? Apa pilihan hati... 2 2 ok aku rasa

      Delete
  3. Omg kisah u sama mcm i..btw i pilih mazda 2 sedan. My taste ;)

    ReplyDelete
  4. salam bro...saya pun berminat nak beli kereta keluaran mazda..n rasanya nak angkat rx8..nak tanya pendapat bro je..okay x dari segi maintanance semua?susah x nak jaga?lagi2 kalau rx8?tq bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rx8 mmg Cantik.. Tapi kalau baru terlampau mahal.. Recond pula tak recommended sbb dgr mcm2 masalah... Mazda maintenance untk minyak hitam tu klau xsilap sekarang mazda free 5 yrs.. Last time aku beli 2yrs sj.. Tukar minyak hitam ngan filter tu standard dlm 150 ja.. Minyak gear dia mahal sbb special dr mazda.. Dlm 270 setong

      Delete
  5. Assalamualaikum bro, nak tanya pasal Mazda3..maintenance mahal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waleykomsalam, since pakai mazda dah nak masuk 4 tahun ni, alhamdulillah ok saja.. setakat tukar minyak hitam smua tu standard.. selalu pakai shell semi sbb mazda mmg recommend shell +- lain2 dalam less than 200 saja... dari segi apa2 kerosakan, setakat ni tak pernah ada apa2 yang rosak .. semua tiptop.

      Delete
  6. Salam, baru ni ni tengok kat used car ,mazda 3. 2.0 cbu tahun 2010 ... rasa ok dak amik keta mazda 3 ni, harga tak sampai 60k, engine elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, ok ja rasanya.. So apa cerita skang ni? Dah amik?

      Delete
  7. Salam, bro faiz sy juga pengguna kancil dan mmg berminat dgn mazda 3 taun 2010-2013. Nak amek used car punya je. Blh bro komen sket dari segi penjimatan petrol, handling, standard servis?? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, amir, ok ja pun kalau amik used car selagi keadaan kereta dalam keadaan tiptop la. Sekali servis kereta kalau kat luar minyak hitam kena pakai shell shj, pakai minyak lain bwk kreta mcm xnak p.. so servis dlm 160 mcmtu.. petrol long distance ok, dalam sesak sama mcm kereta lain ja.. kira boleh kata standard x kedarah sangat mcm Peugeot.. standard mcm honda jugak.. handling, Honda firm lagi dr Mazda sbb penah bawak honda member tp Mazda elok lagi! Go M3!

      Delete
    2. Salam bro..alhamdulillah..sy dah berjaya dapatkan M3 2011 used. Perfomance mmg power bro. Cuma meter mcm berat je. Bwk 100kmj mcm 120kmj..ke ilusinasi huhu. Kita geng bro dr pengguna kancil ke M3. Nk tanya kalo cr oil filter camne ye bro? Ikut model n taun ke? Spare part ok x nk cari?

      Delete
    3. Tahniah! Welcome to the club.Memang terasa lah sebab dulu kita bawak kancil, 100 pun dah gegar, skang ni tekan 120 pun stabil lagi. Oil filter setakat ni tak dak specified brand lah, memang pakai yang mana ada, ka kena jaga jugak? tak pernah practice lah pakai ikot brand. Minyak hitam ja saya memang pakai shell tak guna yang lain. Setakat ni sparepart yang saya tukar cuma rear end link ja beli dekat Bagan, kedai biasa last cari minyak ATF, itu kena order sebab kedai tak ada.

      Delete
    4. brooooo..saya pun nak angkat Mazda 3 2015, hatchback, harga senak la 92k utk used, dari segi harga trade in ikut internet 72k je skrg, tapi kereta ni maybe showroom or test drive sbb mileage rendah katanya. Okay tak ni nak beli? kalau x saya nak beli city 2017 je. Siap modulo lebih murah, huhu

      Delete
    5. 92k macam mahal jugak tu untuk kereta 2nd .. padahal harga jual dalam 110++ ja kan kalau tak silap? dah lama tak check price.. city pun not bad, dengar kata harga pun affordable.. likewise, harga 2nd mazda vs honda, honda lambat turun lagi ...

      Delete
  8. Assalamualaikum, saya dah booking cx3. Sbb cantik dan minyak yg katanya effisyen. Tetapi semalam mekanik yg saya selalu jumpa bagitau mazda ada banyak masalah selepas 5 tahun. Benarkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, alhamdulillah setakat ni kereta saya guna since Nov 2012 masih lagi dalam keadaan yang elok.. Yang nak kena tukar baru ni pun cuma stabilizer tayar belakang sebab berbunyi.. Lain, keadaan kereta masih tip top

      Delete
  9. salam bro..mejor service berapa? paling mahal berapa kos service bro habis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, tak penah buat major lagi, tak sampai tahap lagi... last tukar minyak hitam semi RM160++ dengan minyak ATF RM250 labour semua tu dalam RM50++ kalau tak silap.

      Delete
  10. Salam..mazda3 sy dh tersadai 9bln kt wshop.Nk kena tuka computer box katanya.ituhr ada 2nd hand..tp xleh masuk plak sebab kena beli set dgn meter. Kalau beli baru..harga mahal dlm puluh ribu kt mazda. So..kete masih tersadai..sedangkan tiap bln byr pd bank. Ada sesape pernah alami prob ni x? Masih cuba mencari penyelesaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu ... model 2.0 ka? Cuba join masuk group M3 kat FB tanya depa.. kot ada solution ...

      Delete
    2. Saya tukar BCM tu kat Mazda service center..tapi masih dlm warranty..jadi x perlu bayar..sejam lebih dah siap..kalau dah habis waranty...boleh order through ebay..tapi better beli je yg ori dgn mazda..rasanya dalam 1500 sekali pasang kot..daripada tersadai lama2 baik repair aje

      Delete
  11. Salam Bos. Tumpang tnya..selalu keta mazda hantar servis workshop mna....Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, kalau setakat tukar minyak hitam tayar smua tu tukar kat pomen luar ja.. kalau belting ka minyak brek ka apa yang nak selongkar lebih2 tu buat kat Mazda

      Delete
  12. Sape yg ade info psl servis mazda 5
    Agk2 brape harga servis..sbb ade kata lps 150k km sevis dia mhl dkt 8k..ade pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal betul tu 8k,saya pya M3 paling banyak spend 1k ada kot, sebab tukar macam2 masa 100k haritu ..

      Delete
  13. Salam tuan faiz..sdare sy de offer amik mazda 3 1.6 taun brape ntah sy lupa nk tny..mslahnye die ckp tu kreta singapore tp da register no plate msia..geran sume ada..rse2 tuan bbaloi ke sy beli?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, frankly in term of depreciation value, mazda punya harga cepat turun lagi dari honda. Tapi orang yang suka dengan design Mazda tak kan menyesal lah. Saya dah pakai lama kereta ni, saya rasa design dia evergreen...

      Delete
  14. salam bro,,sy baru pkai mazda3,,nk tnye ade kenal mane2 runner sparepart brg die x? senang klau ape2 jadi,,tq,,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, saya dok kat penang, barang2 sparepart mostly saya beli dekat North Malaya Butterworth, atau paling tak dak memang cari kat SC saja

      Delete
  15. Penggunaan minyak Mazda 3 dengan honda mana ok lagi..hajat nak pkai used car Mazda 3 or honda city year 2012 ke atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honda City dengan Mazda 3 lain kategori dia, Mazda 3 compare dengan Honda Civic, Honda City compare dengan Mazda 2 .. tp interm of keselesaan pemanduan, bagi saya Mazda 3 ok lagi dari Honda City sebab M3 berat sikit bila laju .. Honda City ringan bila pecut.

      Delete
  16. honda jazz vs mazda 3 hatchback mne lg ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I would say go for Mazda 3 hatchback sebab lagi luas, tapi harga pricey compared to jazz la

      Delete
    2. Mazda3 hatchback ni.. kalau sparepart engine dia .. senang ka susah boss

      Delete
    3. saya tak pasti dengan sparepart engine, selama pakai dekat 7 tahun ni alhamdulillah tak penah ada any kerosakan melibatkan engine, alhamdulillah.. just wear and tear saja macam absorber, aircond tu ja.. oh sensor pintu baru rosak recently, it cost me RM400++ untuk rear door kanan, sekali labour charge buat dekat mazda, sebab kalau buat kat luar tak percaya takut jadi apa2 pulak

      Delete
    4. Salam en.faiz.. boleh tahu cost utk tukar absorber,break disc and break pad ?

      Delete
  17. Hi bro minta pendapat kalau nk guna m3 usecar ni berbaloi ke tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berani nak kata, maybe kena ajak member2 yang pandai kereta pergi tengok kereta tu kot, check everything. FYI, 2nd value kereta ni sekarang belo 40k

      Delete
  18. Assalamualaikum..plan nak amik mazda 3 tapi 2nd..sekarang pakai axia katak hijau..dah ade dah kete tu..depo 1k dulu..tapi tetiba member kata mazda ne macam peugeot..spare part mahal..kalo rosak..pomen susah nak cari penyakit dia..maksud..kalo dsh repair kena repair lagi..gitu ler..just nak minta awak share la..kot apa yg dikata betul ke idok....hehe..ye la..lagpun nak beli 2nd je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, alhamdulillah 6 tahun pakai barang2 yang ditukar cuma minyak hitam, ATF, minyak gear, tulang anjing, bateri, magnet aircond ... itu jer .. and awal2 dlu sparepart kat kedai mmg kena tunggu lama, sekarang pergi ja kedai sparepart semua ada.. rosak major tak penah ada apa2.. Alhamdulillah la.. minta simpang .. brg2 yg saya list tu hrga dia smua rasa nya harga boleh bincang lagi.. hahaha

      Delete
  19. SALAM...SKARANG ADA MAZDA 2 skyactive....ok tak kereta nih...dari segi minyak dlm jem dan servis?

    kot tahu...mana lebih elok dgn honda jazz biasa?

    ReplyDelete
  20. Salam bro, saya tngah submit loan untuk mazda3 hatchback, sebelum kereta tu keluar dr used car tu.. apa perlu saya check lagi ya bos.. milleage kereta tu agak tinggi sebenarnya, tpi bunyi engine macam takda gangguan apa2 just bunyi timing chain ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm bos, welcome M3 user .. maaf baru tengok komen. Harap semua elok2 belaka. Saya tak arif pasal selok belok nak tengok usedcar...

      Delete
  21. Kenapa mazda3 tahun 2013, 2nd car harga jatuh terok sangat? Ada maslah Pape x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well recently, sensor pintu kereta sebelah belakang kanan buat hal. Pintu kereta tutup rapat, lock kereta masuk office. Suddenly guard panggil cakap kereta dok bunyi and it happens banyak kali. So pergi kedai aksesori semua, depa cakap sensor and depa tak dak sparepart tu. So i need to go to SC la somehow, they run the test everything the whole car, siap bagi quotation benda apa rosak semua. Nak jadi citer, tayar2 depan belakang damper dengan engine mounting dah due and need to change, no wonder lah naik kereta bunyi pelik2 macam longgar (just wear and tear). And untuk sensor need to change and it cost RM400++ with labour charge. At first macam just nak beli barang, tapi bila ingat balik kalau barang tu rosak nanti SC tak tanggung, so better buat semua kat SC. Now, benda dah settle. Tengah simpan duit nak tukar damper mounting apa semua tu pulak.

      On my way back, pomen mazda tu inform yang M3 2012 is better dari skyactive. maybe sebab skyactive banyak sangat benda2 elektronik kot.

      Delete
  22. Kalau tahun 2012 rm 40 puluh k kebawah ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang harga dia macam tu. No problem, just because its Mazda. Check condition kereta tu semua, but some people got typical mindset yang depa lagi prefer Honda n Toyota. So just made yourself clear saja lah.

      Delete
  23. Bagus la treat ni. Masih hidup. Tq share pengalaman masing2. Rasa lebih yakin nak angkat mazda2. Harap xde masalah la. Lagi2 bila dengar kata maintenance mahal & susah cari.

    ReplyDelete
  24. salam...sy tgh survey kreta second...sy berminat dgn mazda 3 2015(latest model)...sy nk tnya...betul ke maintenance mazda mmg tinggi..jauh beza ke dgn maintenance toyota..minta kwan2 boleh bg pandangan ..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, kalau maintenance minyak hitam semua tu dlm 200.. minyak hitam 100++, filter berapa puluh entah labour charge, total around 200

      tapi kalau benda lain, rasa macam sama ja, minyak ATF 1 botol boleh pakai 2 kali sebab pakai setengah botol saja sekali isi.. maintenance yang mana tu yang costly?

      Delete
  25. bos, mazda 3 1.6 power okay tak? fuel consumption okay x?

    ReplyDelete
  26. my friend was riding 2.0, mine is 1.6.. frankly 2.0 lagi best bawak. but compare Mazda 1.6 vs Persona 1.6, Mazda lagi rasa mau p ... fuel consumption currently RM90 full tank.

    sebab aku kerja 1 hari travel 80km/day... minyak aku around RM15-RM20 sehari macamtu.

    ReplyDelete
  27. Salam Tuan Faiz, saye suke tgok perkembangan tuan ttg kereta M3 tuan.. Mcm2 info saye dapat.. kalo xsilap, kereta M3 tuan sudah 6 tahun lebih kan.. just nk tnye opinion, adakah tuan rase tuan akan pakai kereta tu sampai kereta berumur 10 tahun atau tuan akan tukar kereta lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah 6 tahun ... setakat ni belum planning lagi nak tukar kereta lah, maintain jer pakai m3 ni, kalau beli kereta lain pun maybe go for MPV tu pun kalau dah beranak pinak lah, for now, m3 still relevant lagipun design dia macam tak lapuk even keluar kereta2 design baru...

      Delete
  28. Good info bro. Sy pkai viva skang. Ingat nak upgrade. Minat dgn design M3 ni. Hrga die pun bleh kata berkemampuan. Cuma ade jgk mmber x suggest pkai mazda. Katanya sparepart mahal. Byk bengkel x mahir dgn mazda

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dulu saya pun pakai kancil, then pakai m3, yes memang terasa mahal sparepart dia kalau compare dgn sparepart kancil ... tapi sebenarnya harga dia tu bukan yang melampau mahal, acceptable lah.. cuma certain sparepart yang perlu specialist concern memang saya pergi SC terus, lagi puas hati... dan betul .. tak banyak lagi bengkel yang boleh handle mazda.. sekarang saya stay dekat Kulim, Kedah .. hrtu service throttle body sebab kereta semput2 sikit, ingatkan apalah rupanya throtle body kotor .. service tu dalam RM100 dan masuk bengkel yg handle Volvo, Audi & BMW, sebelah bengkel dia handle Honda tapi bengkel Honda tu pun tak berani sentuh Mazda.. but, even masuk bengkel yang handle conti car, for me price dia boleh la... hrga utk 2nd value might be rendah sebab value Mazda rendah compare to Honda & Toyota ... maintenance saya xberani nak cakap, certain orang 100 tu murah, certain 100 tu mahal .. sebab saya xdak reference untuk mazda, jadi saya banyak survey bengkel dan kalau betul2 bengkel tu xberani sentuh depa akan inform macam kes central lock baru ni, pergi 3 4 car accessories ngan bengkel, memang depa xberani sentuh suruh pergi SC .. kena 400++ buat kat SC and dia computerise everything and check condition car, memang puas hati siap bagitahu engine mounting dengan damper dah boleh nak tukar dah tu just using computer.. tp kalau setakat tukar minyak hitam semua tu saya buat bengkel luar, memang ada 1 bengkel tu memang tukar dengan dia ja

      Delete
  29. Syabas bro sebab blog masih hidup...penerangan yg mantap..den sgt suka dgn dashboard mazda 3 ni..lebih2 lg waktu malam.. lawa kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih... harap blogpost ni masih relevant.. betoi.. tu yang mahal bila tengok tu...

      Delete
  30. Salam tuan....mazda 3 1.6 ok x pick up dia?.sbb ada ckp sruh amik 2.0 terus,klu x menyesal.cadang nk amik 2nd hand tahun 2014...apa ptut sya cek sblum beli kreta mazda 3 nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik jer terus 2.0 ... tapi roadtax mahal sikit lah yer dari 1.6 ... bawak member yang cakna pasal enjin2 ni g check kereta.. saya xpasti kalau kereta 2nd apa yang perlu periksa jadi lebih afdhal serahkan pada yang pakar

      Delete
  31. 1. tumpang tanya betul ke M3 the first 3 years service free of charge?
    2. boleh bagi input comparison mazda3 hatch dengan Honda HRV dari sudut economical/saving

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya beli, yer.. 3thn tapi rasanya sekarang dah 5thn kot.. check showroom tengok.. comparison, minta maaf saya tak mampu nak tolong.. tapi dari kwn2 yg ada pakai HRV mcm dengar banyak problem saja lately, alhamdulillah masih setia dengan m3

      Delete
  32. Salam bro... teringat sngt nk pakai m3...skrg pakai proton...harap bln dpn dpt keluar m3...😊

    ReplyDelete
  33. Sy baru tgk kat used car td.. mazda 3 hatchback 2.0 otr rm37,000.

    Dalaman mmg premium, xkalah dgn kereta2 lain.. mileage 147k tahun 2012.

    Okayla mampu milik. Taknak bg riba banyak2 kt bank utk beli kereta baru. Menjerat diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu, beli kereta 2nd hand pun ok sebenarnya cuma kena pilih betul2..

      Delete
  34. Sy baru tgk kat used car td.. mazda 3 hatchback 2.0 otr rm37,000.

    Dalaman mmg premium, xkalah dgn kereta2 lain.. mileage 147k tahun 2012.

    Okayla mampu milik. Taknak bg riba banyak2 kt bank utk beli kereta baru. Menjerat diri.

    ReplyDelete
  35. salam. saya nak mintak advice M2 2016 SDN & HB 2ndhand. Mileage 50k-60k. harga 60k-70k. range ni okay ke klu nak amik. sbb model 2019 harga lebih kurang. spec lebih bkurang sma.. and nak tanya average price utk maintenance berapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, masa saya ambil kereta saya tahun 2012, masa tu M2 dengar banyak yang ada prob steering rack.. utk model 2016 ensyallah ada peningkatan mungkin dari pihak mazda.. bagi saya better m3 sebab lebih luas dari m2

      Delete
  36. Salam.. nak tanya mazda 3 2007/2009 boleh pakai lagi tak untuk 2019 haha macam lawa pulak tengok

    ReplyDelete
  37. Salam.. nak tanya mazda 3 2007/2009 boleh pakai lagi tak untuk 2019 haha macam lawa pulak tengok

    ReplyDelete
  38. Salam saya nak submit loan mazda 3 1.6 tahun 2009..boleh bantu saya pasal maintenance ?Sebelum ni saya pakai citroen macam2 hal spare part susah dan mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, alhamdulillah.. boleh rujuk komen2 saya kat visitor sebelum ni.. setakat ni maintenance bagi saya munasabah..

      Delete
  39. Salam bro,aku pakai mazda 3 2010 sedan,lani aku ada masalah bila tekan kunci kat remote pintu xmau kunci,pastu alarm suka bunyi sendiri..hg penah jdi mcm ni x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, aku pakai m3 2012, awal tahun 2019 dah kena masalah macam ni, masalah central lock.. 1pintu kos rm400++ dekat SC .. aku dah tukar utk 1pintu, tp org SC ckp normally dia akan jadi kat 4 4 pintu.. recently pintu belah lain pula jadi mcmtu, bila bwk kreta naik notification pintu tak rapat .. tunggu dia rosak betul nnt lah baru aku tukar pula... skarang ni tak bunyi2 dah bila parking

      Delete
    2. sensor pintu problem..mazda 3 salu kena

      Delete
    3. Wslm, dah penah jadi ... masalah DOOR LOCK LATCH ACTUATOR, kadang bila drive dia keluar sign puntu tak rapat.. last time aku dah buat untuk 1 pintu dekat Mazda SC, kena around 400++.. then SC recommend untuk tukar 4 4 pintu, which will cost dekat 2k jugak lah, so aku cakap aku buat 1 pintu dulu see how... after dekat almost 1 year, jadi lagi tapi dekat pintu lain, this time pomen SC recommend beli spare part luar and try pasang kat luar kalau ada pomen reti buat, and kalaua da masalah setting electronic boleh datang reset dgn dia balik, aku check benda tu kat luar dalam 100++.. tapi skang aku xbuat pun lagi.. masalah sama, tetiba alarm bunyi sendiri

      Delete
    4. sy pn ada mslah mcm ni..sensor pntu prblem..Pnah g kat service mazda, die ckp kne tkar system lock pntu..tp mcm xde kna mngena dgn lock..Ntah la

      Delete
    5. Sama la boss masalah kita. if masuk SC semula perlu ke buku mazda... sebab beli second

      Delete
  40. ade pencerahan tentang M6 2006?

    ReplyDelete
  41. rasa nk amik m3 2014. harga dlm 43k. tapi dlm list masih ada almera 2016, city 2014, elantra 2014.
    tujuan beli tuk family car je, dan design yg nmpak cantik di mata. bukan tuk racing2 dan hanya ulang alik pegi keja, yg save minyak dan maintenance mampu bayar.
    mohon tuan dapat beri pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. almera save minyak
      elantra makan minyak

      m3 utk 80km/day hadap jam dari kulim masuk pulau rm15++.. ok lah tu

      Delete
    2. pendapat personal, M3 x sesuai as family car, sebab bahagian belakang dia agak sempit kalau nak banding dengan city & almera, elantra x sure sebab x penah naik ...

      Delete
  42. Salam bro. saya dah booking mazda 3 tahun 2011. engine semua tiptop. cuma saya nak tanya dari segi maintenance and spare part once jadi apa apa? boleh bagi kata kata nasihat atau kata kata semangat tak? Thanks boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, boleh rujuk comment dr visitor sebelum, Ensyallah maintenance mampu tanggung

      Delete
    2. rasa bro ni dah reply banyak kat atas...

      Delete
    3. mcmane ye pakai mazda 3 tahun 2011 ??masih okey ke ? sbb tadi ade pergi use car rm38k otr .. ingat nak beli .. tapi okey ke ?

      Delete
  43. Baca yang atas atas....ade penerangan

    ReplyDelete
  44. Salam tuan faiz, base experience betul ke org ckp m3 2012 ni ada banyak masalah komponen luar. Sy baru bercadang nak ambil. Boleh bagi pandangan tuan faiz tentang mazda 3 2010-2012 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, setakat saya pakai x ada lah pulak… nanti saya update apa yang dah ditukar setakat sekarang

      Delete
    2. Wslm, setakat saya pakai x ada lah pulak… nanti saya update apa yang dah ditukar setakat sekarang

      Delete
  45. Salam bro,nk tanya sya pkai mazda 3 2012. Sebab apa bila tekan alarm nk lock keta xbleh lock klw kita brdiri dekat dgn keta,tpi bila kita berada dlm jarak 3/4 langkah nleh pulak tekan alarm dia lock. Adakah ini biasa bagi keta mazda 3. Dekat xbleh lock dok jauh bleh lock

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, kena tekan lama sikit masa press button tu, nanti dia ok balik

      Delete
  46. Sy pon dlm proses nk amik M3, lps ni nk henjut dr kl ke penang 1 jam bole smpai ke...tp sy mmg minat giler kat M3

    ReplyDelete
  47. Salam... saya plan nak ambil m2 2nd hand tahun 2012. Pertanyaan saya disini, Cost untuk penyelenggaraan/alat ganti/ragam kereta adakah tinggi dan kerap buat hal? T.q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, bagi saya biasa saja, harga spare part harga standard dan rasanya sekarang ni mudah dah dapat brg M3 compare to masa lalu… nanti saya akan update apa yg dah saya tukar dekat kereta saya after almost 10yrs journey

      Delete
    2. nak tanye minyak jimat tak m3 1.6 hatchback?

      Delete
  48. dilema antara M3 used car tahun 2015 ke atas dgn HRV baru.. sekarang preve exec.. bagi petua sikit tuan.. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beli ka? After 10yrs, la ni saya pun dok terpikiaq nak pakai SUV… tapi sayang oi nak tolak M3 ni…

      Delete
  49. Assalammualaikum bos, nk tnya, sy tgh usha kereta secnd m2 atau m3 sedan, thn keluar sekitar 2013, mna lg baik antara dua ni, boleh kasi tip, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya M2 batch lama ada masalah steering rack… which M3 x ada sebab tu saya ambik M3 masa tu … relevant utk model and batch saya ya, mungkin dah ada penambahbaikan selepas tu dari Mazda

      Delete
  50. Salam bro.. saya berminat jgk ni nk angkat M3..
    betul ke bateri utk M3 2015 keatas mahal? sbb ada idle teknologi..bro ada info x psal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya punya model bukan skyaktive… batch 2013 onwards smua model skyactive

      Delete
  51. Assalamualaikum tuan, m3 1.6 2012 maintenance dengan roadtax okay tak ? bercadang nak angkat untuk kereta pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. road tax insurance saya setahun dalam 600-700… maintenance since dah habis bayar kereta ni, banyak nak kena maintain.. jadi bergantung pada nasib

      Delete
  52. Terbaik perkongsian taun faiz dan lain2, jd panduan utk saya.👍🙂

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum bang. . maaf ganggu . . saya bercadang saya nk beli cash m3 2011 hatchback . . baru 28k skrg otr . . rata2 sy tgk xda lagi masalah berkenaan enjin . . stkat sensor pintu alarm central lock tu normal bagi sy . . cuma nk tnya brkenaan enjin dgn gearbox . . lasak ke ye kreta ni . . klau abg kata lasak, mmg sy angkat trus ni . . x fkir byk dh . . minta komen jujur

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya kereta standard, sekadar tukar rim dari dulu sampai sekarang, lain xpenah kacau… so far ok, 1 semenanjung dah pergi.. enjin dgn gearbox xpenah kacau.. alhamdulillah

      Delete
  54. dari segi enjin dgn gearbox ok x abg . . bnda2 lain tu bg sy normal la tu . . tgk shopee pn dh byk brg m3 skrg ni . .

    ReplyDelete
  55. Bro ,m3 1.6 ke 2.0 ye ? Tengah pikir pikir ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2.0 sedap lagi kot .. hahaha minyak dgn roadtax lebih sikit….

      Delete
  56. Bro m3 1.6 ke 2.0 ye. Tengah pikir nak beli second. Sebab murah jugak harganya. Sebagai kereta pertama

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum..bro nk tanya..major services utk Mazda 3 lebih kurang berapa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas habis 3 tahun free maintenance dengan mazda saya dah buat maintenance dgn pomen luar, jadi apa2 nak tukar tu semua as and when happen

      Delete
  58. Apa khabar M3 sekarang? Live info perjalanan M3 dri 2014..skrang roadtax + insuran berapa?dh berapa odo?bateri kereta berapa kali dh tukar dn harga sekali tukar?ekzos ade penah tukar sbb bocor x?ade penah tukar drive shaft or absorber x dan berapa sekali tukar tu?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kereta doing great biasa dah tua ada bunyi sana sini sikit.. roadtax insurance around 600-700, ODO 250k, bateri almost 2 tahun sekali dpt dlm 300~400… exos dah tukar! baru kena bulan puasa tahun 2021.. “nenas” tersumbat.. please2… bila kena ngan exos masuk SC balik unless kalau kedai exos tu reliable, sebab at first saya buat kedai luar dia modify macam mana entah, lepastu awal naik sedap then semput and naik warning light, patah balik pergi 2 3 kali, last give up masuk SC tukar whole set… now back as awesome, taubat dah lepasni kalau jadi apa2 kena mengena sensor mmg masuk SC lah.. mahal pun mahal la janji hati lapang …

      Delete
    2. Absorber for past 10yrs br tukar sekali… drive shaft rasanya ni br dok dengar2 dia bagi hint … hahahaha

      Delete
  59. M3 2005 ok ke..ada kwn nk jual 14k....katanya enjin semua ok..bole jln jauh lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti.. model 2005 tu, test betul2

      Delete
  60. assalam, saya cuma nak bertanya mazda perlu servis setiap berapa km? kereta encik pernah ada problem sampai makan kos ribu riban tak utk servis? saya masih berfikir berbaloi atau tak utk beli mazda sbb risaukan maintenance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10km, dan pakai minyak Shell… kos paling tinggi so far

      1) Compressor AC (around RM2k)
      2) Door Lock Actuator (RM1k 4 4 pintu, 1 pintu RM250)
      3) Exhaust Sensor + Nenas (RM4k harga SC) tukar 1 set sebab semput and naik sensor light

      Delete