24 December 2010

Fred'sLife: Muka Happy!





Baru-baru ini, aku ada buat satu proses konversasi dengan seorang teman yang baru sahaja dikenali kurang dari 4 bulan. Pertemuan kitorang ini tidak dirancang, tetiba ja terjumpak memandangkan dia ni awek kepada salah seorang member aku. Walaupun dia merupakan senior dekat pusat pengajian aku sekarang nih, tapi aku tak pernah perasan akan kewujudan dia ni dan pertemuan pertama kami adalah ketika aku dan balak beliau berserta beberapa rakan yang lain lepak dekat Chelor-chelor Padang Brown. Since that day, dah lepas kenal malam tu, bila jumpa dekat pusat pengajian, masing-masing tegur saling menegurlah.




20 December 2010

Fred'sJourney: Sunway City - Lost World Of Tambun


Perjalanan yang mengmbil masa kurang dari 2 jam membawa kami ke destinasi pilihan iaitu Lost World of Tambun. Kalau mengikut kepada Google Maps perjalanan dari Pulau Pinang mengambil masa selama 1 jam 40 minit dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.


FoodHunters: Mee Udang Kuala Sepetang (Salleh Stall Mee Udang Banjir Since 1956)

Mee Udang Super Special
Salleh Stall Mee Udang Port Weld

Menu kali ini dibawakan jauh ke negeri Perak! Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam (kalau mengikut Google Maps, masa yang dinyatakan adalah 1 jam 11 minit) membawa kesemua ahli jemaah rombongan ke Kuala Sepetang yang terkenal dengan Mee Udang Banjir! Seperti di Pulau Pinang yang turut menyajikan Mee Udang di mana kawasan kelompokan penjualan Mee Udang secara besar-besaran adalah di Teluk Kumbar, di Perak pula, lokasi bagi Mee Udang adalah di Kuala Sepetang.




Rombongan seramai 8 orang yang tiba ke tempat kejadian yakni Salleh Stall Mee Udang Port Weld diberikan beberapa jenis menu dan bagi Mee Udang sahaja ia terbahagi kepada 3 - Mee Udang Biasa, Mee Udang Special dan Mee Udang SuperSpecial! Kesemua ahli rombongan memilih menu Mee Udang Super Special.

Keistimewaan menu ini terletak pada saiz udang yang disediakan iaitu terdapat seekor Giant Udang dalam kesemua udang yang membanjiri pinggan Mee Udang nih.




                        


2 spesis udang yang digunakan dalam menu Mee Udang SuperSpecial




                                                 Berselera bersama Mee Udang Banjir!







Macam mana dengan harga?
Menu yang kami ambil nih, dikenakan almost 1 kepala RM25 sekali dengan air
kalau yang menu Mee Udang Special kos asal hanyalah RM13.

Untuk ke Lokasi Makanan serbuan FoodHunters - Salleh Stall Mee Udang Banjir


Tekan View Larger Image untuk paparan lebih jelas

09 December 2010

FoodHunters : Pecel

Pecel Ayam / Ayam Penyet
(RM5)

Pernah dengar pasal Waroeng Penyet?
Bagi yang duduk di Kuala Lumpur atau siapa-siapa yang rajin turun KL dan lepak-lepak dekat mall tambah2 dekat Damansara, mesti tahu akan kewujudan Waroeng Penyet ni yang menyediakan makanan tradisional masyarakat Indonesia.

Malaysia yang kaya dengan berbilang bangsa tak ketinggalan berbilang negara - Indonesia dan Thailand maka sedikit sebanyak menu makanan harian masyarakat Malaysia menerima menu yang asalnya datang dari kedua-dua buah negara tersebut. Kalau Thailand, sah-sah menu Tom Yam dan lain-lain. Indonesia, seriously a few years back baru terasa akan kehadiran menu Indonesia yang dikenali sebagai Ayam Penyet ni.


04 December 2010

FoodHunters : Putu Mayung / Mayam / Mayang

One of the Chosen Hawker Best Food in Penang

Baru-baru ni ada seorang sahabat dari Negeri Sembilan yang datang ke USM bagi menyambung Ijazah Sarjana Muda beliau membuat status mencari putu mayam di Pulau Pinang. Seperti yang semua sedia maklum, Pulau Pinang merupakan negeri yang penuh dengan variasi makanan dari segi street food, restaurant ataupun yang bertaraf berbintang-bintang.

03 December 2010

FoodHunters: Ask Mee Burger


Ask Mee Burger
Waktu Operasi : 5 petang - 2 pagi
Cuti : Isnin


Buat semua kaki makan, kali nih aku nak kongsi 1 lokasi makanan yang menarik buat semua kaki2 makan. Kedai makan nih aku jumpak masa bergiat aktif dalam Sekretariat Eskpo Konvokesyen USM 2010 (ConvEx), di mana salah seorang Majlis Tertinggi telah mencadangkan lokasi makanan nih kepada semua Majlis Tertinggi dengan Majlis Tertinggi Bahagian untuk sama-sama ramai-ramai makan dekat situ lepas mesyuarat harian malam tu. Nama introducer nih Kak Rina.

Kak Gee Kembali


Alhamdulillah ...
setelah kejadian Kak Gee remuk muka akibat satu insiden yang berlaku di Lorong Kemuning 12,
dan setelah ditinggal2kan dalam lemari selam
a berbulan-bulan, hari ni Kak Gee telah pulang ke dalam dakapan setelah dimasukkan kedalam hospital dua hari lepas.


01 December 2010

Selamat datang PPJJ: USM Meriah!

Sari berita sensasi ...

Kehadiran Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang mendaftar masuk pada hujung minggu yang lalu sememangnya memberi satu impak yang agak mengejutkan bagi seluruh persekitaran kawasan Universiti Sains Malaysia. Senario yang jarang-jarang dapat dilihat oleh pelajar sepenuh masa. Kejadian yang berlaku ini umpama seribu satu malam yang hanya terjadi apabila barisan pelajar-pelajar sepenuh masa sedang enak dibuai belaian ibu dekat rumah.