One of the Chosen Hawker Best Food in Penang
Baru-baru ni ada seorang sahabat dari Negeri Sembilan yang datang ke USM bagi menyambung Ijazah Sarjana Muda beliau membuat status mencari putu mayam di Pulau Pinang. Seperti yang semua sedia maklum, Pulau Pinang merupakan negeri yang penuh dengan variasi makanan dari segi street food, restaurant ataupun yang bertaraf berbintang-bintang.
Putu mayam nih rupa-rupanya ada banyak nama, aku sendiri pun panggil makanan nih sebagai Putu Mayung lepas wiki pasal benda nih, barulah aku tahu yang Putu Mayam nih juga dipanggil sebagai Putu Mayang oleh masyarakat India. Jadi Putu Mayung nih merupakan pelat daerah la, tak komersial pun.
Apa-apa pun bagi kaki-kaki makan, anda tak perlu tunggu pasar malam untuk mendapatkan Putu Mayam di Pulau Pinang nih sebab ada satu gerai yang terletak berhampiran dengan Penang Times Square yang sah-sah menjual Putu Mayam ni hari-hari. Macam mana aku tahu? Sebab aku rajin pusing Pulau Pinang cari makan. Makanan ni dijual mengikut berapa ringgit korang nak lah.. Biasanya kita akan pesan "Aci, bagi RM2". So kita akan dapatla Putu Mayam yang bernilai RM2.
Berikut merupakan peta lokasi untuk sampai ke gerai tersebut!
(Seperti biasa aku sediakan peta dari kawasan Universiti Sains Malaysia)
Selamat Mencuba!
like3..
ReplyDeleteDulu minat la benda ni..sekarang,kureng da..tengok pun tade nafsu..
ReplyDeleteHaha. Jom!! Puyu Mayam RM2 esok. :D
ReplyDeleteaku salah eja ka mcna nih?
ReplyDeleteaku cari x jumpak pun kesalahan ejaan
my favourite!!
ReplyDelete