01 December 2010

Selamat datang PPJJ: USM Meriah!

Sari berita sensasi ...

Kehadiran Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang mendaftar masuk pada hujung minggu yang lalu sememangnya memberi satu impak yang agak mengejutkan bagi seluruh persekitaran kawasan Universiti Sains Malaysia. Senario yang jarang-jarang dapat dilihat oleh pelajar sepenuh masa. Kejadian yang berlaku ini umpama seribu satu malam yang hanya terjadi apabila barisan pelajar-pelajar sepenuh masa sedang enak dibuai belaian ibu dekat rumah.


Kesempatan untuk memasuki perkarangan USM baru-baru ini ketika musim cuti sekolah a.k.a cuti antara semester 1 dan semester 2 memberi satu igauan yang tak akan mungkin dilupakan. Buat pertama kalinya Kompleks Restu Saujana Tekun yang lebih dikenali sebagai RST mencatatkan kadar kesesakan lalu lintas yang sangat melampau! Kemana hilangnya barisan Pak Guard dan Mak Guard yang berwibawa??

Diakhiri dengan Peperiksaan Semester 1 pada 25 Nov 2010 yang lalu, keadaan di USM lengang bagaikan tiada pelajar yang belajar di sini dan hanya sebilangan insan sahaja yang ingin melukut ditepi gantang tatkala masih mengekalkan kedudukan di USM pada waktu cuti semester bermula dan antaranya adalah aku sendiri. Keadaan sunyi sepi seakan-akan menolak dan melonjak hati ini untuk terus pergi meninggalkan USM namun cita-cita dan impian yang telah dipendam di dalam hati perlu dijadikan keutamaan,maka tekad ditanam didalam hati untuk terus berada di dalam Desasiswa Tekun sehingga munculnya hari-hari terakhir penyerahan kunci pada 28 Nov 2010.



Joih (tujia aih).... bila roda Chandurry meluncur laju memasuki perkarangan RST, suasana kelihatan begitu meriah bagai menyambut Pesta Pulau Pinang, bahkan terasa bahawa pelajar-pelajar PJJ ini bagaikan hilang arah tanda kompass. Sorang ke sana dan sorang ke sini, sesekali terdengar seruan 'Boleh tumpang? Tak larat nak naik ke Restu...kalau turun tak pa'. Hati terusik... hehehe

Namun dalam ramai hilang suara tu, sebab memandangkan PJJ, maka rata-rata semua mempunyai kenderaan tersendiri maka dengan itu semua bawak kenderaan masing-masing dan sudah terang lagi bersuluh sememangnya tiada kawalan ketat seperti mana yang dikenakan apabila pelajar sepenuh masa sedang berada di kawasan USM. Ada ura-ura mengatakan Pak Guard & Mak Guard takut dengan pelajar PJJ.


Terjadi kes pada hari pertama kemasukan pelajar PJJ. Seorang pelajar PJJ merempoh palang yang menghalang orang luar masuk ke kawasan RST, memandangkan pelajar PJJ, mungkin ada yang lupa nak bawa Kad Matriks, maka apabila sampai di palang tersebut, mereka mengharapkan PG boleh la nak bukak palang tersebut namun harapan hancur berkecai dan menyebabkan pelajar tersebut merempuh palang tersebut sehingga menyebabkan palang tersebut berselang pukang. Padan Muka... PJJ!! Keep It Up! kalau budak sepenuh masa buat, jenoh dah nak kena menjawab kat JK.
Gambar2 merupakan ehsan : Salwa Syazwani.

Aksi-aksi sebegini turut dirasai penulis sendiri apabila terkandas untuk keluar dari RST menuju ke Persimpangan 4 Cabang (P4C) selama setengah jam hanya dari kawasan Kafe Saujana-Restu ke P4C tersebut. Jika hari-hari biasa, kurang dari 5minit.

10 comments :

  1. wewoot. kalah post i! :D

    ReplyDelete
  2. ha ha ha
    sikit ada lah ...
    besalah, org nak blog tp x dak kamera,
    geram betoi nih
    kalau dapat gambaq padang kawad dengan masa nak naik rst tu lagi gempak kak wawa ..

    ReplyDelete
  3. aku rasa macam baca laporan berita tv3..

    ReplyDelete
  4. keep it up sarah
    baca hari2 tau, pastu selalu2 r communicate ngan aku

    ReplyDelete
  5. First BM kau memang takley blah lar wey..hahaha

    Aku dah g visit dah RST the day before, memang jam sejam aku nak klua pon. Nasib baik sempat jugak tengok movie aku booking..huhu

    ReplyDelete
  6. owh, thanks2 ...
    aku memang minat buat karangan2 nih
    tp aku nak amik LKM 400 masa 3rd yr kowt ...

    hang g tgk wayang apa? aku x tengok2 lg wayang dah 2bulan dah ... huhu

    tp serius kowt,
    pak guard time kita dia mcm buat la jugak kerja tp mcm x mau buat ja ...
    pastu masuk PJJ x nampak buat kerja terus ...
    lori clamp jgn dok cakap, sampai habeh r clamp tu dia pya clamp kreta org ...

    nak kata depa makan gaji buta mcm x patut ja, tp sapa2 nmpk mst ckp mcmtu gak aku rasa =pp

    ReplyDelete
  7. eee..bckground agk mnggnggu apbila prhatian cuba dbrikan pada stiap butiran prkataan..

    ReplyDelete
  8. terima kasih ciq atas kesudian memberi pandangan dan kupasan yang bernas ...
    ia akan diusulkan pada barisan tertinggi ..
    hehe

    ReplyDelete
  9. Baiklah..aku kan sedaya upaya untuk berkomunikasi dengan hang bila mana aku ada masa terluang..

    Teruskan berkarya dan selamat beramal..hehe..

    ReplyDelete