17 January 2014

Fred'sLife : List To-Do Sebelum Kahwin

Kawan-kawan dah ramai dah hantar kad kahwin, kejap-kejap dia ni kahwin, kejap-kejap dia tu pulak nak kahwin. Siapa cakap aku tak nak kahwin, aku nak kahwin tapi dah cakap awal-awal lagi aku tak fikir langsung yang bila aku nak kahwin. Macam certain orang dah set time limit, by umur 28 tahun dah nak kena kahwin, bagi aku pulak, dah memang aku tak target. Last time aku dah set, by umur 40 mungkin baru aku fikir nak kahwin, tapi bila aku tengok ramai kawan dah kahwin aku dah set limit tu ke bawah sikit ke 30 tahun maybe. Sekarang ni umur aku pada tahun 2014 ni is 24 tahun baru. Sangatlah muda, banyak lagi benda yang aku tak buat dan aku kena buat sebelum aku kahwin. Even orang yang umur 25 tahun pun tak kahwin-kahwin lagi. Kalau pikir umur orang rasa kita tua, tapi aku tak pernah rasa macamtu.

Sebenarnya, banyak benda aku nak settlekan dulu sebelum aku kahwin. Tapi harini aku nak post up kan certain things yang aku betul nak buat kalau boleh la. At least ada target, tak boleh fullfil semua, at least aku fullfil kan certain things pun boleh jugak.

1. Beli Naked Bike Kawasaki ER6N 
Aku dah lama teringin sangat nak naik superbike, tapi disebabkan malas nak amik lesen B full, so tak nak lah fikir motor superbike, dapat beli motor ER6N pun ok, tak pun beli KTM Duke 200 pun boleh dah aku rasa. Yang penting beli and own by my self. Alhamdulillah, target 2012 2013 aku dah termakbul untuk beli kereta, macam-macam list kereta aku dah buat sebelum beli kereta, macam yang penah aku post dalam blog post aku tahun 2012, lastly aku berjaya dapatkan Mazda 3 1.6 CKD dan baruni aku ada beli kapcai Yamaha LC 135 =) alhamdulillah dan kenangan ini aku abadikan dalam no pendaftaran kedua-dua kenderaan milik aku kepada 2890 sempena hari jadi aku 28 August 1990.

Ensyallah lepas ni, nak kumpul duit beli naked bike pulak. CANCEL LAH, TAK JADI BELI .. NAK KAHWIN DAH NI ...

Kawasaki ER6N

KTM Duke 200

2. Jelajah 1 Tanah Melayu & Kepulauan Borneo
Second thing aku nak buat is menjelajah seluruh Malaysia. Actually semua tempat aku dah sampai dah kat Malaysia ni, tapi aku nak prepare list, dalam list ni ada setiap negeri dan aku kena p MUST VISIT place dia. Then baru lah dikira complete journey aku. For time being, tempat yang aku tak sampai-sampai lagi is Sabah Negeri Di Bawah Bayu. COMPLETED ON 9-MAY-2016

3. Pergi Umrah
Aku dah ada review beberapa agensi untuk pergi umrah ni. Yang paling murah RM4890, yang paling mahal tak sure tapi kalau dapat around RM5000 - RM7000 then should be okay dah tu. Cuma kena tunggu cuti dah banyak kot. Tahun ni total cuti ada 14 hari, tapi kalau nak pergi umrah, kena ambik cuti lebih kurang gitu lah, kena plan betul-betul baru boleh menjadi ni. Tapi kalau dah kahwin, pergi dengan isteri pun menarik jugak kan. Tengok lah macam mana dulu. COMPLETED ON 29-NOV-2018


4. Beli Rumah
Beli rumah ni pun penting ni, sebab bila dah kahwin kena ada rumah sendiri then barulah senang kita nak hidup berumah tangga kan? Yer tak? Kalau tak nak kena menyewa, tapi aku pikir kerja pun tak stabil lagi dan tak tahu lagi kat mana aku nak settle down. Entah-entah rezeki aku lepas ni dekat Johor pastu aku settle down kat Johor, better beli rumah kat Johor, ha gitu lah gamak ceritanya. Tapi aku teringin nak duduk rumah condo atau studio house, tak besar sangat nak jaga. Landed house pun nak tapi nak ala-ala kampung style or Semi-D, tepi dia boleh buat taman. COMPLETED ON 17-JULY-2015



Ada banyak lagi senarai aku sebenarnya, tapi kalau senarai aku berjela, memang sedihlah sampai kesudah tak settle senarai tu tak kahwin la gamaknya aku =p

1 comment :