24 December 2011

Fred'sLife : Perbelanjaan Masa Hadapan

Memandangkan semester hadapan merupakan semester terakhir aku di USM sebagai pelajar degree dekat HBP ini, aku terfikir masa depan aku bila aku dah habis belajar bulan Jun ni ensyallah dan akan bergraduasi pada Ogos atau September. Sedikit sebanyak aku terfikir mengenai kerja atau kerjaya yang bakal aku bina dan aku tempuh dalam masa tak berapa bulan ni. Sama ada aku akan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi ataupun memulakan kerjaya aku.Yang mana satu, tunggu tiba masa dan ketikanya. Tapi kalau kata aku sambung Master sekalipun,aku masih perlu memikirkan mengenai corak kehidupan aku setelah aku selesai belajar nanti iaitu kerja ataupun kerjaya.

09 December 2011

Fred'sLife : Saya Ada Ramai Kawan tapi Saya Takdak Kawan! pART 2

Semenjak aku masuk ke alam universiti ni,aku rasa aku hilang kegembiraan dan kenikmatan bersama kawan-kawan macam aku pernah alami masa sekolah menengah dan juga zaman kolej dan aku sendiri rasa pelik kenapa aku tak boleh nak 'bekerjasama' dengan persekitaran baru ni, dari aku Tahun 1 sampai la aku Tahun 3 sekarang ni.

Maaf kepada kawan-kawan se-universiti yang mengenali aku secara rapat mahupun tidak, blog post ini bukannya bertujuan untuk menghentam anda,tetapi medium ini merupakan medium yang aku rasa baik untuk aku tulis cerita aku ni, sebab aku rasa aku tak dak kawan untuk aku kongsi cerita.


29 November 2011

Fred'sLife : Dunia Sosial Network-ku

Lama aku tak menaip dalam blog kesayangan aku ni.
Semenjak Latihan Industri haritu aku dah mula kurang gila menaip dalam Fred's Blog ni sebab tahap busy aku yang melampau. Masa Latihan Industri aku, masa tu juga lah aku giat dengan aktiviti ConvEx 2011. Then setelah kedua-dua event ni habis, aku dah free sikit, and dah lupa yang aku ni ada blog. Sebab masa tengah busy, aku memang tak sempat nak taip-taip kat blog aku ni.

OK!


10 October 2011

Fred'sLife : Saudagar Minyak Wangi

Assalamualaikum ...!
Ok dah lama aku tak update blog, in whatever segi la kan, sebab busy dan lama tak mengadap laptop 
lama-lama.
Kali ni, aku kembali dengan satu lagi bisnes terbaru yang aku ceburi, iaitu 
SAUDAGAR MINYAK WANGI...! =)

Boleh pula nak ceburkan diri dengan perniagaan ni bila buat julung-julung kalinya aku dah terminat nak pakai perfume KISTNA by The Body Shop, so bila dah dapat, tetiba jadi ghairah nak try minyak-minyak wangi lain. Nak jadi citer, 1 sahabat baru balik dari Dubai,dapat pula souvenir perfume Versace, ibu aku pula bagi Aqua Di Gio by Giorgio Armani, so dah try 3 3 jenis ni, terus aku dahagakan bau-bauan, jadi dapat la cabang perfume ni.

Saiz 3ML dijual pada harga RM6

Saiz 7ML dijual pada harga RM12

Perbezaan Saiz 3ML dan 7ML, yang saiz 7ML saiz lebih kurang Botol Minyak Attar

Bagi sesiapa yang berminat dengan bau DKNY ker, Burberry ker, Gucci ker ... Boleh la tengok senarai 42 jenis bauan yang aku tawarkan.



Kalau ada yang berminat, boleh terus PM dekat Facebook aku ok? Klik sini untuk terus ke Facebook aku dan PM untuk tempahan/pertanyaan.

*FYI: Minyak wangi ni agak tahan lama la...! Calit sikit pun dah bau dah ...!

25 August 2011

Fred'sMedicalHouse : Tanda-Tanda Penyakit Bhgn. 2

Bahagian kedua kali ini akan lebih menekankan kepada beberapa simptom penyakit yang lebih menggelikan/menakutkan dan menginsafkan.

RUAM & BISUL
1 -  Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut di dalam air

KULIT GATAL DENGAN RUAM
1 - Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia

KULIT PECAH & BERAIR
1 - Proses pembuangan toksin yang larut di dalam air. Cara untuk mengatasi, sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan

RAMBUT GUGUR
1 - Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses keguguran rambut, rambut akan tumbuh kembali normal dan subur

SENDI-SENDI,TANGAN & KAKI
1 -  Sakit Sendi
Rasa panas menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit gout
Tiada tanda rasa panas, petanda sakit reumatism
Sakit di bahagian bahu, menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolism tidak seimbang

2 -  Kebas Tangan
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak seimbang

3 - Kebas Tangan Kiri dan Lengan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit dan kekal dibahagian lengan sana, mungkin merupakan petanda serangan sakit jantung bakal berlaku

4 - Kebas Kaki
Pengaliran darah dibahagian bawah badan tidak lancar

5 - Sakit Tapak Kaki
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kurang senaman atau duduk terlalu lama

6 -  Sakit Tumit Kaki
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin

7 - Rasa Panas di Tapak Kaki
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin

8 - Gatal di Celah-celah Jari Kaki
Menunjukkan tanda-tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot)




Fred'sMedicalHouse : Tanda-Tanda Penyakit Bhgn. 1


Kali ini merupakan satu sebaran maklumat yang aku peroleh dalam inbox email aku dari seorang sahabat. Informasi yang disampaikan melalui email ni agak menarik perhatian aku untuk berkongsi dengan rakan-rakan pembaca. Pelbagai tindak balas yang berlaku pada badan kita mempunyai significant yang tersendiri dan perkara yang berlaku tersebut mempunyai maksud yang saling bergantungan dengan gaya hidup dan cara pemakanan kita. 






MATA (bertindak balas dengan keadaan hati)
1 - Mata Menjadi Merah

24 August 2011

Fred'sLife : Saya ada ramaaaiii kawan tapi saya tak dak kawan

Mesti macam pelik kan dengan entry post aku kali ni,
tapi aku nak cakap la yang benda ni memang realiti lah yang aku rasa.
Ni bukan entry sentap sesentap lagi menyentapkan tapi aku ni sebenarnya
nak bagitau dekat kawan-kawan aku semua ni yang aku ni memang jenis macam ni.
maklumlah Faiz Fuad bukan jenis peramah orangnya.

Terlalu ramai kawan atau aku yang tak pandai sangat nak berkawan dengan orang, itu aku pun tatau.
Mungkin somebody kena buat bagi aku realise yang mana satu aku nih. =)
Tapi yang aku tau, aku suka bila kawan-kawan fill my empty space.




19 August 2011

We Invented Nino & Lito

SMK Sultan Badlishah specifically, Kulim generally where we begin to invent this Nino Lito little things

Early 2007



Middle 2008



Fred'sLife : 10 days to 21 ...! 10 MOST WANTED PRESENTS!

10 MOST WANTED PRESENTS ON MY 21ST BIRTHDAY!
[dapat tak dapat, itu belakang cerita, kalau dapat alhamdulillah]

1. PHILIP ALARM CLOCK RADIO

02 August 2011

Fred'sLife : My Industrial Training Experience



Dah settle Latihan Industri barulah aku sempat nak update blog... siri jelajah makan-makan tergendala siaran selama 3 bulan sebab sibuk tahap cipan dengan Latihan Industri aku wea. Kerja macam nak rak, 6 hari seminggu, cuti sehari sempat nak lelap kejap jer, tak sempat nak jalan-jalan pun, so tak der lagi lah update buat masa ni untuk siri jelajah makan-makan FoodHunters.

11 June 2011

Fred'sLife : Kawan

Apabila Kawan Hanya Sekadar Kawan dan Bukannya Si Peneman yang Terbaik



Bagi aku, isu-isu tentang persahabatan ni merupakan satu isu yang kadang-kadang buat aku terlalu sensitif dan terlalu bersikap cerewet dan berlebih-lebihan, mana tak nya bila orang disekeliling kita yang kita anggap kawan bukannya orang yang sempurna dan sudah semestinya ada cacat celanya, namun, dalam persahabatan, hubungan persahabatan yang terjalin sudah semestinya terjadi dek kerana chemistry yang wujud dalam diri masing-masing yang mampu membuatkan kita terasa yang kita memerlukan orang lain untuk memenuhi segenap ruang dalam hidup kita iaitu yang kita kenali sebagai kawan atau sahabat.

22 May 2011

Apa yang Hampa Cari dan Hampa ni Mai dari Mana yang dok ghelin mai tengok faizfuad.blogspot ni?

Kalau menurut kepada penonton yang disenaraikan oleh sistem blogger ni, sudah semestinya si pe-review datang dari Malaysia dan diikuti dari beberapa negara lagi. Kalau negara macam United States, Germany, United Kingdom, Indonesia, Egypt dan Japan aku tahu dah sapa dia yang dok review tu. TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN YANG BERADA DIPERANTAUAN DAN SUDI MENJENGAH KE BLOG AKU!

21 May 2011

Hilangnya Seorang Blogger

Aku merupakan salah seorang blogger yang mengikuti setiap post yang dikeluarkan dalam blog Telurdibasuh.blogspot.

Blog yang mempunyai lebih dari 4000 followers ini terkenal dengan kepelikan post-post yang dikeluarkannya, namun baru-baru ini bila aku nak update blog dia tengok update terbaru dari dia, satu post yang sangat menggemparkan dan cukup menyentapkan





Tanpa diduga, identiti owner Telurdibasuh.blogspot hari ni telah pun didedahkan setelah beliau meninggal dunia. Beliau yang sebelum ini enggan mendedahkan identiti sebenar cukup terkenal bagi kaki follow blog apabila setiap hasil post beliau mampu menarik minat sungguhpun ada post yang dikeluarkan sama dengan beberapa blogpost lain (sapa ciplak sapa tak tahu lah, tp Telurdibasuh punya blog lagi best~!)

Sekarang ni, kalau bukak saja blog dia, semua post-post lama dah tak ada dah, dan hanya ada 1 post. Tiada lagi kenangan yang mampu mengingatkan aku dengan post si telur ni.

Al-Fatihah buat owner telurdibasuh Allahyarham Abdul Hakim bin Mohd Kamal, semoga rohnya dicucuri rahmat.

06 May 2011

Fred'sLife : Pembahas Tegar Posisi Ketiga

Post kali ni memang sengaja aku highlightkan untuk aku saja sebab aku jadi rindu dengan suasana perbahasan dalam dewan.



Segalanya bermula ketika aku merupakan pelajar SMK Sultan Badlishah, sekolah yang pernah memberi seribu satu memori untuk aku. Di sini juga aku mula menonjolkan diri aku sebagai seorang pemimpin pelajar, pemidato dan pembahas. Di antara ketiga-tiga perwatakan yang aku miliki di sekolah, pembahas merupakan satu elemen yang paling aku rindu ketika dibangku sekolah.



04 April 2011

Perodua Bezza

Baru-baru ni aku ada terima satu email dari seorang sahabat yang tinggal dekat KL, dalam email beliau disertakan beberapa gambar yang kononnya merupakan sebuah kereta yang bakal dilancarkan oleh PERODUA, bila tengok saja gambar ni, aku ingatkan Prius, tapi memang lain, mungkin ada ambil konsep Prius sikit. Tapi model terbaru dari PERODUA yang diberi nama PERODUA BEZZA ni memang best dan berbeza~!



23 March 2011

FoodHunters (BumperEditionMarch) : Mee Sotong Padang Kota!

23/3/2011 ... sejuk doh malam ni ... malam-malam sejuk macam ni dapat makanan panas-panas mesti mariii .... dapat tomyam kung ka, sup ayam dengan sotong goreng tepung, dapat air markisa pulak ... pergh .. terangkat!


and aku baru teringat yang aku ada pernah menjejakkan kaki ke satu tempat makanan yang agak femes dan menjadi tempat tarikan ramai iaitu Mee Sotong Padang Kota!

Padang Kota Pulau Pinang ni ada dua, satu Padang Kota Lama dengan Padang Kota Baru, Padang Kota Lama terletak di belakang Dewan Sri Pinang manakala Padang Kota Baru pulak terletak bersebelahan dengan Gurney Plaza.

Tambahan : Kawasan makan-makan di Padang Kota Lama terbahagi kepada 2 bahagian, satu dekat sebelah laut iaitu betul-betul belakang Dewan Sri Pinang, manakala satu lagi terletak bersebelahan dengan Fort Cornwalis.


THE MEE SOTONG!

22 March 2011

FoodHunters (BumperEditionMarch) : Penang Selected Laksa @ Laksa Janggus

Susah sangat-sangat nak update blog sekarang ni bila dah ada dalam hostel atau dalam USM sebab connection sekarang sangat hight traffic (mungkin) ...

Edisi kali ini membawa para pembaca ke kawasan yang sedikit jauh dari USM (bagi pengikut yang datang dari USM).

THE LAKSA JANGGUS!!!

19 March 2011

FoodHunters (BumperEditionMarch) : Mikki's Western Junction

Assalamualaikum buat semua follower FoodHunter's sekalian, setelah sekian lama aku tak dapat nak update blog kesayangan aku ni, kali ini insyallah aku kembali dengan edisi Bumper Edition la, so aku akan update sebanyak yang mungkin tempat-tempat makan yang pernah aku pergi sepanjang blog aku ditinggalkan bersawang ni, disebabkan oleh oleh masalah yang wujud seperti yang aku dah explain dalam blogpost aku sebelum ini.

Edisi kali ini aku nak bawak penggemar makanan barat ke satu gerai. Gerai??? erm... Sebenarnya it's a restaurant tapi susun atur restoran ni bukan macam restoran makanan barat yang lain yang menghidangkan menu makanan barat yang best-best macam The Ship, Victoria Station, dan yang seangkatan dengannya TAPI rasa dan cara hidangan yang dipersembahkan mampu menarik minat aku untuk mencuba menu disini. Kalau korang selalu lepak dekat golf club ha ... lebih kurang la cara dekat golf club tu dengan kat sini.. (mungkin chef dia pernah kerja dekat2 sana ka macam mana entah.. aku tak interview ..x cukup kakitangan keyh ...)

YES! memang THE MOST REASONABLE PRICE IN TOWN ...!

FoodHunters : Special Invitation

Fuh.. akhirnya aku dapat jugak kebebasan berinternet bila balik rumah ni... Lama tak update blog.. bukan tak nak update tapi internet dekat USM sekarang ni SUPER SLOW, mungkin pertambahan pengguna dalam USM kot buat dia tak mampu nak tampung dan SUPER LOADING kalau nak buat apa-apa ... Nampaknya macam nak kena subscribe broadband pulak la ...



Balik rumah main Streamyx rasa lapang dada, lepas nih nak buat proposal minta tukar Streamyx pergi Unifi lah pulak ... apa tu Unifi? Google ok .. kalau nak aku cerita nanti bila aku dah subscribe Unifi kat rumah ni baru aku buat review Unifi. Alhamdulillah, Unifi bukan saja ada dekat Kuala Lumpur, kat Kulim-fornia ni pun dah sampai.

Ok.. dah lama la aku tak buat review Foodhunters aku kan, bukan tak der tempat-tempat best, tapi (1) internet slow - susah nak update, (2) busy dengan studio - so aku cuma sempat nak update twitter & facebook saja, tapi Twitter ngan Facebook aku sah-sah tak dak kena mengena dengan Foodhunters .


NEXT, aku baru-baru ini agak terkejut bila aku dapat 1 Private Mesej dalam Facebook, 1 mesej invitation!!! woot woot ...



Ha .. ninjia ... invitation yang aku dapat tu ... ALHAMDULILLAH rupa-rupanya blog aku ni diterima ramai ...

P/S : Encik Zuls Burger Penang ... tak lama lagi aku p serang dengan angkatan tentera aku dalam masa terdekat nih, lepas tu nantikan kemuculan gerai anda dihurung pengikut-pengikut tegar aku insyallah tu pun kalau menepati cita rasa aku dan bala tentera aku ... kalau tak, tak dapek den nak menolongnya ..

23 February 2011

I Love Marian Rivera Part 1 =)

Bukan memilih, tapi berikut merupakan ciri-ciri yang boleh membuatkan aku tertarik pada sorang-sorang perempuan nih.

1. Flawless English!
Aku cukup tertarik kalau ada girl yang speaking english penuh dengan kepekatan, essence bagai ... tak payah tengok muka, kalau dari jauh aku dah dengar girl yang speaking London ka American ka sedap gila mesti aku cari sapakah pemilik tubuh yang mengeluarkan perkataan2 english yang sugguh sedap tu! & yes, aku memang akan tertarik gila untuk having a conversation with that girl sebab semata-mata nak dengar dia cakap ong putih ... =))

2. Kulitnya Cerah!
Aku tak cakap yang aku tak suka kulit gelap even ex aku pernah ada yang kulit hitam manis. Tapi aku tertarik kalau dia berkulit cerah tapi kalau kulit cerah pun, permukaan kulit haruslah sama level dan nama perempuan, kulit-kulit muka semua nih mesti lah depa jaga, kalau tak, memang phailed! Yang berkulit gelap/hitam manis nih pulak, aku percaya kulit diorang cantik sebab susah nak kena infection sikit orang kulit gelap nih (melalui pembacaan aku lah, kalau salah, adalah yang tak kena dengan hampa tu)

3. Matanya Bolat!
Mata yang bulat memang boleh buat hati aku terpikat, tapi aku tak nak yang jenis mata bulat macam kat atas nih, dasar tak sedar diri, dia pi inject bagi bulat. ATAU! dok amik gambaq upload dalam facebook dok buat2 mata bulat. Terma bagi MATA BULAT hanya aku ja yang boleh definisikan.

4. Muka Melayu Jati & Filipino
Aku cukup tertarik kalau perempuan tu ada ciri-ciri muka melayu jati ... mesti ramai tak tau, macam mana rupa bentuk muka wanita melayu jati kan? kalau artis bagi aku, yang mewarisi muka melayu jati Vanidah Imran dengan Umie Aida

V!

Umie Aida dengan muka ala-ala Ibu Mertuaku .. gila garang ... tapi muka dia memang muka melayu betul!

dan kalau muka luar sikit .. aku suka muka orang filipina yang dah bercampur darah dengan orang sepanyol macam si Marian Rivera ... cun siot!!

Ada lagi ciri-ciri penambahan yang tak masuk... bersambung Part 2

21 February 2011

Fred'sPoem : Perginya Separuh Jiwaku


Tiada kata bisa diungkap
Bila hati jadi gelap
Saat kau pergi hilang tak bertekap
Hidup kosong tanpa pelengkap

Malam ku sangka siang
Dan siangku ku sangka malam
Makan ku tak pernah kenyang
Mandi ku tak pernah basah

Perginya dirimu
Ibarat perginya separuh jiwaku
Hilang tak berteman
Diam terus mengemam

*kalau aku bubuh tajuk Separuh Jiwaku Pergi mcm lagu Anang plak, tak pasai dia minta royalti... 

17 February 2011

Pilihan Raya Kampus USM 2011


Salam 1 Malaysia.

Hari ini merupakan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kampus USM 2011, ada beberapa USM Bloggerz yang dah pun buat review pasal benda nih dan aku sendiri pun berminat nak buat review tapi secara lebih personal dan tak terlalu general.

Dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) ada dua jenis kerusi yang dipertandingkan iaitu Konstituensi Umum dengan Konstituensi Pusat Pengajian, Umum nih kira macam Parlimen

14 February 2011

Fred'sMedia: Dell DataSafe Backup successfully terminated!


The SuperCool CCleaner!

How can I manage to completely terminate it? By using CCleaner. Just download the CCleaner via cnet.com and it is ready to be used. The CCleaner function is just the same as the uninstall/remove features located in the Control Panel where you can delete any unwanted program.

Fred'sLife : My real Love Story

Peringatan, kalau tak nak baca, jangan baca langsung pastu tulis kat wallpost FB ko cakap macam2, aku tak hadap ... =)




Blogpost ini tidak bertujuan langsung untuk mengangkat dan mengiktiraf hari ini sebagai V-day yang aku definitely tak pernah celebrate langsung in my life.

13 February 2011

Fred'sMedia: Dell DataSafe Backup sangat Annoying!

Last time kan aku ada cakap yang aku ada beli satu produk dell ni, untuk menggantikan lenovo aku yang sudah sekian lama membanting tulang membantu aku buat assignment semua. Laptop ni punya performance for the mean time memang best, beyond my expectation lah, tapi aku tak nak guna dia pada tahap maksimum lagi. Tapi baru-baru ni, aku ada menghadapi satu masalah yang kadang-kadang boleh buat aku naik angin satu badan bila Dell Data Safe Backup dia asyik loading tengah-tengah aku buat kerja, even bila aku tengah taip blogpost ni pun dia still loading dalam 5 saat macam tu.


08 February 2011

Tempat Praktikal

Mungkin ramai yang tercari-cari sekarang nih, kat mana company2 yang sedia untuk menerima korang untuk buat praktikal / latihan industri kan ...

Okay, berikut merupakan satu link yang diberi oleh salah seorang teman baik, si Sidik Sigaragar dengan niat menyebarkan maklumat keseluruh alam bana ... pada 7/8/2011, bukan x nak upload awal2 tp busy  ...


TEKAN LAH KAT SINI,  untuk masuk ke website yang serbaguna ni ... sesuai untuk semua kos .. tapi maaf untuk pelajar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, jangan ada yang kecik hati kalau kata kos anda tak tersenarai dalam laman web nih, sila cuba lagi ...

06 February 2011

Fred'sView : Jangan Politikkan Operasi Piramid!

Terbukti! Pembiayaan & Perbelanjaan Pulang Pelajar dari Mesir ke Malaysia adalah Percuma!

Gambar : Kredit to Kak Engku

05 February 2011

Fred'sLife: USM Banned www.tonton.com.my

[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]

tonton.com.my dengan tagline-nya, cara baru untuk menonton tv baru-baru ini digam oleh sebuah universiti bertaraf APEX pertama di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia. Rata-rata pelajar yang menjadi penggemar kepada laman sesawang ini berasa amat kecewa dengan tindakan pihak ICT USM menggam laman sesawang ini. Hal ini bukan sahaja menimbulkan kekecewaan malah menyebabkan ramai tertanya-tanya mengapakah laman sesawang ini digam? adakah laman ini berteraskan content lucah? membangkitkan isu-isu sensitif? justeru, beberapa rakan universiti telah bertanyakan pihak ICT USM melalui

30 January 2011

FoodHunters : Chicken Milani Set @ Kapitan

Chicken Milani Set
dalam talam nih, ada kuah dalca, kuah pedas dan kuah pudina

Bagi peminat-peminat Roti Naan, pasti tertanya-tanya di manakah restoran yang paling baik dalam menyediakan roti naan ni. Bukan semua restoran dapat menyediakan roti naan yang lembut, gebu dan sedap! Kelembutan dan kegebuan terletak pada roti tu sendiri, tapi kesedapan terletak pada kuah perasa dan lauk tu sendiri!
Ayam masak milani

Di Restoran Kapitan yang terletak di dalam Pulau Pinang, para penggemar roti naan semestinya akan dapat memperoleh roti naan terbaik yang mampu menaik dan merangsangkan deria rasa para penggemar roti naan. Menu yang dipilih FoodHunters kali ini merupakan pada asasnya merupakan roti naan yang diberi satu citarasa ataupun satu kelainan pada ramuannya.

28 January 2011

FoodHunters : Breakfast dengan Serabai di Taman Tun Sardon

Kali ni, menu yang nak diketengahkan adalah satu jenis makanan yang jarang-jarang diketahui umum dan menu nih merupakan menu yang memang menarik dan mampu mengangkat selera makan di awal-awal pagi.


Disebabkan menu ni tak ramai yang tahulah, menu breakfast ni diketengahkan dalam blog nih. Lokasi tempat makan ni terletak berhampiran dengan kawasan perumahan yang diberi nama Taman Tun Sardon dan gerai ni merupakan antara deretan-deretan gerai yang terletak dalam Arked di kawasan Pasar Taman Tun Sardon. Menu yang dimaksudkan adalah 'serabai'.


Pernah ada sekali tu ajak sorang member nih, bila sebut nak ajak makan serabai, muka dia naik blur.. serabai tu makanan ker? OK, buat tatapan umum dan buat pertama kalinya dipertontonkan buat golongan yang belom pernah lagi melihat menu breakfast bernama serabai nih....

kuih yang dicicah dengan kuah manis!


25 January 2011

Fred'sMedia: How to setup USMSecure?

video

Several new students were definitely get curious on how they could connect their notebook with the internet provided by Universiti Sains Malaysia. This video provide by PPKT, USM will help and guide you guys on how to setting up your computer so that it may receive the wifi provided by USM called as USMSecure.

For more details click on to this link or this link


22 January 2011

Fred'sLife: Tangan Magis Kaseh Rabeah Zin

Ada sorang kawan aku nih, memang pandai make-up, terkesima lah jugak tengok make-over yang dia buat kat beberapa rakan lain dengan cara make-up dia tu. Aku tatau lah, cara dia make-up tu betul ka tak, aku bukan amik kelas grooming nih, tapi dari segi cara dia me-make-over orang tu memang buat aku rasa impressive! 


Kaseh Rabeah Zin a.k,a Abby
Kuala Lumpur
Universiti Sains Malaysia



21 January 2011

Fred'sLife: Pak Guard USM Mengamok!

Kena clamp lah pulok~
Statistik penggunaan kenderaan dalam kawasan USM sendiri mencatatkan peningkatan yang melonjak tinggi semester demi semester. Rata-rata menunjukkan bahawa penggunaan kenderaan sama ada dua roda mahupun empat roda semakin meningkat dek kerana keperluan dalam melaksankan tugasan yang diberikan. Memang benar, generasi dahulu hanya kebanyakan menaiki motosikal dan memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam sebagai pengangkutan mereka, kini penggunaan

16 January 2011

FoodHunters: Nasi Tomato Batu Lanchang

Terangkat!
RM5 
Itu apa yang boleh nak dicakapkanlah bila kali pertama kaki melangkah ke destinasi makanan pilihan FoodHunters kali ini iaitu gerai Nasi Tomato yang terletak di dalam kawasan Batu Lanchang Pulau Pinang!

Kelihatan tukang masak
sedang menggoreng ayam


15 January 2011

Fred Concept Store 2

Fred and gadget is something that I seek for. But lately with too busy with study, I'm quite not much updated with the latest gadget in the market. Yes, last time I did make my 2011 wishlist which I list several new gadgets need to grab this year. But somehow it just a list that I need to reach for it.


FoodHunters: Nasi Goreng Ayam Osyter!

Destinasi terbaru yang diterkam oleh Pasukan FoodHunters merupakan salah satu destinasi makanan yang agak terkenal dikalangan pelajar-pelajar senior Universiti Sains Malaysia. Jarang-jarang pelajar baru yang sampai ke restoran ini sebab kawasan restoran ini terletak agak jauh dan sedikit terperosok ke dalam kawasan taman perumahan Taman Tun Sardon.

Apa yang menarik dalam menu ini adalah kuahnya yang melimpah pekat di atas lapisan semangkuk nasi!

Nasi Goreng Ayam Oyster
RM4.50




13 January 2011

I'm a newbie in facebook~

What a cool application introduced by Facebook recently!
a 'Memorable Stories' ...
i read about it a few months ago about this new application in facebook and I was thinking that it just some sort of rumors, but yesterday night reveal everything. As I heard that Facebook is soon shutting down (either

06 January 2011

Semangat Harimau Malaya


Serlahkan kebanggaan kita bersama
dapatkan baju keluaran edisi terhad 
HARIMAU MALAYA KEMBALI MENGGANAS!
Hanya RM30 sehelai!
emailkan pesanan anda kepada faizfuad07@gmail.com
hantarkan Nama Penuh, Alamat, Saiz Baju, pembayaran boleh dibuat secara wang pos dan juga pemindahan melalui akaun bank