05 February 2011

Fred'sLife: USM Banned www.tonton.com.my

[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]

tonton.com.my dengan tagline-nya, cara baru untuk menonton tv baru-baru ini digam oleh sebuah universiti bertaraf APEX pertama di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia. Rata-rata pelajar yang menjadi penggemar kepada laman sesawang ini berasa amat kecewa dengan tindakan pihak ICT USM menggam laman sesawang ini. Hal ini bukan sahaja menimbulkan kekecewaan malah menyebabkan ramai tertanya-tanya mengapakah laman sesawang ini digam? adakah laman ini berteraskan content lucah? membangkitkan isu-isu sensitif? justeru, beberapa rakan universiti telah bertanyakan pihak ICT USM melalui
laman facebook yang ditubuhkan mereka sendiri apakah sebab musabab laman sesawang ini digam?

[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]



dan, jawapan yang diberikan oleh pihak ICT USM berkenaan hal ini adalah :-


[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]
mungkin salah seorang respondan terhadap soalan yang diajukan merupakan staf ICT USM, dan beliau telah memberikan jawapan yang mampu merungkai persoalan mengapa USM gam tonton.com.my

"ada staf salah gunakan kemudahan dengan melihat program di tonton waktu ofis hour. hal ini menyebabkan ada dekan @ pengarah ptj yg komplen. so, buat masa skrg diblock"

jawapan tersebut agak tak masuk akal! pelbagai lain mampu diberikan, namun jawapan sebegini mampu diperkotak-katikkan ... persoalan kedua, kenapa ramai staff USM yang menonton tonton.com.my?

1. bekerja di jabatan kerajaan, kerja tak daklah banyak sangat.(itu  merupakan statement tipikal bagi sesiapa sahaja apabila), sambil buat kerja boleh makan kacang.
2. bekerja di jabatan kerajaan membosankan
3. bekerja di jabatan kerajaan kerja senang dan cepat siap.
    *situasi mungkin berbeza di sesetengah jabatan

mungkin ada yang tak puas hati dengan jawapan nih,tp mempunyai seorang ahli keluarga yang bekerja di jabatan kerajaan cukup memberi gambar yang agak jelas ... mungkin ada yang ingin menyangkal, tak dak masalah.

lantaran itulah, ramai yang menggunakan waktu-waktu senggang yang TERLALU SENGGANG untuk menonton tonton.com.my dan juga buat wallpost2 dan tweet terbaru di facebook dan twitter!

jadi apakah jalan penyelesaian bagi masalah ini? salah seorang respondan dalam facebook turut memberi penyelesaian bagi masalah ini

"saya sangat keliru... kalau mereka buat macam itu, yang patut denda adalah mereka bukan kita.. tonton adalah satu-satunya saluran untuk kita dapatkan maklumat terkini daripada televisyen... tidak adil macam itu.. harap dapat mempertimbangkan.."
sebenarnya adalagi jalan penyelesaian yang lebih efektif namun lebih kompleks barangkali. beberapa syarikat besar di Hi-Tech Park Kulim menggunakan jalan penyelesaian ini

1. mengharamkan staff membawa masuk laptop persendirian, pendrive etc - laptop dan pendrive yang ingin dibawa oleh staff perlu didaftarkan di jabatan IT, jika didapati staff membawa masuk barang larangan tersebut, barangan tersebut akan dirampas dan dikuarantin oleh pengawal pegawai keselamatan.

2. semua laptop mahupun desktop milik syarikat perlu diselenggara jabatan IT dengan membuat setting terhadap laptop-desktop tersebut dengan menghalang connection laptop-desktop tersebut dari mencapai laman sesawang yang tidak dikehendaki!

saya percaya, pelajar mempunyai alasannya yang kukuh agar tonton.com.my tidak perlu digam pihak USM, dan yang pasti pihak ICT hanya perlu membuat lebih kerja agar kemudahan teknologi terkini dapat kita kecapi bersama.

nota kaki: dahla bandwidth kat malaysia nih tak laju mana,kebebasan berteknologi pun disekat. tak lama lagi, mungkin jadi mcm China. facebook dibanned tapi ada website yang sebijik mcm facebook yang dibangunkan rakyat China sendiri.

6 comments :

  1. lol.exactly stupid. sebenarnye. bole je sekat menatang tuh untuk staf je. bukan utk student. hampas.

    ReplyDelete
  2. ko study mana? kat U ko ada youtube all that kena gam jugak ker?

    ReplyDelete
  3. Lagi satu isu yg perlu diketengahkan ialah rasionaliti tindakan USM itu sendiri. Maybe ada sebab lain depa banned tonton.com.my ni selain drpd alasan staf buka time office hour. But USM sepatutnya mengeluarkan notis official as to why exactly they banned it. (or at least why the claimed they banned it). Banyak institusi kat malaysia ni yang x mengamalkan lagi sistem infromasi macam ni. Tanpa sistem informasi yg efficient sebegitu mereka membiarkan orang ramai membuat assumption sendiri mengenai tindakan2 yang diambil institusi tersebut. Mereka x sepatutnya mengambil ringan perkara ini. Small difference goes a long way. At least if they did release an official statement as to why they banned it, at least orang akan mempertimbangkan reason yang depa bagi and this silly excuse of slacking staff will not disgrace the image of the judgement of the institution. Unfortunately, that IS the only explanation floating around and that's what people going to believe unless they throw another reasonable fact to be seen out there. And yes, there are a lot of other solutions out there if slacking staff is the actual reason. And thus, the more reason why USM should release an official statement.

    Just my take on the different perspective of the issue ;).

    ReplyDelete
  4. owh wait, aku baru bukak gambaq second tu. It seems that it is their official statement. Wonder why they want to be seen taking action on such silly judgment. It's outrageous. Oh well, typical Malaysia government.

    ReplyDelete
  5. ya that's so true ebah!
    i think, the APEX itself should not just portray the institution which is USM, but the whole system the whole department ...
    bergerak seiring menuju kepada APEX yang sebenar ... sigh ... good comments from you!
    hope there's alot more comments afterward..

    ReplyDelete
  6. aku stuju ngn budak aribah tuh..
    ape la..kate Apex..tp nk bebudak mcm dok bwh tempurung je..
    dah la line brodband dia kasi lpas slow giler..kalah sipot sedot..
    ni dah gune line tenet yg dia suh gune pon still nk biaq bebudak tensen..
    law nk banned YouTube,,ok la..fine..bleh trima..
    tp law tonton pon nk banned..ape kes...kn TV3,TV9 n other tv2 yg bleh tgok kat tonton tu dah kuarkan dh sgale mcm crita yg lucah2 ape sgale tuh...so, xpatot ah sbb sorg staff tuh, bebudak yg kne..
    lg satu, hr tu de mmbe aku gtaw.. news pon xleh nk bace online dh sbb kne banned....apekah????

    ReplyDelete