14 February 2011

Fred'sLife : My real Love Story

Peringatan, kalau tak nak baca, jangan baca langsung pastu tulis kat wallpost FB ko cakap macam2, aku tak hadap ... =)




Blogpost ini tidak bertujuan langsung untuk mengangkat dan mengiktiraf hari ini sebagai V-day yang aku definitely tak pernah celebrate langsung in my life.
Ia bermula apabila Google mengeluarkan satu logo kat official website engine-nya yang seriously menarik minat aku untuk kongsi sedikit sebanyak pasal kisah cinta jatuh bangun aku yang baru-baru ini, aku semakin meningkat belia dan masih bergelar single. Bagi beberapa sahabat aku, ada yang beranggapan, masih muda untuk ada teman istimewa, dan aku pun beranggapan macam tu, aku lebih rasa selesa dengan kehidupan aku sekarang tanpa sesiapapun sebagai teman istimewa aku. Tapi ada jugak yang tertanya, aku ni memang tak ada yang istimewa lagi ka? Tambah-tambah mak aku sendiri... Muda lagi lah, and I'm seriously not so desperate pun even kadang-kadang aku ada buat wallpost kat Facebook, but I never mean it.



Kisah 1
Kisah cintan-cintun aku bermula ketika aku disekolah rendah. Masa tu, aku memang tengah muda gila, baru habis UPSR nak masuk  Tingakatan 1. Bila diingat-ingat balik, memang agak kelakar, masa tu lah nak cuba2 bercinta, dapat lah, tapi tak lama, kejap jer pun and awek aku masa tu nama S*****A, budak-budak sekolah rendah aku mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Dia anak polis. Bila aku break-up dengan dia, aku pun tak ingat. Hahaha.

Kisah 2.
Kali ini, kisah cinta aku jadi agak serius dan paling serius yang pernah aku alami dan berlaku masa aku sekolah menengah. Budak perempuan yang berjaya buat aku jadi tak tentu hala masa tu nama Azureen Ainan. Dont worry Fickoe, she's yours now. =) Aku pertama kali jumpak dia masa Tingkatan 2 dekat SMK Sultan Badlishah, dia budak baru yang masuk dalam kelas aku masa tu, 2A4. Officially, ramai kawan-kawan kat sekolah aku tau yang dia awek aku. But then kami break-up dan bawak haluan masing-masing untuk agak setahun, tapi salah seorang kawan baik aku Syamil Afiq dah rapatkan kami berdua balik, dan aku dengan geng-geng sekepala masa sekolah menengah dulu which is aku, Azureen Ainan, Nadhirah Suhaimi dengan Syamil Afiq memang jadi kawan baik. Azureen is the very 1st girl yang pernah jumpak ibu aku dan dia girl pertama yang mendapat perkenan dari ibu aku. Sampai sekarang, my mom's favorite girl one of them is Azureen Ainan and Aween knew about it. Any event buat kat rumah aku, my mom will never forget to ask me to invite her and till now, Aween is my best friend forever, jatuh bangun aku, dia ada saja sebagai teman baik aku. Thanks Aween for the precious friendship.


Kisah 3
Aku tertarik dengan satu junior dekat sekolah menengah aku. Nama dia? Rahsia. Aku dengan kawan baik aku sama-sama tertarik dengan awek ni yang memang comel! Mata besar, that's what makes me admire her. Kawan baik aku dan aku, sama-sama cuba untuk tarik perhatian dia dan kami kedua-duanya berjaya untuk dapat perhatian dia. Tapi malangnya, aku lambat dari kawan baik aku nih, so dia nih, dapat dekat kawan baik aku lah and aku sangatlah kecewa. From that moment, aku dengan kawan baik aku nih dah tak baik dan masa tu jugak lah aku rasa macam aku dah hilang kawan baik. Mana boleh tahan, kalau aku asik lepak dengan k/baik aku, but then, dia asik berkepit dengan awek yang aku pun minat.DAN satu hari ditakdirkan diorang berpisah. Bukannya suka, tapi mungkin nih peluang aku. Kejap, aku cerita KISAH 4 dulu, baru aku cerita sambungan KISAH 3 ni.

Kisah 4
Kali nih, aku berada pada Tingkatan 5, masih dalam sekolah yang sama. dan aku tertarik dengan satu awek nih sebab dia ada 2 ciri utama yang aku suka. (i) Mata Besar (ii) Kulit Cerah. Kami adalah saling balas membalas, tapi macam tak berapa nak menjadi and ada pada satu tahap tu, aku jadi macam confuse yang aku nih kapel dengan dia ka tak. Tapi yang aku tau, dia antara orang yang ramai peminat termasuklah aku sebagai peminat dia. Aku tak nak sebut nama, kalau aku sebut pun bukan orang kenal. Aku pernah bawak dia mengadap my mom, pun dapat perkenan, dan mak aku sangat suka dia, dan dia masuk dalam list favorite girl mak aku.

Kisah 5
Sambungan bagi kisah 3, masa ni, aku kat matriks, aku sekarang nih, masih berskandal dengan Kisah Cinta 4 aku, selalunya aku yang akan call dia petang2, duduk tepi balkoni sambil tengok orang lalu lalang dekat depan masjid Kolej Matrikulasi Kedah tu, Masa tu aku guna Line Maxis, sebulan aku spend untuk bill sahaja less than RM100. Tapi satu hari, dalam aku tengah menghabiskan segala duit aku untuk bergayut dengan awek nih, memanglah investment, aku dapat tahu, rupa2nya sepanjang hari-hari yang aku dok contact dia tu, dia dah kapel dan dalam proses perceraian. rupa2nya aku nih kira macam jadi cina buta dia lah, tambah-tambah nak menjeleskan bakal bekas dia masa tu. Sakit hati bukan kepalang ... Dan selepas itu, aku kembali mencari cinta aku dalam kisah 3. By that time, dia single, seriously single. Banyak kali jugak aku approach,tapi tak dapat atas alasan, aku nih kawan baik kepada ex dia dulu. So what? . Sampai sekarang aku tak faham. Tup tup dia kapel dengan kawan baik aku lagi sorang yang even sampai currently pun kawan baik aku dan aku masih tak faham. Jadi lantaklah, malas nak fikir.

Kisah 6
Takdak dah kisah cintan cintun, aku teruskan kehidupan secara berskandal. Memang berskandal nih lagi best dari berkapel, freeeee gila, dan kali nih, bill aku kembali melambung naik bila tabiat bergayut aku kembali memuncak tapi tak pernah lebih dari RM100 sebulan, paling tinggi bill aku masa tu rm89 kot, masa tu aku guna no 012445***9. Sekarang, aku dah deactivate dah pun number tu. Tapi aku tahu, limit aku dengan satu awek nih, takkan pernah lebih dari skandal dan aku akan ingat dia sebagai skandal terhebat pernah aku ada dan kitorang ada anak 'teddy bear' yang diberi nama Bubu Lolito. Nanti bila2 aku upload gambar anak kitorang nama Bubu Lolito tu yang hak penjagaannya dapat kat aku

Kisah 7
Kisah kali ini yang paling membuatkan aku jadi macam malas nak melayan dah skandal or cintan cintun. Ada sorang awek nih, minat kat aku (aku tak perasan, orang yang cakap) tapi aku tak minat kat dia, aku minat kat kawan dia, kitorang selalu keep in touch, contact2, calling2, mesej2 dan benda nih, berlaku di USM ... Tapi satu hari, awek yang minat kat aku nih, macam tiba2 telah bersikap dingin terhadap awek yang aku minat nih, so aku mendapat aduan lah. Then, awek yang aku minat nih telah mengeluarkan kenyataan yang dia nak jaga persahabatan dia dari pilih aku, and dia suruh aku pilih awek yang minat kat aku tu ... durhhh... Then pada pengakhirannya,ketiga-tiga pihak bawak haluan masing-masing. takder pulak kedua-dua girl nih jadi kawan baik seperti normal, macam terpisah ja ada lah, tapi aku dah malas nak layan. Since that day, tiada sebarang usaha menambat hati mana-mana pihak mahupun memberi respond kepada mana-mana pihak.

Nota Kaki :Tapi baru-baru ni, aku ada minat satu awek school bio, tapi dia dah ada balak. Ada yang suruh aku tackle, ada yang cakap jangan kacau. Berdasarkan pengalaman2 aku sebelom nih, aku tak nak kacau awek orang. Tapi untuk awek school bio usm tu, kalau dia baca and dia ada terasa, terimalah pengakuan ikhlas yang aku nih ada minat dia. 

(Nantikan episod : Perempuan macam mana yang boleh kasi gegar jantung aku?)

Sekian

1 comment :

  1. wauh well well . meletopp! kemain banyak kisah kau!
    ni confirm dah banyak pengalaman, dah alami thick/thin sama jadahh semua
    senang.. lepas ni kalau nak tanya apa2 pasal love life cari kau ja!
    hah ha, joking

    notakaki: single itu lah senang. toksah nak bazir duit bayaq bill! ;P

    ReplyDelete