20 March 2017

Fred'sTravelog : Ao Nang, Krabi, Thailand

Bulan 11 yang lepas, tak semena-mena Bidi ajak join road trip dia naik kereta lah kan ke Krabi to be exact dari Penang ke Krabi naik kereta. Untuk rekod, aku cuma pernah pergi ke bahagian selatan thailand sahaja tak pernah naik atas dari tu, jadi bila Bidi ajak terus why not? Lagi pun dalam Facebook masa tu ramai ja orang dok p Krabi apa semua, so aku pun nak tau jugak apa yang seronok sangat Krabi tu? Frankly, Krabi macam more or less Batu Feringghi pekan dia, pantai dan pulau pulak, Pulau 3 serangkai dekat Sabah tu lagi menarik.

Perjalanan kami seramai 4 orang ni bermula seawal sebelum Subuh, kami berenti solat Subuh dekat RnR Gurun lepas tu berenti dalam lebih kurang 2 jam dekat Pekan Changlun untuk kumpul yang lain-lain dan jugak breakfast. So roughly kami bermula perjalanan dari Changlun ke Krabi dalam pukul 9 pagi dan sampai ke Krabi pukul 2 dekat pukul 3 petang.

20 November 2016

                                  

Separuh perjalanan dari Changlun nak ke Krabi tu kami berhenti untuk lunch dekat Kanittha Cake, tempat ni dia cuma sebelah highway, appearance dia lebih kurang RnR dekat Malaysia sebab akan ada parking lot yang luas untuk kenderaan park dan bila masuk ke situ major part dipenuhi dengan jualan kuih dan kerepek dari Thailand, kalau masuk dalam lagi baru jumpa restoran Muslim. Penjualnya bukan semua boleh bercakap bahasa Malaysia. Fret not, orang Malaysia ni sangat flexible, bila pergi Thailand tak semena slanga bahasa Malaysia akan berubah sedikit ikut loghat Thailand, kalau pergi Indonesia pun lancar ja ngomong Indo nya. So boleh lah cakap sikit-sikit cuma kadang tu nak explain in Malay depa tak faham kena explain in English pun tak faham tu dah tahap kena pasrah ja tu.

Amaran : Minyak Thai sangatlah mahal tapi ada pelbagai pilihan, kau tak mampu minyak 95, minyak 92 ada ... tapi nak ka letak 92 kat kereta hang? Sanggup?
Lunch kami boleh google maps lokasi ni :
Kanittha Cake,
7 Phet Kasem Road,
Tambon Na Yong Nuea,
Amphoe Na Yong, Chang Wat Trang,
92170, Thailand.
(Waktu Operasi : 6,30am - 10.00pm)

                                     

Selesai lunch kami teruskan perjalanan, tak jauh dari Kanittha Cake tu kami stop by pulak kat satu spot ni nama dia Trang Andaman Gateway. Lokasi ni ramai dikunjungi pengunjung luar yang guna highway ni, salah satu sebab monumen yang dibina disitu yang menceritakan tentang pembukaan jalan di situ tak lupa kat situ jugak ada toilet free boleh digunakan.

Basically macamnilah keadaan atas bot, masa nak masuk dalam gua tu dah tak boleh pegang kamera, sempit dik, susah nak amik gambar
Lokasi kedua kami berhenti untuk hari pertama tu ialah Khao Kob Cave. Untuk masuk ke gua ni perlu membayar 200 Bhat. Tapi, gua ni tak sesuai untuk orang yang fobia tempat sempit dan gelap -clautrophobia sebabnya, anda akan berada di dalam perahu dan dikehendaki berbaring sambil permukaan gua berada hanya beberap inci daripada muka anda. Ha ... tapi memang menarik sebab kita akan menyusuri gua yang dipenuhi air, sempit dan ambil masa kurang dari setengah jam kalau tak silap. Bagi yang tak nak masuk gua, kat luar gua tu ada tempat mengurut kaki, orang Thailand kalau mengurut memang terbaik la ... terasa urat-urat terkendon tu betul balik =)

Tulisan Siam tu maksud dia "Seashell Resort"
 Tempat penginapan di Krabi kami pilih kawasan yang terletak 10mini away dari Ao Nang, tak pekan sangat, kami check-in ke Seashell Resort, bilik dia sangat-sangat besar dan ada 2 king size bed and aku duduk sebilik dengan Bidi. Punyalah luas bilik tu, bilik air pun luas.

21 November 2016

Hakak ni yang tebar roti canai ok... Roti dia besar-besar kenyang baq hang.. sini comel-comel kadang rotinya
Seawal pagi kami dah mula keluar dari resort untuk mendapatkan breakfast dekat Simpang 3 nak masuk ke Pekan Ao Nang bersebelahan dengan 7 Eleven dekat roundabout tu.  Dekat Thailand, breakfast depa macam nak makan tengah hari, pagi-pagi lagi dah ada nasi kerabu dengan ayam goreng yang sedap. Bagi yang tekak selera desa walau jauh diperantauan, roti canai masih boleh didapati disini tak lupa juga kuih muih yang rasa macam dekat Malaysia tapi bentuk dan nama dia lain sikit. Satu ja nak pesan, air kat sini depa bancuh kalau dok 4 5 hari aku rasa tak lama boleh kena kencing manis! So everytime aku order air manis aku akan make sure aku akan order jugak air kosong atau mineral untuk ditop-up kan.


Ni pulak tengah dok beratur nak order nasi kerabu lauk ayam goreng
Aktiviti kami untuk hari ni bertumpu kepada pulau-pulau yang terdapat berdekatan dengan Ao Nang, Krabi ni. Seharian dihabiskan di Phra Nang Beach, Tup Island, Poda Island, James Bond dan Chicken Island.
Kenderaan kami dari resort ke jetty nak ke pulau

Belakang tu Chicken Island - kepala ayam, kami lalu ja tak stop pun kat situ...

Poda island ni pasir dia putih air dia jernih tapi tak dak pun batu karang ka apa ...

Dari Poda Island boleh nampak James Bond.. lupa pulau kenapa panggil James Bond, kami p snorkel keliling JB tapi tak nampak apa,, gelap dan sejuk ja ...

Ahli Jemaah kereta Bidi

Setelah seharian membakar kulit, petang tu sampai ja ke resort terus berendam dalam swimming pool, kulit masa tu dah rasa macam garing-garing dah. Terbakar, kering dah rasa pelik dah masa tu tambah pulak cuaca kat Thailand ni bukan macam kat Malaysia, panas dia lain macam. Boleh buat gaduh panas dia, macam kena cucuk-cucuk dengan jarum.

Selesai berendam dekat setengah jam tu, sambil-sambil plan dengan budak-budak ni malam nak buat apa. So petang tu kami sewa motor bawak sendiri ke pekan Ao Nang tu. Lagi mudah naik motor skuter dari naik kereta kat situ, sebabnya kalau naik kereta nak mencari parking kereta tu susah betul. Kalau motor ni, sepanjang jalan tu dah memang tempatnya nak park motor.

Pemandangan Sunset kat Ao Nang - gambar aku tengah isi minyak motor hilang la pulak .. ada gambar tu nak tunjuk kata petrol pump dia guna mesin macam kita dok isi air mineral tu .. power.. tapi kalau tengok mesin tu macam nak runtuh dah

22 November 2016


Bagi makan pun dok seriau satgi dia gulung dengan tangan kita sekali.
Hari terakhir kami kat sana, bangun tak dak lah awal sangat sebab nak buy time siap-siap nak balik dah. Aktiviti pertama .. Elephant Trekking, tapi aku cuma bagi makan sahaja tak naik sebab kesian dekat gajah-gajah tu. Satu sebab aku ni sedia berat, dua sebab sebelum aku datang aku ada tengok video macam mana orang train gajah tu supaya dengar cakap and boleh bawak manusia yang azalinya tak mampu pun nak tanggung beban belakang dia.

Selesai aktiviti Elephant Trekking, kami gerak ke 7 Heaven yang nama ja heaven tapi panas dia nauzubillah.. 7 hell, panas gila macam nak terkoyak kulit dah masa ni ... tapi anak-anak Thai yang pergi buat aktiviti sekolah kat situ boleh lari-lari macam tak dak apa-apa.. Aku keluar sekejap ja, nak amik gambar pun tak dak mood dah. Terus aku suruh Bidi start kereta, aku nak dok dalam kereta .. lepas orang nampak aku dalam kereta, semua pakat balik duduk dalam kereta.. rupanya semua tak tahan dengan cuaca tapi gagah jugak sebab boleh amik gambar cantik-cantik dengan cuaca panas macamtu.

Settle kat situ terus shoot ke Emerald Pool! Then baru heading balik .

Air Super Jernih 
The Jemaah


Sejuk hati tengok air macam ni

Aksi Lompatan

Sekian, sengaja nak kena habiskan write-up ni malam ni jugak, walaupun sebenarnya ada banyak lagi nak cerita sepanjang trip ni tapi mood Krabi dah habis and next post nak cerita tentang Jogja, jadi kena habiskan cerita Krabi dulu ...

Nantikan write-up trip Jogja pulak, lepas Jogja, Perhentian lepas perhentian ???