29 May 2013

Fred'sLife : Living In KL?

Ramai yang beranggapan, duduk dekat KL ni best, menarik, macam-macam ada, artis ramai, lepak standard up up sikit pastu fesyen sini bagai.. eh kalau dah kerja sibuk memanjang, sibuk layan anak bini jangan haraplah nak buat semua benda ni. Nak-nak pula kerja macam aku ni, macam robot, masuk kerja pukul 8 balik pukul 5, tapi dekat ofis aku dah rasa macam robot dah. haih... tapi tak nak mengeluh. Setelah tengah hari tadi aku dok sembang-sembang dengan officemate aku, baru aku tersedar, manusia ni tak penahnya cukup, kita nak apa yang orang lain nak, tapi orang lain sebenarnya nak apa yang kita ada. jadi kena sentiasa Alhamdulillah.




Cumanya aku nak habaq yang dok kat KL ni tak lah seseronok yang disangka melainkan hometown hang memang sedia KL. Family hang, kawan-kawan semua kat KL, so tak dak masalahla, yes memang, kalau dok johor pun tak dak kawan tak dak family serupa jugak ye dak? Tapi at least something is balance la hopefully. Kenapa?

1- Living Kos di KL adalah TINGGI
melainkan hang bersedia untuk duduk rumah flat murah atau rumah setinggan yang murah, then its ok in term of cost untuk sewa bilik atau rumah. Tapi kalau dah hampa ada kenderaan masing-masing, takkan nak dok rumah macamtu, letak kereta main tolak-tolak. Kalau aku bawak kancil aku, aku tak kisah nak tolak-tolak apa semua, tapi masalahnya aku tak bawak kancil,jadi nak letak parking apa semua nak buat style macamtu, agak susah hati. Sewa rumah teres atas tanah ikut kawasan, yang aku tau kat area Seri Kembangan ka Klang ka rumah atas tanah sewa sebulan 400-600, kat Rawang pun dapat. Sebab tulah, kawasa tu selalu sesak. Jadi kalau tak dak motor nak keluar g kerja, nak kena bawak kereta, agak nampak sedikit kesulitan disitu.

2- Its all about money
dekat sini, pergi mana-mana kalau tempat tu kena park pakai tiket, sila purchase tiket tu, jangan nak gatal tinggal kereta tanpa tiket apa semua. gatal nak kedekut bayar parking, terimalah padah kena saman ngan DBKL ka MBPJ ka apa ka. pastu everytime hang keluaq, sila fikirkan terlebih dahulu nak pergi mana, bukan main naik kereta pecut lalu gitu ja, sebab menentukan arah tuju dan jalan yang nak digunakan adalah sangat penting. Justeru, penggunaan WAZE bagi yang menggunakan smartphone amatlah digalakkan. sebab, kalau tak buat macamtu, salah masuk jalan nanti kena bayar tol terlebih pula.




3-Makanan dia tak daklah sedap sangat
entah lidah jenis apalah orang yang duduk kat sini, makanan tak dak lah sedap mana, tapi nanti depa post, eh tempat makan ni best, recommended bla bla bla, tapi bila aku pi, adoih.. apa pun tak boleh. Sebab bagi utarian, especially kedah dengan penang, makanan dekat sana rasa dia lebih menarik berbanding dekat KL. yang aku dapat rumuskan, orang kat sini, jual makanan, presentation nampak menarik, tapi rasa tak menarik langsung. kalau belah-belah penang pula, dok dekat sana makanan nampak semak, pucat apa bagai, tapi bila makan tak pikiaq semua tu dah, sedap taram saja.

4-Makanan dia tak banyak pilihan dan mahal
bagi yang rajin berjalan dan tau kat mana tempat-tempat makan yang boleh belah, itu kira speciality bagi depa ni la, bagi yang tatau memang kesian, sebab apa? sebab kalau tak cari, kerja dok makan hak tu sajalah. nasi goreng kampung dekat penang boleh dapat rm3.50 - rm5.00 tapi kalau dekat KL ni rata-rata aku jumpa paling murah pun rm6. makan tengah hari, lauk bodo2 pun kena penampaq dekat rm7-8 dah. kalau kat penang rm6-7 tu dapat lauk macam ikan goreng telur masin ulam dah. tambah rm1 dapat teh o ais, tambah rm1.4 dapat teh ais, sini? teh ais rm2 ... sekian ja dia tengok muka hang sambil tekan-tekan mesin kira duit dia tu.

5-Kalau tak sesak, something is wrong!
P kerja sangkut, balik kerja lagi sangkut ... p kerja kadang-kadang boleh tahan lagi sebab kita kadang keluaq awal ka macam mana kan.janji sampai sebelum pukul 8. tapi kalau balik kerja, jalan suka nak sangkut, aku pun pelik awat jadi macam tu ...nak kena try cari jalan lain la tengok macam mana. try2 tengok sesak lagi terok, buat nak terberak terkencing, lepas dalam kereta gak kot. so, kalau drive tu, sabor jerlah, aku ni pun haritu stress memanjang balik kerja suka nak sesak, tapi sekarang ni dah rasa elok sikit dah emosi aku.



SEKIAN