28 May 2014

Fred’sJourney : Cameron May 2014




Dah lama kot tak menjelajah bersama dengan member-member, last trip done was last year kot, trip ke Melaka! Eh aku ada buat post tak pasai trip aku dengan member2 matrik aku ke Melaka? Tak pa kalau aku tak buat lagi, sokay, aku still ingat lagi moment-moment masa tengah kelam kabut nak p Melaka itu hari. Kali ni aku nak cerita pasal trip aku yang entah tak semena-mena sampai ke Cameron Highland!

Whatsapp Inisiasi ... Sumpah Gedik
Maigosh!

Trip ni sebenarnya langsung tak di rancang at first place. Malam tu masing-masing tengah melayan kepala otak kebosanan. Macam biasa, aku balik rumah, siap-siap landing depan TV layan TV ja tukar-tukar channel. Member-member aku yang lain pulak ramai dekat Penang... Pulau to be exact, so kalau nak lepak memang aku kena masuk pulau la cerita dia kan.. By that time dah pukul 10 malam kalau tak silap, kalau aku gerak masuk pulau dah pukul 11.15 sampai lah sana, tapi masalahnya kalau sampai sana pun apa ja yang boleh buat selain lepak mamak pastu masing-masing dok tenyeh smartphone masing-masing. So dok melayan whatsapp sajalah cerita dia.

Ahli Jemaah Majlis
Tetiba member aku bok keluar idea “Jom pi Cameron!” terus aku jawab “Jom!” memang nak la... otak masa tu dah beku dah. Then terus aku set otak aku 1130 aku kena tidur. Exactly, aku pun tidurlah pukul 1130 tu setelah meninggalkan arahan dekat si Sidik tu lead jalan rumah aku guna Waze lah konon, tapi haram... sesat jugak.

Bersama Kenderaan Pacuan 4 Roda Jadian
3.30 pagi, depa sampai rumah aku... Terpacak depan rumah aku macam lah aku duduk sorang-sorang kan... tak ka terkejut ibu aku dalam rumah pukul 3.30 pagi ada orang dok terpacak depan rumah? Hahaha. Aku pun dah bangun by that time! Tanpa mandi terus packing lompat masuk dalam kereta, terus jalan! Actually dah mandi dah masa balik kerja tu, tapi takkan nak mandi lagi 2 3 pagi wea semata nak keluar. Ah lantak la kan...orang lain pergi kerja pagi-pagi pun ada yang tak mandi ...

Bergambar Kenangan Bersama di Hadapan Hotel menghadap Foodcourt .. Konon sewa hotel, padahal semua tak tidur kecuali beruang koala yang berdengkur ganas dalam kereta
Masa awal perjalanan, aku yang drive, dari Kulim sampai lah ke Cameroan Highland. Kami berhenti kat Tapah, singgah toilet dan jugak semayang Subuh. Pastu kami teruskan perjalanan, sesat sat sebab dah lama tak pergi, guna Waze pun memang Waze gelong rupanya.. Then katanya nak tengok kabus kat Cameron tu, konon bercakap nanti keluar asaplah. Memang tak lah cerita dia! Sampai kat atas Cameron tu tengok-tengok 8.30 pagi. Dengan masa tu keadaan jalan sempit sebab depa tengah renovate jalan.

Subhanallah ... Bayangkan bukak-bukak pintu rumah nampak pemandangan ni =)
Tujuan utama kami ke Cameron Highland hanya nak pergi minum teh dekat Teh Boh Plantation. Tapi sebelum nak sampai ke situ, kami pi breakfast dulu dekat market dia, ada macam foodcourt lah. Kata jual nasi lemak, tak rasa pun lemak dia. Sorrylah, lidah foodhunters, makanan tak kena lidah sikit memang kena condemn bukannya tak bersyukur Cuma nak jadi ala-ala polis masakan... So kami pun semua make a joke, kat Cameron ni manalah nak ada pokok nyior, tak dak nya kelapa-kelapa segar, cili-cili fresh adalah, so pasrahkan sajalah...

We-fie adik beradik Fify
Lepas kami breakfast, terus shoot ke Teh Boh Plantation tu, kereta aku yang kononnya kereta sport tak semena-mena dah jadi 4WD. Aku pun tatau masa tu dia jadi Triton ka Hilux ka CRV ka aku pun tak sure, entah-entah Hummer! Sebab kereta aku tu memang kena lenjan la cerita dia naik bukit dengan jalan-jalan sempit nak sampai ke ladang teh tu.. Terbaik gila!! Sampai-sampai sana tengok-tengok tutup! Tengah renovate macam mana tatau... So pasrah. Kami cari ladang lain.

Hanya ni Sahaja Matlamat Kami Pergi CH!
Sampai sana apa yang penting adalah selfie dan amik gambar dulu! Dah settle baru la minum dan buang masa sambil main smartphone masing-masing... gitu... Dah habis minum, singgah kedai souvenir, beli teh sikit, beli magnet fridge – tu yang paling penting tu, setiap tempat yang pergi kalau ada jual magnet fridge, benda tu kena beli dulu =)

Last Checkpoint!
OTW back tu kami singgah pulak dekat pasar dia yang jual macam-macam buah dan sayur-sayur tu. Still kena membeli sebab dapat pesanan daripada madam kat rumah. So beli la strawberry, jagung dan lain-lain. Then habis membeli terus shoot balik rumah! Perjalanan kami memang best! Sebab masing-masing tau nak hargai masa dan best gila buat program otak last minute ni!!! Kami sampai Kulim around 6 petang, then yang lain-lain shoot balik USM!



Serious, next trip harap lebih jauh dan lebih adventure! Ensyallah, amin.