Salam 1 Malaysia.
Hari ini merupakan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kampus USM 2011, ada beberapa USM Bloggerz yang dah pun buat review pasal benda nih dan aku sendiri pun berminat nak buat review tapi secara lebih personal dan tak terlalu general.
Dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) ada dua jenis kerusi yang dipertandingkan iaitu Konstituensi Umum dengan Konstituensi Pusat Pengajian, Umum nih kira macam Parlimen
dan Pusat Pengajian pulak macam DUN. Pagi-pagi lagi aku dah menempekkan diri di Kompleks Cahaya yang baru siap dibina bagi menjadi penyokong kepada sahabat aku iaitu Musmuliadi Kamaruding, pelajar dari Sabah yang berminat untuk masuk ke arena politik kampus. Jadi sebagai penyokong, aku dapat lihat beberapa muka sahabat-sahabat yang lain yang turut mencalonkan diri sebagai wakil Majlis Perwakilan Pelajar. Aku sendiri disuruh untuk masuk ke dalam politik kampus nih, tambah2 sebagai Konstituensi Pusat Pengajian tapi aku menolak atas dasar kepentingan diri sendiri.
Memegang tampuk pemerintahan ketika di sekolah menengah sebagai Ketua Pelajar iaitu sebagai Ketua Pelajar Sesi Petang dan Ketua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah sedikit sebanyak membentuk peribadi aku. Masuk saja ke dalam Kolej Matrikulasi Kedah, aku menceburkan diri dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar namun sebagai Naib Ketua Biro Protokol JPP KMK yang tanpa perlu menjalani sesi pencalonan dan pengundian. Tapi bila masuk ke alam universiti ini, aku tak tertarik langsung untuk masuk ke dalam MPP. Ada beberapa sebab yang aku rasa politik kampus ni tak best. Personally bagi aku sendiri, lain padang lain belalang.
1. Persepsi aku bila tengok PRK buat kali pertama aku dalam USM. Kenapa calon-calon PRK macam tak matang? Beberapa ahli MPP memang nampak matang, especially bagi aku Wafi, sebagai YDP MPP USM dan YDP MPP IPT seluruh Malaysia, perwatakan beliau memang 1 personaliti pemimpin tapi ada beberapa ahli MPP yang aku sendiri rasa macam diorang tak sesuai berada dikerusi MPP.
2. Politik kampus lebih meluas berbanding Ahli Lembaga Pengawas dengan JPP, tapi kuasa yang ada pada MPP tak lebih pun dari kuasa yang ada pada ALP dan JPP. Lebih kurang saja bagi aku. Jadi pengalaman MPP lebih kepada bertemu dengan dunia luar. Itu memang agak menarik, konfrens dan forum yang berlaku, memang mampu menjalinkan 1 hubungan kebangsaan. Tapi aku tak minat sebab ia bersifat formal. Kalau nak ikutkan, kawan-kawan aku ada dekat hampir semua universiti di Malaysia dan juga di negara-negara seperti Indonesia, Australia, Russia, UK, US, Jerman, India ,
Kenapa orang perseorang perlu masuk MPP? Satu perubahan perlu dilakukan oleh personal yang masuk MPP dan sekali lagi tepukan buat Wafi sebab aku memang nampak kejayaan dia dalam membawa satu perubahan dalam dunia MPP. Dewan Perundingan Pelajar memang satu impak yang cukup membanggakan dan ahli MPP yang lain seharusnya berfikiran lebih glokal dan futuristik macam saudara Wafi, bukan sekadar memperjuangkan LALUAN PEJALAN KAKI, YURAN BAS, WATER DISPENSER itu semua mengarut ... DUNGGU! Aku bukannya pro pada mana-mana pihak tapi seriously, aku memang respect saudara Wafi dengan mentaliti dan corak pengurusan MPP beliau. Beliau memang ada aura seorang pemimpin.
Jadi, bagi yang memperjuangkan perkara-perkara busuk macam nih, bagi aku, tolonglah jangan rosakkan kerusi MPP, aku tak kisah korang dari parti mana sekalipun, Aspirasi mahupun Pro-Mahasiswa, mahasiswa sendiri perlu berfikiran lebih matang. Bila kita letakkan isu-isu remeh dalam manifesto, ia nampak sangat tak matang dan disebabkan calon yang berpotensi tak dak lah ramai sangat, sebab tu lah, pelajar-pelajar memilih untuk memangkah calon-calon macam ni. Sebab, aku percaya, satu hari nanti, pasti ada hasrat dalam hati korang untuk cuba masuk ke arena politik Malaysia pulak. dan sejujurnya, kalau orang macam Wafi masuk ke politik Malaysia, tanpa berfikir panjang dan tanpa memikirkan dia datang dari parti politik mana sekalipun, aku akan pangkah kertas undia dia. dan bagi yang DUNGGU, aku harap korang tak menyimpan hasrat tu sebab aku tak nak pentadbiran negara dipimpin korang. (peace)
Dewan Perundingan Pelajar sudah menampakkan hasil dan mungkin yang sudah menjadi pemerhati bagi DPP melalui live streaming mahupun sebagai pemerhati dalam dewan. dan adakah anda realise yang tak ramai ahli MPP yang mampu bercakap dengan penuh konfiden dan mempunyai aura untuk tarik pendengar? BOSAN! aku dah tengok sendiri through live streaming. cakap tersekat-sekat, melalut, mengumam dan kenapa orang macam nih boleh masuk MPP?! pelik lah wea ... aku sebagai pemerhati bebas nih rasa malu bila tengok.
dan yang terbaru, ada satu sahabat nih share 1 video yang datang dari SPF USM katanya,(Klik SINI untuk ke video tersebut).
ok, secara tak langsung, aku menjadi salah seorang penyebar kepada video nih yang pada dasarnya aku sendiri tak suka nak share benda nih. Sebab, semua orang ada otak dan akal yang sempurna untuk menilai dan tak perlulah nak kutuk lebih-lebih semata-mata nak menjatuhkan 1 1 parti tu. Bukankah kita lebih kuat kalau semua parti tu tidak saling bertikam lidah? dan kalau kita bergabung tak dak masalah pun yang akan wujud. kalau sekadar perbezaan pendapat dan idea, maka tak wujud perkataan toleransi. Perbezaan pendapat dan idea itulah yang membuatkan kita saling mampu untuk tegur antara 1 sama lain dan membuat perubahan. ya mungkin video ini nampak agak kurang bijak kerana kononnya ingin menggulingkan VC, tapi aku terima benda nih macam 1 gurauan dimana SPF membayangkan pihak mereka meletakkan diri sebagai pemerintah dalam universiti. Perlu diingatkan, kuasa ALP,JPP dan MPP takkan pernah lebih daripada pihak pengurusan organisasi sekolah, kolej dan universiti. ia hanya nampak bodoh dan perkara bagi aku sudah semestinya tak perlu dipanjangkan. Biasalah dekat2 PRK nih, semangat dia lain macam, dan otak dah tak berapa nak betul. KENAPA STUDENT KENA FIKIR YANG DIORANG ADA HAK AUTONOMI DALAM UNIVERSITI?! diorang masih kena patuh pada akta yang masih lagi berkuatkuasa iaitu AUKU. mengenai AUKU, aku tak nak cakap panjang cuma sikit jer, ada perkara yang perlu dimansuhkan, ada perkara yang perlu diupdate dan ada perkara yang perlu dikekalkan.
Bagi 3 Sahabat aku yang telah berjaya menjadi calon MPP : Musmuliadi Kamaruding (UMUM), Steven Toh (Pusat Pengajian), Lim Gene-Harn (UMUM) , I know you guys capabilities. Make some changes Steven to our HBP life, I believe you can do it and I will support you. Musmuliadi dan Lim Gene-harn you got my respect!
SEKIAN.