23/3/2011 ... sejuk doh malam ni ... malam-malam sejuk macam ni dapat makanan panas-panas mesti mariii .... dapat tomyam kung ka, sup ayam dengan sotong goreng tepung, dapat air markisa pulak ... pergh .. terangkat!
and aku baru teringat yang aku ada pernah menjejakkan kaki ke satu tempat makanan yang agak femes dan menjadi tempat tarikan ramai iaitu Mee Sotong Padang Kota!
Padang Kota Pulau Pinang ni ada dua, satu Padang Kota Lama dengan Padang Kota Baru, Padang Kota Lama terletak di belakang Dewan Sri Pinang manakala Padang Kota Baru pulak terletak bersebelahan dengan Gurney Plaza.
Tambahan : Kawasan makan-makan di Padang Kota Lama terbahagi kepada 2 bahagian, satu dekat sebelah laut iaitu betul-betul belakang Dewan Sri Pinang, manakala satu lagi terletak bersebelahan dengan Fort Cornwalis.
Hameed Pata Special Mee (Mee Sotong) |
Mee Sotong ni, terletak di dalam kawasan makan / food court bersebelahan dengan Fort Cornwalis!
dan dalam kepedasan tu, ada satu jenis air yang mampu mengubat kepedasan tu tapi aku rasa sekali minum kena order 2 3 kali jugak la, bukan apa, sebab air ni sedap sangat!!!
The Coconut Milk Shake! |
Kalau tak cukup dengan coconut milk shake ni, mungkin boleh try yang ni pulak ...
Ais Kacang!! |
Tapi, aku lupa nak amik senarai harga la ... tapi confirm-confirm kesemua makanan ni dalam harga mampu milik la ... Ais Kacang, Coconut Milk Shake sekali dengan Mee Sotong kalau tak silap aku bawah dari RM10 kalau lebih pun mungkin RM1 RM2 ... =)
Macam mana nak sampai? Ikut direction ni ... kena jalan kedalam sikit pi cari foodcourt yer sebab kedai dia bukan tepi jalan ...
No comments :
Post a Comment