19 March 2011

FoodHunters (BumperEditionMarch) : Mikki's Western Junction

Assalamualaikum buat semua follower FoodHunter's sekalian, setelah sekian lama aku tak dapat nak update blog kesayangan aku ni, kali ini insyallah aku kembali dengan edisi Bumper Edition la, so aku akan update sebanyak yang mungkin tempat-tempat makan yang pernah aku pergi sepanjang blog aku ditinggalkan bersawang ni, disebabkan oleh oleh masalah yang wujud seperti yang aku dah explain dalam blogpost aku sebelum ini.

Edisi kali ini aku nak bawak penggemar makanan barat ke satu gerai. Gerai??? erm... Sebenarnya it's a restaurant tapi susun atur restoran ni bukan macam restoran makanan barat yang lain yang menghidangkan menu makanan barat yang best-best macam The Ship, Victoria Station, dan yang seangkatan dengannya TAPI rasa dan cara hidangan yang dipersembahkan mampu menarik minat aku untuk mencuba menu disini. Kalau korang selalu lepak dekat golf club ha ... lebih kurang la cara dekat golf club tu dengan kat sini.. (mungkin chef dia pernah kerja dekat2 sana ka macam mana entah.. aku tak interview ..x cukup kakitangan keyh ...)

YES! memang THE MOST REASONABLE PRICE IN TOWN ...!

Tak pernah jumpak aku restoran makanan barat yang menyajikan menu dengan harga yang sungguh berpatutan melainkan dekat Mikki Western Junction Restaurant ni...!

Jom! Kita semak menu !!!!
Kita semak menu makanan yang common selalu orang amik ok so that koang boleh compare dengan mana-mana restoran yang korang pernah pergi.

Fish n Chip                            RM8.50
Lamb Chop                             RM15.50
Spaghetti ala Bolognese      RM8.50
Mikki's Beef Burger            RM9.00

cuba bagitau aku restoran mana yang korang pernah pergi ada bagi harga macamni ... ce citer! ce citer! kalau ada meh aku nak pergi review sama tak servis dekat sana dengan dekat restoran ni.

dah tengok harga ... sekarang aku persembahkan menu yang telah aku & kawan-kawan aku yang mengikuti rombongan aku kali ni amik.

Fred's Selection
Chicken Cordon Blue RM9.50
Mikki's Chicken Burger  RM9.00
Fish n Chip  RM9.00


Terliur tak tengok menu-menu seperti di atas? Kalau terliur kenalah cuba ... Serang Mikki's Junction Western Restaurant yang terletak di Jalan Pantai Jerjak Pulau Pinang. Jangan terkejut kalau-kalau bila anda sampai di restoran ini ramai masyarakat Cina sedang menikmati makanan di sini - restoran ini memang mempunyai pelanggan berbangsa Cina yang ramai dan juga terdapat rumah tokong Buddha di luar restoran ini, JANGAN RISAU, chef dia orang Melayu.


Inilah rupa bentuk restoran tu
(Gambar ni aku copy paste dari Facebook  Mikki's hasil tag dari pelanggan diorang jugak)

Waktu beroperasi jam 6 petang hingga 10 malam dan tutup pada hari Rabu
Mikki's juga ada Facebook, so korang boleh klik di sini untuk terus ke Facebook restoran ini

macam mana nak sampai ke restoran ni? 


Restoran ini telah diperkenalkan oleh bos aku dalam Convex iaitu Cik Salwa Syazwani, so terima kasih banyak-banyak sebab memperkenalkan restoran ni, memang best sangat!

Lady Bos bersama Chicken Burgernya ...!

SELAMAT MENCUBA ...!

2 comments :