Edisi kali ini membawa para pembaca ke kawasan yang sedikit jauh dari USM (bagi pengikut yang datang dari USM).
THE LAKSA JANGGUS!!! |
Dah lama nak review tempat ni, sebab tempat ni macam satu lokasi yang perlu ada dalam checklist bagi peminat-peminat makanan bila sampai ke Pulau Pinang. Sebenarnya ramai saja yang dah masukkan tempat ni sebagai lokasi tempat makanan yang menarik dalam Pulau Pinang dalam blog-blog diorang tapi dalam ramai-ramai, tak ramai yang stress-kan apa yang menarik sangat pasal Laksa Janggus ni.
Memandangkan salah seorang coursemate aku merupakan legasi kepada Laksa Janggus ni (Si Ija anak kepada tauke Laksa Janggus) menuntut di pusat pengajian yang sama dengan aku, maka aku sangatlah tertarik untuk mempromosikan tempat makan ni buat semua pembaca setia blog aku. Mungkin ada yang pernah sampai, ada yang dah tahu tapi tak pernah pergi ataupun tak pernah tahu langsung yang laksa janggus ni merupakan laksa yang femes dalam Pulau Pinang.
by the time kali pertama aku sampai dan menjejakkan kaki dekat Laksa Janggus ni, suasana dia meriah sangat macam orang tengah sambut kenduri kahwin! kereta bersepah-sepah parking kat luar semata-mata untuk menikmati laksa dengan brand tersendirinya - Laksa Janggus
memang ber-KENDURI tempat ni ... |
ni gambar LAKSA JANGGUS yang telah siap dimakan ! gambar sebelum tak der sebab sampai-sampai tak ingat apa dah, terus bantai jer laksa ni ... hehehe |
ada 2 jenis laksa yang dijual di sini iaitu LAKSA JANGGUS SPECIAL & LAKSA JANGGU BIASA. Laksa Janggus Special dijual pada harga RM3.50 manakala Laksa Janggus Biasa dijual pada harga RM2.50
TAPI
ada lagi menu lain yang seriously turut menyebabkan wujudnya barisan panjang melebar dan anda sememangnya terpaksa beratur panjang sebelum dapat menikmati hidangan ini iaitu Pisang Goreng / Goreng Pisang yang best!
apa yang menarik pasal Pisang Goreng / Goreng Pisang ni ialah ia tidak berminyak macam kita selalu beli kat gerai-gerai tepi jalan sehingga boleh menyebabkan kandungan kolestrol yang tinggi bahkan ia juga rangup dengan kehadiran bijan yang dicampur bersama-sama tepung menyaluti pisang .... sedap siot .. skang aku dah kecur air liur ...
tak lupa juga buat sesiapa yang sedang mencari Aiskrim Goreng dan tak pernah merasa dan ingin merasa bagaiman Ais Krim Goreng, boleh lah berkunjung ke Laksa Janggus ni dan boleh mendapatkan Ais Krim Goreng mengikut perisa yang anda kehendaki hanya pada harga RM2 sahaja ...
Ais Krim Goreng Dara |
Ais Krim Goreng Mak Dara perisa Keladi ... |
jadi kalau nak sampai ke Laksa Janggu ni, boleh la ikut map yang disediakan oleh Google Maps ni, insyallah sampai ...
uwaaa....mau eskrem goreng!!!
ReplyDeleteakak plak terkenang-kenangkan koey teow sup dia. sedappp!!
ReplyDeletebila nk bwk ak p ni? T_T i'm waiting k
ReplyDeleteParking jgn sampai halang lalu lintas jgn parking sampai depan laman rumah org sampah jgn buang merata2 depan kedai bersih cuba tgk kawasan sekitar
ReplyDeleteamboi..marah betul =) takper 'Anonymous' boleh utarakan permasalahan ini kepada tuan owner kedai, kalau bagitau kat saya pun, saya dah lama tak pergi, dah lama tinggalkan pulau ... betul la kawasan situ, kawasan perumahan... apakata 'Anonymous' letak sign DILARANG MELETAK KENDERAAN depan rumah, kan senang orang pun tak berani nak letak... kami sebagai pelanggan ni, ingatkan makcik laksa janggus ni dah sepakat dengan jiran-jiran dia.. mana la tau kot2 dia bagi royalti ka apa kan ... BTW, terima kasih kerana berkongsi luahan perasaan kat blog saya =)
DeleteTerima kasih kerana upload saya punya review bukan marah cuma nak bagitau saja,tuan kedai rasa2 dah tau kalau dia tak tau mungkin dia Tak perasan ada jiran2 sekeliling kedai dia :-B
Delete