Kenapa aku tekankan tentang dua perkara ni? Kerja dan Kerjaya? Kedua dua benda ni tidak memberikan makna yang serupa sama sekali.Tapi hari ini aku tak nak buat post aku pasal dua elemen ni tapi aku nak ajak diri aku sendiri dan orang yang sudi lawat blog aku ini untuk fikir sejenak ataupun member pendapat berkenaan perkara ini. Jika suatu hari,aku ditakdirkan untuk tidak menyambung pelajaran aku ke peringkat yang lebih tinggi [dalam masa terdekat ini], aku akan memulakan kerja sebagai pekerja di mana-mana syarikat dan cuba kita ambil tahu berapa sebenarnya bayaran ataupun gaji yang diterima untuk seorang pemohon yang baru sahaja tamat belajar? Rata-rata yang aku dengar, gaji pokok yang diterima oleh orang perseorangan yang mengambil jurusan seperti aku adalah serendah RM1800 - RM2200. Namun ada juga yang aku dengar dapat banyak sampai diluar jangkauan dan aku percaya jumlah tersebut akan berjaya dicapai sekiranya mempunyai pengalaman dan juga kemahiran yang tinggi dalam satu-satu perkara.
Mengambil jumlah purata dari amaun yang aku nyatakan sebentar tadi - RM2000. Cukupkah untuk kita menjalani kehidupan sehari-harian? Aku telahpun membuat congakan untuk diri aku sendiri. Berikut merupakan hasil congak yang aku buat berdasarkan pola penggunaan wang sebulan aku ketika di universiti.
Makan : RM300/sebulan (RM10 sehari)
Minyak kereta (Peroduan Kancil) : RM160/sebulan
Bil Telefon : RM100/sebulan (max)
Jumlah kesulurah perbelanjaan bulanan aku adalah sebanyak RM600/sebulan
Bayangkan jika sudah bekerja?
Makan : RM400/sebulan (RM15 sehari mungkin)
Minyak kereta : RM200/sebulan (dah pakai kereta lain mungkin)
Bayaran bulanan kereta : RM500/sebulan
Bil Telefon : RM100/sebulan
Bayar sewa bilik/rumah : RM400/sebulan +- air letrik (takkan nak sewa rumah duduk sorang-sorang? KOPAK!)
Jumlah keseluruhan perbelanjaan RM1650/sebulan
Kalau gaji RM2000, baki yang boleh digunakan selepas tolak bayaran-bayaran penting = RM350/sebulan
Alhamdulillah kalau ada lebih. Maka dengan itu, akan berlakulah catuan terhadap beberapa barangan, sebab aku tak nak duit left over aku banyak tu!! OMG!!! macam mana aku nak buat saving?!
KALAU KAEDAH CATU
Makanan = RM300 (RM10 sehari) kalau makan lebih, kena puasa lebih dalam sebulan =)
Minyak kereta = RM200/sebulan (so kita kena cari kereta-kereta yang save minyak,macam Perodua Myvi?)
Bayaran bulanan kereta = RM500/sebulan ... standardla takkan nak cari kereta yang bayar bulan lagi rendah unless dapat bayar downpayment tinggi
Bil Telefon : RM50/sebulan (memang boleh buat sebab pernah buat,kurangkan topup,kurangkan mesej,kurangkan call, guna YM, Whatsapp, FBChat =) dan mungkin RM100 pun ok tapi tak boleh lebih!)
Sewa bilik/rumah : RM400 +- bil utiliti (Takpun stay dekat rumah parent,tu pun kalau rumah dengan tempat kerja dekat)
Jumlah Keseluruhan : RM1450
*Kalau guna kaedah ni, memang berjaya untuk ada duit lebih sebanyak RM550!! baru boleh buat saving sikit
No comments :
Post a Comment