Apabila Kawan Hanya Sekadar Kawan dan Bukannya Si Peneman yang Terbaik
Bagi aku, isu-isu tentang persahabatan ni merupakan satu isu yang kadang-kadang buat aku terlalu sensitif dan terlalu bersikap cerewet dan berlebih-lebihan, mana tak nya bila orang disekeliling kita yang kita anggap kawan bukannya orang yang sempurna dan sudah semestinya ada cacat celanya, namun, dalam persahabatan, hubungan persahabatan yang terjalin sudah semestinya terjadi dek kerana chemistry yang wujud dalam diri masing-masing yang mampu membuatkan kita terasa yang kita memerlukan orang lain untuk memenuhi segenap ruang dalam hidup kita iaitu yang kita kenali sebagai kawan atau sahabat.
Golongan ini merupakan kelompok manusi kedua yang dianggap terpenting selepas kehadiran ahli keluarga dalam hidup kita. Sememangnya akan ada perkara yang kita rasa sesuai untuk kita bincangkan sesama ahli keluarga namun ada juga beberapa perkara yang mana persekitaran diskusi itu memerlukan kelompok manusia lain selain daripada ahli keluarga kita iaitu kawan atau sahabat.
Pernah sebelum ini, aku mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan bahawa aku membahagikan kelompok manusia disekeliling aku kepada 4 tahap iaitu kenalan, teman, kawan dan sahabat. Entah kenapa aku merasakan gelaran sahabat merupakan kelompok tertinggi yang mampu aku berikan kepada insan yang sentiasa berada disamping aku.
Baru-baru ini aku mendapat ilham penceritaan di mana seperti yang telah ditulis di atas sebagai tajuk artikel iaitu Apabila Kawan Hanya Sekadar Kawan dan Bukannya Si Peneman yang Terbaik.
Mengapa wujudnya isu yang cuba aku bangkitkan ini adalah kerana sememangnya bukan semua kawan merupakan kawan terbaik sehingga mampu diangkat sebagai seorang sahabat bahkan mereka juga bukan merupakan si peneman yang terbaik seperti mana yang pernah aku tulis dalam sajak nukilan aku awal tahun lepas (2010) yang bertajuk Kau dan Aku yang menceritakan betapa berbezanya seseorang yang kita kenali sebagai kawan tetapi seorang kawan itu tidak pula pernah menghargai kita sebagai seorang kawan tetapi ia melayan kita sebagai kawan dari sudut yang lain.
Hargai seorang kawan mahupun dia hanyalah seorang kawan, dan sebagai seorang insan kita seharusnya tahu dan mengerti untuk mengadaptasi kehidupan ini dengan rona dan corak pergaulan semasa tanpa perlu bertindak secara statik.
No comments :
Post a Comment