Siapa kau?
Siapa aku?
Dan mereka hanya tahu apa itu kau dan apa itu aku
Dan mereka hanya tahu bahawa kau adalah kau dan aku adalah aku
Tetapi
Sedarkah kau akan apa yang mereka lakukan?
Akan apa yang mereka harapkan?
Dan akan apa yang mereka mahukan dari kau mahupun aku?
Setiap inci dari apa itu engkau
Lebih kurang sama dengan inci akan apa itu aku
Lantas, aku tahu akan apa itu kau dan apa itu aku
Melainkan kau perlu tahu yang kau adalah aku jua
Mereka hanya sesuatu
Yang lahir bukan dalam engkau ataupun aku
Mahupun diantara kau dan aku
Mereka adalah mereka yang bukan sama sekali kau dan aku
Pelusuk hati mereka hanya mahukan kau
Hanya mahukan aku
Hanya mahukan kau dan aku
Dan kau membiarkan, tidak seperti aku yang hanya aku
Dan kau, terus membiarkan aku yang adalah engkau ini
Menjadi hanya aku tanpa engkau
Dan engkau tanpa aku
Wujud mereka dalam engkau tapi tidak pada aku
kamo begitu emos fred
ReplyDeleteaku mengekspresikan perasaan aku terhadap seseorang kerana sesuatu...
ReplyDeleteadakah kau adib mengerti akan apa yang aku bicarakan?
tapi sesungguhnya emosi ini aku ungkapkan dalam coretan yang penuh unsur sinisan..
bergembiralah kau jika kau memahami makna yang tersirat..
pergh~~!