02 August 2011

Fred'sLife : My Industrial Training Experience



Dah settle Latihan Industri barulah aku sempat nak update blog... siri jelajah makan-makan tergendala siaran selama 3 bulan sebab sibuk tahap cipan dengan Latihan Industri aku wea. Kerja macam nak rak, 6 hari seminggu, cuti sehari sempat nak lelap kejap jer, tak sempat nak jalan-jalan pun, so tak der lagi lah update buat masa ni untuk siri jelajah makan-makan FoodHunters.



Dalam masa 3 bulan aku menghilang dan menyepi dari dunia blog ni adalah disebabkan kesibukan aku bagi menyelesaikan Latihan Industri yang wajib dijalankan oleh semua Penuntut Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Tahun 2, Universiti Sains Malaysia.Maka bertebarang la students HBP ni ke seluruh pelosok Malaysia dan dunia (sebab ada yang buat Latihan Industri dekat China la, Iran la dengan UAE), tapi aku, aku pilih buat Latihan Industri aku dekat bahagian sempadan negara (lah jugak) iaitu Penang International Airport!



Untuk pengetahuan semua (yang masih belum tahu) sekarang ni, Penang International Airport (PIA) tengah dalam proses menaiktaraf terminalnya maka pembinaan dan proses renovasi sedang giatlah dijalankan.

Aku ada apply untuk several company untuk aku conduct LI aku, 2 dapat dekat area KL, 1 dapat dekat Penang, bukan tak nak pergi dekat KL, even elaun yang dia bagi agak banyak tapi bila difikirkan cost of living dekat sana dengan jammed lagi, so aku pun accept jer LI dekat PIA ni. Elaun yang dia bagi mencukupi la untuk menampung duit makan minyak kereta semua (tapi kalau dapat lebih lagi, lagi best!)

Sepanjang LI aku, ada beberapa perkara yang perlu aku coop la.Memandangkan aku ditugaskan di-site maka scope of work aku lebih kepada mengendalikan tenaga kerja, proses kerja, penyediaan barang/peralatan dan memastikan kelancaran sesuatu kerja. Bunyi macam senang, tapi boleh buat hang naik angin sampai otak tambah-tambah dapat labor yang banyak kerenah. Tak larat nak melayan.

Even aku buat LI, tapi aku dilatih untuk bekerja seperti salah seorang staff dan aku rasa cukup menghargai peluang tu sebab bukan semua dapat peluang macam yang aku dapat, mungkin ada diantara kawan-kawan aku yang buat LI tapi duduk dalam office dan buat kerja-kerja fotostat kertas dan bancuh kopi. Bunyi macam pathetic tapi mak aku cakap, certain company memang dia layan practical student macam tu sebab dia tak nak tanggung risiko student tu buat silap and ada jugak company yang hanya tunjuk dekat student mcm mana satu2 benda dilaksanakan tapi student tak pernah buat, cuma tengok jer.So aku rasa, aku agak beruntung la (even penat gila!)

LI aku, personally aku rasa, aku macam tak der life, masuk kerja 830 balik tak tentu, kalau tak banyak kerja 530 600 macamtu aku dah chow dah r.Bila balik, badan rasa letih sebab seharian dok bawah panas dan berjalan supervise site.So malam, keluar pun tak lama, before 11 12 aku dah ada kat bilik dan siap untuk tidur. Waktu paling awal aku tidur is lepas maghrib, memang langgar la isyak, sedar-sedar dah subuh. Masa tu memang superletih. Nak bersosial pun kadang-kadang, tapi aku rasa kalau dah terbiasa dengan keadaan macam tu, in future boleh coop kot.


Yang best dekat site aku ni sebab ada raaammmaaaiii budak buat LI. Aku dari USM, dan ada lagi 7 8 orang dari universiti yang berbeza macam KLIUC, UITM dan UTM. Total semua LI student dekat company yang aku conduct LI tu 8 orang termasuk aku. Jadi hidup dekat site tak der la sunyi sangat sebab ada jugak member2 sama umur dengan sekepala.



Pengalaman paling tak dapat aku lupakan bila ada seorang consultant ni datang ke zone aku dan tanya berkenaan architectural work dekat level 1 zone aku, bila aku bagitahu apa yang ada tiba-tiba dia diam lepas tu dia tanya "Are u practical student?" then aku jawab la yer, dan paling rasa nak penendang bila dia kata "Sorry i dont talk to practical student", WTF! Last2, dia cari aku jugak minta Architecture Drawing zone aku. Cam gampang jer... 1zone tu aku yang jaga, supervisor aku datang supervise kadang-kadang jer sebab dia ada zone lain lagi nak pantau, so kira apa2 memang dia kena tanya aku r, bikin panas gila consultant C&S tu

Pengalaman paling manis aku rasa bila aku dapat tengok 1 awek arab ni yang baru keluar dari lif, subhanallah cantik...! Patutla diorang pakai purdah, kalau tak pakai purdah, orang keliling yang tengok mesti asik jaw drop ja ....

2 comments :

  1. salam, saya nak tanya mcm mana awak apply li disitu, hntar resume ke mba atau pia???

    ReplyDelete
  2. Apply dengan kontraktor yang tengah running construction dekat PIA tu, Syarikat Pembinaan Anggerik =)

    ReplyDelete