25 August 2011
Fred'sMedicalHouse : Tanda-Tanda Penyakit Bhgn. 1
Kali ini merupakan satu sebaran maklumat yang aku peroleh dalam inbox email aku dari seorang sahabat. Informasi yang disampaikan melalui email ni agak menarik perhatian aku untuk berkongsi dengan rakan-rakan pembaca. Pelbagai tindak balas yang berlaku pada badan kita mempunyai significant yang tersendiri dan perkara yang berlaku tersebut mempunyai maksud yang saling bergantungan dengan gaya hidup dan cara pemakanan kita.
MATA (bertindak balas dengan keadaan hati)
1 - Mata Menjadi Merah
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi - Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam prose pembuangan toksin
2 - Mata Menjadi Kabur
Sering berlaku pada waktu pagi, menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku
3 - Keluar Tahi Mata
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi toksin berlebihan
4 - Keluar Air Mata
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
5 - Ketegangan Mata dan Kelopak
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat
HIDUNG (mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)
1 - Selsema
Proses pembuangan toksin pada bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat)
2 - Hidung Sumbat
Paru-paru mengandungi toksin berlebihan, proses menyeimbangkan alahan hidung adalah melalui Bersin yang terbahagi kepada dua fungsi iaitu proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong ataupun penyeimbangan alahan hidung
BATUK
1 - Batuk Keluar Kahak
Proses pembuangan toksin dibahagian kerongkong
2 - Batuk Tanpa Kahak
Paru-paru mengandungi toksin berlebihan,biasanya kahak akan keluar setelah beberapa hari makan RG
3 - Batuk dan Berasa Gatal Kerongkong
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara tercemar
KERONGKONG
1 - Kerongkong Kering
Proses pembuangan toksin sedang berlaku diseluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan air yang banyak untuk membuang toksin
2 - Sakit kerongkong
Seperti diatas,paras keracunan lebih serius
BIBIR (berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
1 - Bibir Pucat
Sistem penghadaman lemah, perut mengandungi angin, kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi
2 - Bibir Kering dan Pecah
Perut mengandungi banyak bahan toksin
MULUT DAN LIDAH (berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)
1 - Lidah atau Gusi Bengkak, Sakit
Menunjukkan jantung mengandungi masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi
2 - Lidah, Tisu Mulut atau Gusi menjadi Pecah-pecah (Ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan
3 - Mulut Berbau Busuk
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin
TELINGA (berkaitan dengan buah pinggang)
1 - Telinga Terasa Tersumbat
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan
2 - Telinga Berdengung
Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki berasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan
KULIT BERPELUH
1 - Peluh Masin
Badan mengandungi lebihan asid urik
2 - Peluh Berbau
Badan menyingkirkan toksin melalui proses perpeluhan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment