29 November 2011

Fred'sLife : Dunia Sosial Network-ku

Lama aku tak menaip dalam blog kesayangan aku ni.
Semenjak Latihan Industri haritu aku dah mula kurang gila menaip dalam Fred's Blog ni sebab tahap busy aku yang melampau. Masa Latihan Industri aku, masa tu juga lah aku giat dengan aktiviti ConvEx 2011. Then setelah kedua-dua event ni habis, aku dah free sikit, and dah lupa yang aku ni ada blog. Sebab masa tengah busy, aku memang tak sempat nak taip-taip kat blog aku ni.

OK!


Sekarang ni, aku nak cuba sembang-sembang pasal dunia jaringan sosial yang menjadi kegilaan ramai, tak kira dari yang bawah umur, sampai la kepada golongan emas tanpa mengira darjat dan sebagainya.

Benda ni terbit bila, aku terbaca satu artikel yang tulis kata Mark Zuckerberg ni nak shutdown Facebook sebab dia dah tak larat nak control jaringan sosial yang semakin hari semakin complicated ni.
Apa-apa pun aku tak berapa nak kisah sangat, dia nak tutup ker tak Facebook dia ni, lambat laun orang akan jemu juga dengan Facebook ni macam mana yang pernah jadi dekat Hi-5, Friendster dan MySpace.

Aku mula-mula menjinakkan diri dengan dunia sosial network ni masa aku Tingkatan 2, umur 14 tahun.
aku mula join site Hi-5 yang diperkenalkan oleh dua orang sahabat sekolah menengah aku masa tu Syazira Othman dan juga Faiz. Masa tu internet baru nak naik dan berkembang. Rumah aku dah ada internet since aku darjah 5 kalau tak silap aku, tapi internet dial-up yang bising gila tu. masa tu tak pandai pun pakai internet-internet semua ni, parents aku la dok buat kerja pakai internet bagai. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, memang dah jadi macam kelaziman semua rumah ada internet. Masa tu kapasiti internet pun rendah dalam 250kb kot kalau tak silap aku, yang nak subscribde ngan TM masa tu. Sekarang ni dah maju, 1MB, 4MB bagai ...

Entah sapa la skang ni yang guna hi-5 kan.. tapi dunia terus berevolusi. Aku mula-mula sekali join Hi5 dengan Nickname Willy Wonka, masa tu cerita Charlie and the Chocolate Factory baru keluar. The Grich all that, kalau tak silap dekat nak Christmas la aku join kot.




Diikuti beberapa bulan selepas tu aku join pula Friendster yang diinfluencekan oleh Kak aku sendiri yang tak main dengan Hi5 ni, tapi layan Friendster. so nak sama taraf, aku pun join la pulak Friendster, masa tu masih lagi dalam Tingkatan 2 la. Aku guna akaun Friendster agak lama which is since Tingkatan 2 sampai la Tingkatan 4 tapi dalam masa yang sama aku dah ada akaun Myspace cumanya tak seaktif dekat Friendster.

Mula beraktif dengan MySpace semasa di Tingkatan 5, tapi aku rasa since aku dengan dunia jaringan sosial ni, aku rasa aku tak pernah mengabaikan pelajaran la, aku akan bukak buku depan desktop, play music, and baca buku, bila dah rasa tak dak mood sikit aku akan tengok-tengok MySpace kejap. Penggunaan MySpace diteruskan sampai la aku masuk Kolej Matrikulasi, masa tu tak ada wifi dekat Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon, jadi aku akan pergi cycber cafe kolej setiap jumaat petang untuk chatting semua. Then aku terjumpak dengan skandal masa tu dalam MySpace. but Then... masa dah masuk USM, dah tak main MySpace, main Facebook pula sampai la sekarang ni

Dalam masa yang sama aku ada jugak akaun Twitter


Jadi sekarang ni, aku tengah aktif di kedua-dua laman sosial ni disamping turut mempunyai akaun Google+

Tak sah kalau tak dak akaun google+ memandangkan aku ni pengguna tegar Google. =)

No comments :

Post a Comment