05 May 2011

Fred'sLife : Macam Mana Aku Jumpak Mak Hang

Apa yang seronok sangat pasai cerita How I Met Your Mother ni?



APA YANG BEST SANGAT PASAL 'MACAM MANA AKU JUMPAK MAK HANG?'


Cerita ini mengisahkan tentang persahabatan antara 5 individu yang tinggal di Kota New York dan mengamalkan aktiviti lepak tegar di bar. Jalan cerita ia pada mulanya mengisahkan persahabatan di antara Ted Mosby dengan Marshall Eriksan di bangku kolej yang kemudiaannya menjumpai eternal love beliau iaitu Lily Aldrin. Ted dan Marshall, walaupun dah tamat pengajian kolej, namun diorang masih menetap bersama di New York dengan menyewa sebuah apartment dimana di bawah apartment tersebut terdapat sebuah bar yang dikenali sebagai McLaren Bar yang menjadi tempat diorang bergelumang. Di dalam bar inilah, Ted jumpa dengan Barney Stinson dan juga Robin Scherbatsky dan menjadikan perkenalan mereka sebagai titik pergantungan kepada sambungan cerita dimana kesemua menjadi sahabat baik.

Watak utama dalam Sitcom ni adalah Ted Mosby yang sentiasa dalam pencarian mencari perempuan yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup tapi pelbagai masalah timbul . Dalam cerita ini, kelima-lima watak menjadi pelengkap kepada antara satu watak kepada watak yang lain. Kalau ANDA seorang sahabat sejati dan mempunyai kawan yang rapat dan bila layan saja cerita HIMYM ni, memang dapat rasa betapa rindunya kat kawan-kawan rapat.

SO, apa yang best pasal cerita ni?
1. Mengajar erti persahabatan yang baik
2. Mengajar cara untuk menyayangi dan mencintai orang sekeliling
3. Sentiasa membuatkan kita rindu kawan-kawan rapat dan sayang kat orang yang rapat dengan kita
4. Kegigihan tanpa mengenal erti putus asa dalam menjalani kehidupan
dan beberapa lagi

Takkan nak kena buat kupasan KOMSAS pulak ..

Nak tau cerita lebih lanjut? Cuba watch online atau download. Gunakan GOOGLE!

 
Josh Radnor as Ted Mosby

Jason Segel as Marshall Eriksen

Alyson Hannigan as Lily Aldrin

Neil Patrick Haris as Barney Stinson
Cobie Smulders as Robin Scherbatsky