22 January 2011

Fred'sLife: Tangan Magis Kaseh Rabeah Zin

Ada sorang kawan aku nih, memang pandai make-up, terkesima lah jugak tengok make-over yang dia buat kat beberapa rakan lain dengan cara make-up dia tu. Aku tatau lah, cara dia make-up tu betul ka tak, aku bukan amik kelas grooming nih, tapi dari segi cara dia me-make-over orang tu memang buat aku rasa impressive! 


Kaseh Rabeah Zin a.k,a Abby
Kuala Lumpur
Universiti Sains Malaysia



Ok, nih gambar asli rakan aku nih dengan sedikit solekan tipis, kalau nak tahu, dia nih punya kulit memang gebu, tambah2 make-up sikit lagi comel! Dia nih merupakan seorang rakan universiti aku, satu pusat pengajian, tapi lain-lain major. Baru-baru nih, dia ada develop karier sebagai peragawati muslimah, bangga lah jugak tengok kawan sendiri dalam majalah - Nur, Dara dan slot-slot dalam surat khabar.

Majalah Dara Februari 2011

Majalah Nur Oktober 2010

Si Abby nih jugak, ada kemampuan menyolek orang, dan tangan dia memang magis! kalau tengok ja hasil dia, first impression mesti cakap, "Betoi ka nih?"
hehehe

Sebelum-Selepas

Sebelum-Selepas

Amacam sentuhan tangan si Abby nih? 
Dalam diam, si Abby jugak telah menyediakan perkhidmatan menyolek kononnya sebagai duit poket lah, tak cukup dengan royalti model, nak duit poket menyolek pulak kan... bagus2, pandai cari duit.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Abby sebagai jurusolek anda, boleh terus ke facebook beliau dan cas yang dikenakan, kena tanya sendirilah.


No comments :

Post a Comment