Find My iPhone pun gagal mengesan handphone aku |
16 haribulan Oktober 2013 merupakan tarikh yang perlu aku ingat, sebab dengan tarikh ni lah, aku tanpa sengaja telah menghilangkan iPhone kesayangan aku. Sayang gila kot aku dengan iPhone aku ni, tak dak sapa faham betapa sayangnya aku kat iPhone 4S aku ni sebab dia ada sentimental value bagi aku.
Mungkin setengah orang melihat, yang mempunyai telefon bimbit keluaran dari Apple ini menjadi tanda aras dan kayu pengukur kepada kemewahan dan status. Tapi sebenarnya, bagi yang belum pernah menggunakan Apple iPhone edisi mana sekalipun, give it a try. Once hampa dah guna iPhone, hampa akan susah untuk terima telefon pintar lain.
Aku penggemar gadget, dari zaman aku sekolah menengah sampai sekarang memang aku peminat gadget, cuma ada satu masa tu, aku take time selepas kerosakan yang berlaku dekat Nokia N95 8GB aku, black edition, aku tak pakai mana-mana smartphone sebab aku kecewa dan takut aku akan make lost dengan phone yang aku beli, jadi aku decide untuk pakai telefon biasa-biasa selama setengah tahun, kemudian kembali beli smartphone tapi masa tu aku beli yang biasa saja, Sony Ericsson masa tu model G705 kalau tak silap. Kemudian baru aku berjinak-jinak dengan smartphone balik.
Kemudian, bermula pada tahun 2009 aku buat a jump start masa tu, bermula dengan Nokia E5 aku move to Blackberry Curve then ke Samsung S2 kemudian tukar kepada iPhone 4S pada tahun 2011 dan since then aku tak pernah tukar phone aku sampai la hari ni, aku setia pada iPhone 4S sebab aku memang puas hati dengan iPhone.
Tapi nampaknya, aku dah hilangkan iPhone aku, jadi kenalah aku cari telefon pengganti, tapi aku tak tahu nak amik phone apa, sama ada still setia dengan iPhone atau give a try to smartphone lain yang ada dalam market.
Rest In Peace dear iPhone 4S ... |
Macam malas nak beli iPhone 5s, macam nak grab iPhone 5 atau iPhone 5c jer, harga sedang-sedang, tak mahal sangat ... over 2000 tu is too expensive lah pulak rasa bila dah kerja ni ..dulu tak la rasa mahal pulak ...
No comments :
Post a Comment