Berlatar Belakang kan Chilling River ..! |
Sepanjang aku kerja dekat KL ni, aku tak pernah jenjalan sangat sehinggalah pada satu cuti umum ni dimana aku dan kengkawan ofis aku yang belia-belia ni telah merancang untuk mengadakan satu aktiviti radiah yang menggabungkan aktiviti hiking dan jugak mandi air terjun!!! So whats our plan? Kami telah memergikan diri ke salah satu kawasan rekreasi yang bunyi dia sangatlah masyuk iaitu 'Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor'. Apa yang best sangat pasal tempat ni? Aku pun tak sure at first place sebab aku bukan orang sini.
Muka tak mandi dan perut lebaq gila! |
Ketua perancangan untuk rancangan ini merupakan Nudden Hashim aka Site Engineer aka Planner. Dia yang telah menyagustkan kepada kami pasai tempat ni. Rombongan ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Archanaah (Aci Site), Gobinathan (Safety-lah Sangat), Suzana (Admin Donald Duck), Syidah (Apa Pun Tak Boleh), Hisham aka Nudden (Redah ja), Jiji (orang kampun KKB) dan dua orang budak praktikal Faisal (Ikan Belaan Kian Bun) dan Saul Martin!
Perjalanan kami untuk memergi ke kawasan ni bermula seawal pagi 730 katanya dan orang paling last sampai adalah Archaanh sehingga mendelaykan program. Jadi kami pun bergerak kesana tanpa sebarang makanan yang hinggap ke dalam perut. Dalam perjalanan yang mendamaikan tu sebab langsung tak sesak, Nudden Hashim yang mendrivekan Ford Fiesta telah melanggar seekor anak hanjing (real anjing, bukan hanjing bajingan). Pelanggaran dan rempuhan tersebut telah membuatkan kami Archanaah yang memandu di belakang terkejut dan aku selaku co-pilot naik cuak sebab aku nampak hanjing tu terpelanting setelah dirempuh kereta Nudden. Kami semua pun berhenti, sebaik berhenti, kami mendengar raungan anjing tersebut. Dalam kekalutan itu, hanya Archanaah sahaja yang boleh memegang anjing tersebut sebab yang lain semua muslim dan takut anjing tambah-tambah aku memang takut anjing! Ngaku ok sebab dulu masa kecik aku selalu kena ligan dengan anjing noharom yang berkeliaran kat dalam taman sampai aku panjat pokok mempelam. Babi punya anjing!
Kereta yang telah merempuh hanjing tersebut! |
Sebelum nak sampai ke Sg Chilling tu, kita akan lalu kat satu empangan ka tasik aku tak sure, pemandangan kat situ sangatlah menarik, jadi kami pun berhenti dan snap-snap photo apa bala sat. Then baru lah meneruskan perjalanan.
Sesampainya kami di Sungai Chilling tu, kami memulakan aktivit bersarap terlebih dahulu memandangkan semua kebuluran dan takut ada yang pengsan masa hiking tu nanti, maka semua dikehendaki untuk melahap terlebih dahulu. Takut nanti ada yang pengsan memang aku tauk ja dalam sungai tu bagi dia turun sendiri ikut aliran sungai tu, tak dapatla nak angkat-angkat bagai. Sarap disediakan oleh Chefies Suzana berupa nasi gorem dan sandwhich dan beberapa gorengan. Setelah kenyang sampai sangkak barulah kami memulakan perjalanan yang mengujakan.
Sampai di destinasi, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh pegawai tu. Ok sebelum tu, nak masuk kena bayaq, bukan masuk free. Kata pengawal ka pegawai tu tatau, untuk aktiviti pembersihan bayaran tu bukan bayaq suka-suka nak cas orang tapi sebab satgi nak hantaq orang p bersih sungai tu nuh ...
Apabila dah habeh taklimat tu,kami memulakan perjalanan masuk hutan. 1st attempt aku dengan konfidennya telah membawa yanng lain ke jalan yang salah sehingga menyebabkan kami terpaksa mendaki bukit dalam lebih kurang 85 darjah kecerunan! Dimaki hamun secara berjabu, maka kami turun balik cari jalan lain.
Muka Syidah Super Tak leh blah sebab penat kerabat 85 degree! hahah |
Arch beraksi? |
Arch : Dey tunggu orang belakang la Cha! |
Selepas melepasi jeram, take 5! |
Jeram Ke-5 yang kami lalu~ |
Dah naik atas tu, memang santuari ikan ... Ikan kelah la tempat dia, banyak baq hang, tapi kawan aku cakap, kat tasik kenyir punya sungai lagi banyak ikan sampai lompat-lompat! Ikan kat sini memanglah pandai, jangan harap la nak tangkap, unless hang bawak mai jala nak tangkap ikan tu. Kalau main sauk2 pakai baju dalam che ta pun belum tentu dapat...
Nampak tak ikan kat gigi ayaq tu? Kalau tak nampak maksud dia hang rabun! |
OTW Balik pulak kami nampak ada beberapa bijik kereta dok bersidai tepi jalan, rupanya depa tengah dok tadah ayaq mineral, ayaq bukit katanya, kami pun turun dan try ayaq yang memang serious rasa macam ayaq spritzer tu tapi lagi sedap dari spritzer!
Kami dok kat atas tu dalam sejam dua jam lebih gak kot, pastu turun, lepas turun kami singgah makan kat depan masjid KKB. Lepas makan kenyang-kenyang balik. Nasib baik esok tu cuti, sebab keesokan tu semua mengeluh sakit badan sebab semua pakat tak excercise tetiba kerabat bukit. Memang kenalah sakit badan bagai.
Berenti kutip ayaq... Macam mana kalau tu ayaq longkang?! hahahah |
Pengalaman kami ini juga telah diabadikan dalam ruangan Cuti-Cuti Bajet pada 22 Jun 2013, by Utusan. Terima kasih kepada Yuji yang telah menyiarkan cerita tak semenggah tu.
Nak buat lagi program macam ni ngan budak-budak ni bila-bila free !!!
No comments :
Post a Comment