tak mengapa
andai ada yang menjauhi
dan membiarkan kau menyepi
kerana kau pernah sendiri
secalit coret dihati
akan terpahat dalam sanubari
takkan pernah lenyap dari mimpi
ini bukan dendam berahi bukan juga amarah hati
hanya diri ini perlu diperingati
saat kau jatuh dan bersendiri
tiada yang tarik tolong menggali
tambah disahut hilai tawa hati
kau kan pernah sendiri?
lantas mengapa perlu dirai?
ramai yang tenggelam dalam tari
tapi sebenarnya pincang dikala berdiri
sudah, cukuplah berhenti
masa akan selalu pergi
tak mungkin kau berdiri disini lagi
detik kau hampir pasti
No comments :
Post a Comment