Baru-baru ini, aku ada buat satu proses konversasi dengan seorang teman yang baru sahaja dikenali kurang dari 4 bulan. Pertemuan kitorang ini tidak dirancang, tetiba ja terjumpak memandangkan dia ni awek kepada salah seorang member aku. Walaupun dia merupakan senior dekat pusat pengajian aku sekarang nih, tapi aku tak pernah perasan akan kewujudan dia ni dan pertemuan pertama kami adalah ketika aku dan balak beliau berserta beberapa rakan yang lain lepak dekat Chelor-chelor Padang Brown. Since that day, dah lepas kenal malam tu, bila jumpa dekat pusat pengajian, masing-masing tegur saling menegurlah.
Nak dijadikan cerita satu hari aku keluarkan 1 statement dekat Facebook dengan menaip wallpost aku menjual diri aku kepada rakan-rakan se-Facebook, wall post yang dikeluarkan pada 21/12/2010 tepat jam 8.18 pm yang berbunyi MENCARI TEMAN ISTIMEWA! Terbuka bagi yang berjantina perempuan, tidak memerlukan maintenance tinggi, kulit cerah dan gebu, sopan santun. Berminat? Hantarkan nama penoh bersama nombor telefon. INI SERIUS! dan sejurus selepas wallpost ini diterbitkan macam-macam reaksi dari pengguna FB yakni rakan-rakan aku yang sengal meng-reply kepada wallpost tu dan ada 1 statement yang buat aku rasa bangga dari rakan perempuan yang aku baru kenal nih.
"lor xde ke??bole caye ke nih??hee
npe bru skang mncari?" dan juga yang ini "ok pcaye la..
cume muke faiz nmpk bahgie.ingatkn mmg da de"
kenapa aku bangga dengan statement yang dia bagi? sebab, orang yang baru kenal kita akan bagi macam-macam persepsi yang dipanggil sebagai pandangan pertama/first impression, jadi aku menerima first impression dia nih dengan hati yang terbuka tambah-tambah bila aku dapat tahu sekarang nih, aku sudah pandai meLEMPARKAN senyuman dan perwatakan aku nampak bahagia.
tapi apa yang perlu aku tekankan kat sini ialah, aku rasa lapang sangat semenjak dua menjak nih, tak macam dulu, kepala aku serabut, bad tempered, dan bagaian lagi lah perangai buruk yang kalau orang tak kenal siapa aku yang sebenarnya, dia mesti benci aku nak mampos! dan apa yang aku syukurkan adalah, sekarang aku mampu menjadi bahagia walaupun aku tak ada teman istimewa disamping aku, tapi aku ada ramai kawan yang sentiasa menceriakan aku, kalau ada kawan yang pergi tinggalkan aku, mesti ada yang datang mengganti! =)
Memang.. Banyak yang dah improve. Style pun melepss nox. Jgn potong rambut wei. Tu aset plg mahai.
ReplyDeleteNota Kaki Ku : Happy New Year!!!