Ask Mee Burger
Waktu Operasi : 5 petang - 2 pagi
Cuti : Isnin
Buat semua kaki makan, kali nih aku nak kongsi 1 lokasi makanan yang menarik buat semua kaki2 makan. Kedai makan nih aku jumpak masa bergiat aktif dalam Sekretariat Eskpo Konvokesyen USM 2010 (ConvEx), di mana salah seorang Majlis Tertinggi telah mencadangkan lokasi makanan nih kepada semua Majlis Tertinggi dengan Majlis Tertinggi Bahagian untuk sama-sama ramai-ramai makan dekat situ lepas mesyuarat harian malam tu. Nama introducer nih Kak Rina.
Pada mulanya masa awal2 dia sebut nak makan burger aku dah fikir lain dah, makan burger nak duduk kat mana ramai2?? tepi longkang, tp disebabkan ak
u dah lama tak makan burger jadi aku ikut la jugak dan tempat nih memang MENARIK!
Menu yang disediakan of course burger tapi dari segi penyediaan, korang takkan rasa yang korang nih kat kedai burger yang 'biasa2'. Kalau yang kita selalu makan tu semua ada lah macam burger daging, burger ayam tapi kat Ask Mee Burger nih bukan setakat ayam dan daging tapi Burger Arnab, Burger Rusa, Burger Burung Kasawari pun ada!
Nak cakap pasal harga, range harga dari RM1.00 (harga benjo kalau tak silap) dan tak lebih dari RM10 mengikut kepada menu apa yang korang amiklah. Tapi dekat Ask Mee burger nih, daya penarik dia terletak pada menu Marvelous dan FYI, baby burger kat sini tak berapa nak baby lah, sebab besar lah jugak even nama baby burger...
kedua-dua gambar di atas dinamakan sebagai marvelous! daging dan roti akan dipotong-potong jadi ia memudahkan si pemakan untuk makan tanpa rasa belemoih.
cara nak order, pergi ke kaunter pesanan pastu cakap:
"akak nak marvelous daging 1"
kalau korang order mcni, korang akan dapat daging dengan telur jer r, tapi kalau nak semua ada yakni telur, cheese, roti dan hotdog korang kena sebut
"akak nak marvelous special 1"
dan...
berhadapan dengan gerai ni pulak merupakan satu gerai minuman yang memang cambest dan super duper pecah perut kalau minum ayaq kat kedai dia.
abaikan 2 sosok tu ... dalam gambar rajah di atas ada 3 saiz cawan.kita mula ngan kanan sekali saiz biasa, yang tengah tu MAMA DINASOUR pastu yang paling kiri tu DINASOUR. harga untuk MAMA DINASOUR kalau jus buah hanya RM4...!
Berikut merupakan peta lokasi untuk ke Ask Mee Burger, sila tekan View Larger Map untuk paparan lebih jelas:
(peta yang disediakan adalah bermula dari kawasan Kompleks RST, USM)
Ask Mee burger pun ada Facebook jadi korang boleh la add Krew Ask Mee Burger ni dengan menekan di sini!
Selamat Mencuba
gila sedap nampak...nyummy nyum...haha
ReplyDeletewahhhh! great! cam sgt sedap! idea tetang hidang burger mcm tu adalah sgt2 menarik...! ^_^v -AfixAnteebodee
ReplyDeletewah, beria nak up kan traffic.. hehehe.. kata x mau update selagi x pi pesta.. haha..
ReplyDeleteaku hari2 lalu mayang pasir tu..sat gi aku rajin,aku ushar la..
ReplyDeletesyahmi tak dan nak tunggu pesta,
ReplyDeletetak dak orang lagi kat area2 sini nak ajak p pesta ..
update mana yang ada dulu r
sarah singgah sarah jangan tak singgah!
ReplyDeletepasti terangkat!
xdak? ada jah.. tu sapek, samel, akmal kan ada.. haa.. bos bos kau tuh.. xpun ang buat ads "Sapa nak pi pesta Penang ngan aku", sure melambak pondan2 nak teman ang.. haha..
ReplyDelete