09 December 2010

FoodHunters : Pecel

Pecel Ayam / Ayam Penyet
(RM5)

Pernah dengar pasal Waroeng Penyet?
Bagi yang duduk di Kuala Lumpur atau siapa-siapa yang rajin turun KL dan lepak-lepak dekat mall tambah2 dekat Damansara, mesti tahu akan kewujudan Waroeng Penyet ni yang menyediakan makanan tradisional masyarakat Indonesia.

Malaysia yang kaya dengan berbilang bangsa tak ketinggalan berbilang negara - Indonesia dan Thailand maka sedikit sebanyak menu makanan harian masyarakat Malaysia menerima menu yang asalnya datang dari kedua-dua buah negara tersebut. Kalau Thailand, sah-sah menu Tom Yam dan lain-lain. Indonesia, seriously a few years back baru terasa akan kehadiran menu Indonesia yang dikenali sebagai Ayam Penyet ni.


Berdekatan dengan kawasan Universiti Sains Malaysia, Minden Pulau Pinang nih, ada satu gerai yang turut menyediakan menu seumpama ini seperti mana yang tersedia dalam Restoran Waroeng Penyet yang terletak di The Curve, Damansara. Restoran ni, tak der nama, bagi pelajar dan masyarakat berdekatan, gerai ni dikenali sebagai pecel sebab menu utama nya merupakan Pecel Ayam dan Pecel Lele.

Keadaan Gerai, terasa macam berada di desa di Indonesia
Gerai ala-ala gerai yang terletak di dalam kawasan desa di Indonesia ini menyediakan menu seperti Pecel Ayam, Pecel Lele, Rawon, Asam Bandeng, Bakso dan juga Mi Ayam.


Rawon - Nasi + Sup Daging ala-ala Masak Kicap

Bakso

Pecel Ayam Complete Set

Pecel Lele Kosong - tak amik sayur 

Gorengan/Cucur yang mengandungi tempe di dalamnya


Berikut merupakan laluan dari Masjid USM ke Lokasi makanan tersebut:

Selamat Mencuba!

3 comments :

  1. sape tuh weyh yg pakai baju biru yg gmbar rawon tuh wei..??
    hahaha....
    ni kene byr royalti nie...

    ReplyDelete
  2. waaa.. tbe2 rse nyesal x cbe mkn bakso kt tmpt pecal lele yg dkat2 usm tuh.. hurm...
    bakso kt saujana x sedap wooo...

    BTW, best ar artikel nih.. nyum2~

    ReplyDelete
  3. elfa jom p makan kat pecel now ...!

    ReplyDelete