15 September 2010

Raya Datang Lagi!


Sumpah tak best bila aku dapat tau yang aku kena pegi sambut satu syawal even malam raya dekat Temerloh, Pahang dengan Batang Kali, Selangor. Actually, pergi ke Batang Kali,Selangor, ada agenda tersendiri, yakni ada urusan dengan Pak Ngah aku.. Planning nak duduk rumah dia sehari saja, last2 terlangkau sampai hari ketiga. Bosan memang tahap dewa. Semua sepupu aku masih lagi budak-budak, jadi aku confirm2 tak dak satu kepala & aku hampir-hampir nak declare Raya 2010 the worst raya penah aku celebrate. But then, rupanya 5 Syawal memberi sedikit sinar, memang meletihkan, tapi best. By this time, semua assignment dalam bentuk ' On Hold'.. Hujung minggu nih, kena bertungkus lumus balik, buat assignment mana-mana yang masih tertinggal ... adalah dalam 2 assignments lagi ...

02 September 2010

Tiada

Dahulu, kita bergandingan bersama

Riang tawa girang dilaungkan seiring sekata

Tanpa mengenal apa itu kekita-kita

Dan tanpa mengeluh perasaan yang resah


Hanya diri ini yang tahu

Betapa sunyi diri ini

Bila ada yang terlepas pandang

Tatkala ada yang hilang


Ingin sahaja dicari

Tapi realitinya sukar sekali

dan,ingin sahaja di cerobohi

tapi sukar sekali untuk dicelahi