Aku tak faham bila ada sesetangah pihak mempertikaikan kerjaya aku dan tempat kerja punca rezeki aku. Kenapa aku tak merungut, tapi orang lain yang merungut untuk aku? Aku dah ditakdirkan untuk masuk ke industri ini, site line, dan jadi seorang yang aku teringin sangat nak jadi since zaman universiti.
Pada awal masa aku mula masuk kerja, memang aku sendiri pun tertanya-tanya kenapa aku sanggup masuk site line ini sedangkan aku realise bila aku masuk site line aku akan perlu kerja 6hari seminggu. Sebenarnya, mentaliti aku dah bersediah lama dah untuk kerja 7hari seminggu, sebab aku teringin nak kerja offshore,. kerja atas pelantar, tapi tak dapat, aku nak kerja yang masa aku dibuang untuk kerja dan dapat duit. Tapi mana ada orang yang nak kerja dan dapat duit? Ramai yang tak nak kerja tapi nak duit banyak!
Itu mentaliti manusia yang bersikap pemalas. Mungkin?! Mungkin suatu hari nanti aku pun akan berfikiran macam tu, tapi buat masa sekarang aku terlalu passionate dengan kerjaya aku. Terlalu banyak untuk aku belajar dan explore bidang ini, sebab aku suka dan aku rasa impian aku dah jadi kenyataan. Tapi kadang ada mulut busuk manusia yang pertikai "apalah hang ni, kerja 6hari? orang lain kerja 5hari saja, 2hari cuti" ... "eh, bangla pun tau cuti lah sabtu ahad" ... kalau ikot hati baik aku kerja gomen, masuk kerja office hour cuti berlambak-lambak. aku ada minta juga, tapi maaflah, aku ni mata duitan jadi aku cari kerja yang boleh bagi aku gaji yang banyak ;) jadi kerja dekat site dengan pelantar sah2 lah gaji banyak, dan jugak kerja yang jenis nak kena "stand-by" sentiasa ha itu gaji boleh tahan. tapi kalau kerja panaskan telor, berdiri kat meja orang mengumpat itu kalau dapat gaji banyak gak, tolonglah bagitahu aku, aku nak apply sesangat senang sikit kerja macamtu, tak payah susah-susah nak fikir.
sekarang ni aku cukup tak puas hati dengan manusia-manusia yang mempertikaikan rezeki pemberian Allah terhadap aku ni. aku bersyukur, sekurang-kurangnya, aku dapat kerja yang aku idamkan dan dapat gaji permulaan yang agak memberangsangkan. tapi orang sekeliling tak nampak, sebab orang lain lebih suka menilai dari membuat timbang tara. Alhamdulillah aku dah bekerja tapi aku harap mana yang baca blog aku ni, cuba fikir sejenak, seandainya hampa keja kat bank, kaunter depan orang condemn cakap "alah kerja duduk depan kaunter saja" ataupun yang kutip parking "setakat kutip duit jer, bukan payah sangat", atau kerja kerajaan, "bukan ada kerja sangat, asyik bersembang ja", yang kerja swasta tapi department yahg kerja kurang? "rileks betul department korang, tak dak kerja ka??".. apa perasaan hampa kalau orang cakap macamtu kat hampa? tapi realitinya hampa enjoy kan kerja macam tu? yang penting enjoy!
ada kawan aku sorang, sanggup belajar sampai luar negara, pegang degree holder, tapi jadi technician jer. kenapa? sebab dia tak kisah untuk mula dari bawah, sebab kalau kita mula dari bawah kita belajar banyak benda, tapi kalau sesetengah orang, nak ka dah belajar jauh-jauh tapi pegang title technician dan gaji ciput? padahal overseas degree holder? kerana apa? kerana dia minatxxx
kalau kita kerja sebab gaji semata-mata tapi kita tak minat, maksudnya dalam setiap pekerjaan kita tiada nilai keihklasan ... tepuk dada tanya hati fikir guna akal dan minda
wassalam
No comments :
Post a Comment