Since dah kerja ni, tambah pula kerja 6 hari seminggu...nak buat kerja-kerja tak lazim ni susah sikit. Nak bayar bil ka nak pergi renew roadtax ka nak pergi renew lesen ka nak pergi servis kereta ka memang payah sikit. Dah bila masa pula nak pergi servis kereta? kerja asyik busy saja tak berkesudahan. Bila dah dekat setahun ni drive kereta, jadi kita pun surf la internet, bukak la website AmBank ni.. memandangkan aku ni buat loan kereta pakai loan AmBank. Kereta loan saja ok, bukan cash (So sapa yang kahwin pakai duit loan, bini tu pun bini loan tak pun laki tu pun laki loan...hahahhaa)
Klik Image atas untuk terus ke website Insurans AmBank |
Hari selasa aku call, minta quotation, then petang tu dah depa emailkan dah quotation tu. So keesokan tu, hari Rabu aku call minta proceed. Bila dah proceed aku pun tunggulah khamis ka jumaat dia nak hantar. Tengok-tengok khamis tak sampai lagi. Jadi maknanya jumaatlah kan? Tengah hari jumaat sebelum nak pergi sembahyang jumaat ni, aku call lagi sekali tanya kenapa tak sampai lagi? Depa cakap, dah deliver mungkin tak sampai lagi... kalau petang nanti tak sampai jugak depa suruh aku call balik.
BTW, aku ni kerja dekat site office, aku ingatkan yang nak menghantar tu mat despatch, rupanya bukan! Makluman untuk semua ok, AmBank buat penghantaran menggunakan khidmat PosLaju!!! Aku pergi bagi alamat bangunan sebelah site office aku, yerlah, site office mana ada alamat, kalau despatch yang hantar kira oklah, maknanya boleh kautim, rupa-rupanya PosLaju. Last2 aku kenalah pergi ke Bilik Mail Menara Matrade. Dari site office aku ke Ground Floor Matrade, pastu dah ke situ kena pergi bilik mail, lepas bilik mail, orang bilik mail cakap surat aku ada dekat tingkat 17!!! hahaha.. bukan salah orang Matrade, salah aku sebab gatal bubuh alamat matrade, kalau tak baik aku pakai ja alamat HQ aku kat Glenmarie.
Alhamdulillah syukur, Jumaat petang dah sampai, sebelum orang ofis Matrade balik, aku sempat la pergi ambil insurans roadtax aku tu.
So cukup 4 Julai ni dah boleh lekat roadtax baru dekat Mazda Tiga aku tanda Ulangtahun Pertama aku memandu mazda aku!!!
No comments :
Post a Comment