Kawan-kawan dah ramai dah hantar kad kahwin, kejap-kejap dia ni kahwin, kejap-kejap dia tu pulak nak kahwin. Siapa cakap aku tak nak kahwin, aku nak kahwin tapi dah cakap awal-awal lagi aku tak fikir langsung yang bila aku nak kahwin. Macam certain orang dah set time limit, by umur 28 tahun dah nak kena kahwin, bagi aku pulak, dah memang aku tak target. Last time aku dah set, by umur 40 mungkin baru aku fikir nak kahwin, tapi bila aku tengok ramai kawan dah kahwin aku dah set limit tu ke bawah sikit ke 30 tahun maybe. Sekarang ni umur aku pada tahun 2014 ni is 24 tahun baru. Sangatlah muda, banyak lagi benda yang aku tak buat dan aku kena buat sebelum aku kahwin. Even orang yang umur 25 tahun pun tak kahwin-kahwin lagi. Kalau pikir umur orang rasa kita tua, tapi aku tak pernah rasa macamtu.
Sebenarnya, banyak benda aku nak settlekan dulu sebelum aku kahwin. Tapi harini aku nak post up kan certain things yang aku betul nak buat kalau boleh la. At least ada target, tak boleh fullfil semua, at least aku fullfil kan certain things pun boleh jugak.
1. Beli Naked Bike Kawasaki ER6N
Aku dah lama teringin sangat nak naik superbike, tapi disebabkan malas nak amik lesen B full, so tak nak lah fikir motor superbike, dapat beli motor ER6N pun ok, tak pun beli KTM Duke 200 pun boleh dah aku rasa. Yang penting beli and own by my self. Alhamdulillah, target 2012 2013 aku dah termakbul untuk beli kereta, macam-macam list kereta aku dah buat sebelum beli kereta, macam yang penah aku post dalam blog post aku tahun 2012, lastly aku berjaya dapatkan Mazda 3 1.6 CKD dan baruni aku ada beli kapcai Yamaha LC 135 =) alhamdulillah dan kenangan ini aku abadikan dalam no pendaftaran kedua-dua kenderaan milik aku kepada 2890 sempena hari jadi aku 28 August 1990.
Ensyallah lepas ni, nak kumpul duit beli naked bike pulak. CANCEL LAH, TAK JADI BELI .. NAK KAHWIN DAH NI ...
Kawasaki ER6N |
KTM Duke 200 |
Ada banyak lagi senarai aku sebenarnya, tapi kalau senarai aku berjela, memang sedihlah sampai kesudah tak settle senarai tu tak kahwin la gamaknya aku =p