24 March 2014

Fred'sLife : Salahkah Aku Hanya Kerana Aku Memandu Mazda 3?



Dah dekat dua tahun dah aku bawak Mazda 3. Sebelum ni aku bawak Perodua Kancil ja. Alhamdulillah, kedua-dua buah kereta ni ada makna tersendiri dalam hidup aku. Perodua Kancil, kenderaan empat tayar yang bawak aku ke sana ke sini mencari rezeki semasa di zaman universiti. Dengan kereta ni lah aku buat prebet sapu, dengan kereta ni jugaklah bermulanya kerja yang mendatangkan pendapatan yang lumayan bagi aku.




Masa nak beli kereta, banyak aku fikir, perlu atau tidak aku beli kereta? Kalau ikut kepada keperluan, Proton Persona dah cukup masa tu. Tapi family aku masa tu dah ada pakai Proton, dah ada pakai Perodua. Apa salahnya aku amik kereta yang bukan buatan Malaysia memandangkan masa tu pun duit ada lah lebih sikit =) Tapi perasaan sayang nak tarah bukit tu ada dalam hati. Mula aku plan, tak apalah, amik MyVi Extreme sudah, warna putih, dah siap dengan body kit. Dah pergi tengok, dah pergi test drive. Tup tup, Proton buat launching, Proton Preve, alamak, smart jugak kereta ni. Masa tu, perasaan berbelah bahagi antara Proton Preve dengan Perodua MyVi, tak tahu yang mana satu yang bakal tawan hati aku.



OK! Dah bersedia untuk rembat Perodua MyVi Extreme, Putih! TITIK! Lalu ibu bersuara. Haritukan Faiz dah pakai Kancil, pakai lah kereta besar sikit, nak berjalan senang, boleh simpan barang banyak sikit. Terus hati tiba-tiba tertutup nak tengok kereta compact. Masa tu, tiba-tiba saja tak dak perasaan nak beli kereta, rasa macam, hum, malaslah, pakai sajalah Kancil tu, boleh saja pakai pun.

Satu hari ibu baru balik, dari market (pasar pagi) mungkin, diletakkan atas meja, bermacam-macam brochure kereta. Rupanya, ibu pergi survey untuk aku kereta apa yang ada kat showroom sekitar Kulim ni. Honda Civic, Honda City, Honda Jazz, Proton Preve, Toyata Vios. Petang tu, kami pi la tengok Showroom Honda.  Rasanya nak amik Civic kot. Tanya kat dealer, Civic putih ada lagi? 1.8 pun jadilah, sebab masa tu tengah nak switch dari Civic model lama ke baru. So production dah slow down. OK! Ada, tapi yang tinggal cuma hitam. Settle nak buat booking, then check loan dulu. Harapan punah, loan tak lepas sebab muda sangat kata dealer, tapi kalau City lepas. Then oklah, masa tu rasa macam malas gila nak fikir. Kalau jadi, jadilah rembat terus, tak nak fikir-fikir dah, kalau tak jadi, dah nak tutup mata, tak nak fikir pasal beli kereta. 



Then esok-esok pergi jalan-jalan dalam Pulau Pinang. Stop by dekat Chevrolet, Cruze jadi perhatian, look around dan test. WOW! Kereta ni menarik.. tapi sayang sempit, tambah pulat Chevrolet tak se-familiar mana dekat utara ni, servis centre pun entah mana-mana tempat dia. Jadi, tak nak pasang niat. OTW balik ke Tanah Besar, singgah dekat AutoCity, betapa banyaknya showroom kereta. KIA, tak nak, sebab masa tu kakak baru saja rembat KIA Forte Koup. Performance Koup, not bad. Takkan nak amik Forte? Kak Forte Koup, aku Forte? Hum... nay~ ... Sebelah McDonald ada showroom Mazda. Step into the showroom; typical dealer yang nampak orang macam aku selebet, naik Kancil masuk Mazda, mesti depa pikiaq, hum.. dia ni cuma look around, nak tengok tenyeh-tenyeh muka kat cermin kereta, try seat, bukak pintu, bukak bonet, main steering, pastu balik. Standard la kan.  Nobody entertain, kecuali Mr. Gunasekrn.
Dia pun explain dengan bagusnya. Then aku pikir, aku penah simpan angan-angan nak pakai Mazda RX8. Then aku tanya dia. Hum, harga RX8 mahal dan aku tak rasa aku nak pakai kereta semahal tu dalam waktu muda aku ni. OK, aku rasa hati aku tertarik dengan Mazda 3, tapi masa tu Honda City dah booking.

Balik, bincang. Then a few days later, macam dapat petunjuk, pergi mana-mana mesti nampak Mazda 3. Then aku cakap kat dealer Honda, aku nak cancel booking.Then tak dak masalah, booking fees aku pun boleh refund. Then aku pun pergilah ke Mazda. Kali ni dengan abah, tunjuk kat abah kereta semua, masa tu, still semua dealer tetap dengan cara layanan dan pandangan yang sama. Then abah kata OK boleh on. Weekend aku pergi dengan ibu kat showroom tu, pun sama layanan dia, then nampak Gunasekrn, kami sign contract bayar downpayment semua. 

So, since aku drive Mazda 3 ni, aku memang rasa puas. Alhamdulillah. Macamtulah ceritanya aku nak beli Mazda 3. Tapi, SALAHKAH kalau aku nak bawak Mazda 3? What a typical thinking they had; nak makan apa lah lepas ni, bayar duit kereta saja dah berapa. Macam mana nak kahwin? Duit nak buat simpan kawen pun tak cukup. Hum, dia tak dak duit lah bulan ni, bayar duit kereta banyak. At one point, aku Cuma nak cakap, kalau hampa rasa tak boleh, then better don’t. Jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak. Itu ja. Tapi orang-orang keliling macam nak cakap, YOU’VE SCREWED YOUR LIFE sebab, hang bawak kereta mahai. Kesah apa? Sebab aku yang nak, hampa sakit ka nampak aku bawak kereta? Aku tak penah pulak kata kat hampa, eh kesiannya.. bawak MyVi. Aku tak cakap macamtu sebab part of me dulu penah plan nak pakai MyVi is enough. Tapi senang nak cakap, kalau aku tak beli Mazda 3 ni dulu, maybe lagi berapa tahun barulah aku akan merasa nak pakai kereta bukan keluaran Malaysia mungkin, ataupun aku pakai kereta import tapi yang pasang kat Malaysia dengan harga yang murah. Macam yang aku dok nampak sekarang, kalau lah by this age, tanpa komitmen, aku rasa aku boleh bersedia untuk rembat Toyota Vios TRD, atau Honda City. Kereta yang harganya bawah RM90,000. But then, aku dah pilih kereta aku.


Next time, kalau aku nak beli kereta lagi, aku mungkin akan pilih Mazda CX5, atau Honda CRV, atau seangkatan dengannya, paling tidak pun Honda Stream.