Assalamoleykom W.B.T,
Alhamdulillah, kenduri untuk the only kakak aku dah berlangsung dah dengan jayanya. Aku bangga gila dengan kemampuan mak aku untuk kelola kenduri tu walaupun aku nampak dia sorang bertungkus lumus untuk buat kenduri ni sorang-sorang. Yerp the helpers are there, for sure, tapi the mastermind dia adalah mak aku. Almost everynight, lepas dia balik kerja, dia lipat kotak untuk doorgift kak aku, and sometimes ada yang datang tolong. Rebus 600 biji telur sorang-sorang dia kat dapur. Aku tak buat benda apa sangat, yang banyak buat kerja mak dengan adik laki aku dan juga kawan-kawan dia. Dah kawan-kawan adik aku ramai, aku nak duduk menapak kat situ pun rasa awkward, so biarlah depa yang buat kerja.
Selesai majlis, aku dok imagine, time aku kenduri nanti, hantaran apa aku nak ...hahahaha... so here come the list.
1. iPod Touch
Sebab aku suka dengar lagu dan aku ada iPod Touch 2nd Generation yang dah nazak menanti hari, iPhone 4s yang dah hilang dan diganti dengan iPhone 5s currently, dan jugak iPad 2nd Generation, instead of minta Mac Book, to be considerate, aku nak request untuk replace iPod jer pastu kat belakang tu ada ukiran nama aku dengan bakal wife beserta dengan tarikh. Disebabkan iPod ni dia punya kualiti superb dan jugak aku ni gila gadget, ensyallah aku akan simpan benda ni dengan sebaik mungkin. Even handphone-handphone lama aku yang dah rosak still aku simpan, takkanlah ipod aku nak buang, yer dak? Harga iPod Touch sekarang ni di pasaran dalam RM729
2. Jam Tangan
Aku suka gila dengan jam. Jam should be one of the aksesori wajib kalau aku nak keluar. Kecintaan aku kat jam boleh buat aku beli jam G-Shock original masa zaman study harga RM600. Kumpul duit kot. Tapi malangnya, sekarang jam tu dah arwah kena rembat dengan pencuri yang pecah masuk rumah aku. So kalau nak kahwin nanti, aku nak minta jam tangan, kalau boleh tak nak brand-brand macam Fossil, Alba, Esprit, CK dan seangkatan dengannya. Benda nak pakai lama jadi biar tahan lasak. At least Casio, up sikit Tissot, Oris ... Bajet untuk jam ni dalam RM1000++ lah kot.
3. Cincin Palladium
Cincin Paladium! Lelaki tak boleh pakai cincin suasa, sebab dia ada campuran emas ... So cincin yang diboleh pakai adalah perak. Even kalau tak dapat cincin palladium dapat perak pun jadi dah. Cumanya palladium ni lebih mahal dari perak, 1 piece around RM1000 jugaklah. Cincin perak yang cantik dalam RM200 dah boleh dapat. Tapi bergantung kepada design. Kalau buat cincin perak, batu beli sendiri, design sendiri pun ok jugak kan?
4. Set Perfume, Face Wash Lelaki & Wallet Tali Pinggang
Ha! Set macam ni aku tak sure berapa sebab perfume saja pun sebotol dah RM100++ ... Tapi kalau tak ada pun tak apa benda ni. Bagi aku benda ni and set wallet tali pinggang or even kasut untuk lelaki ni benda yang tak tahan lama, dah habis, rosak lusuh nanti buang. Nak bagi hantaran, biar benda tu kalau dah habis tak berguna lagi pun boleh simpan macam iPod tu. Benda macam ni kalau dah rosak lusuh kena buang, kalau tak dia dikira sebagai agen menyemak rumah. Tapi sebab nak bagi penuh dulang jugak, so biarlah ada jugak kan. Frankly, aku tak minat pemberian benda-benda yang bila dah habis kena buang ni.
5. Al-Quran
Al-Quran ni kira macam tanggungjawablah. kalau kita ada simpan tak baca berdosa. Kalau dah ada Al-Quran ni bukan sahaja kita boleh simpan lama, bahkan bila baca dapat pahala. Kat rumah aku setakat ni Quran yang ada Quran yang guna masa belajar mengaji tu ja, kulit warna biru purple warna warni tu. Tu pun still elok. Risau jugak bila ada Quran baru nanti Quran lama simpan tak digunakan buat hiasan.
Lain-lain item untuk dijadikan sebagai hantaran aku rasa tak ada. Tapi kalau boleh nak bagi dekat lelaki ni biar benda yang dia boleh guna lama dan bila guna tu ada sentimental value.
Cukup dah kot kalau 7 balas 5, kalau lebih aku tak boleh nak pikir dah.
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAKAK AKU DAN JUGAK PASANGANNYA
Sekian.