[Note : Penggunaan Bahasa Melayu skema dipraktikkan dalam entry ini ]
#Throwback zaman study |
Nilai persahabatan, tak ada kayu pengukur yang boleh jadi indikator betapa bernilainya kawan-kawan dalam diri kita. Yerp, aku ada ramai kawan tapi kadang aku rasa macam aku tak ada kawan. But I have bow down my ego, aku cari kawan aku yang mana setia nak melayan karenah aku. Semakin kita tua, semakin menganjak diri ke usia yang lebih tinggi angkanya, semakin mematangkan pemikiran kita. Aku mula belajar ada benda yang aku praktikkan dulu dah tak relevan lagi. Kita ubah, demi kelangsungan hidup.
Cerita pasal 5 IDIOTS ni pasal lima orang sahabat aku, yang aku pasti aku perlu coretkan dalam diari aku untuk dikongsi dan ditelaah ramai. Pada masa yang sama, dapat aku abadikan dalam blog aku yang sudah berusia 5 tahun dengan pelbagai hasil nukilan ceritera baik positif atau negatif yang lahir dari diri aku sendiri. Kenapa 5 Idiots? Aku suka tengok cerita Hindustan, bila aku tengok cerita 3 Idiots, aku teringat kat kawan-kawan aku ni, tapi depa ni ada 5 kesemuanya, jadi aku jenamakan semula jadi 5 IDIOTS.
Filem Hindustan - 3 Idiots, sedih kot tengok cerita ni, sebak ... nilai persahabatan yang tinggi kot dalam cerita ni |
Mohd Muzammil Ismail, Sidik Farouk, Mohd Azahar Yusof & Mohd Shafiq Johari. Kisah bermula semasa masing-masing menuntut dalam semester pertama di School of Housing, Building & Planning, Universiti Sains Malaysia. Buat pertama kali aku bertegur sapa dengan Sidik, corak sembang macam dah bertahun berkenalan. Rasanya dia orang pertama / kedua semasa aku menjejakkan kaki ke school. Datang dari Studio Urban & Regional Planning, aku dikenalkan pula dengan dua orang lagi yang datang dari major yang sama, Am & Jaar. Pertama kali aku nampak Am, persepsi aku "Ah, budak rempit pun lepas masuk USM?!" ... dengan gaya rambut perang, kasut sneakers dan jeans ala ala nak rabak disandang beg, jujur aku cakap, aku sangkakan dia rempit yang tengah memberontak dihantar keluarga sambung belajar ke sini. Sangkaan aku meleset bila aku kenal dan dapat tahu dia 4flatters dalam STPM, begitu juga Jaar. Di awal perkenalan, aku sering mendengar dia student Clifford. Serius, aku tak tahu pun yang Clifford tu bukan sekolah calang-calang. Ciq? Aku kenal masa melepak dengan Sidik dekat Fajar Harapan. Perkenalan dengan Ciq simple. Kewujudan aku dalam group berlima ni, ibarat aku sebagai pemerhati mereka. Tapi aku bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat ini.
Taman Rimba Penang - Dulu rajin nau program mandi manda |
Sepanjang perkenalan, aku tak banyak dapat berkongsi kisah suka bersama mereka, sebab aku tak sama major, aku ni Non-design depa pulak design, jadi syllabus tak sama, jadual tak sama, waktu untuk diluangkan banyak lepas habis kelas dan hujung minggu. Dalam banyak-banyak kenangan yang sempat aku kutip, paling tak dapat aku lupakan, bila kami buat adhoc program ke Alor Star, misi mengambil Am.
Kolam Air Panas Baling |
Satu malam tu, kami berempat membusuk dalam bilik Sidik, tak buat apa-apa, masing-masing membungkang, bersuara tapi diam. Semua bosan, tapi tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba Am SMS cakap kalau rajin datang Alor Star ambil dia balik ke USM. Berbekalkan otak seminit, semua setuju dan mula buat collection untuk isi minyak dan tol. Perjalanan pun bermula.
Yang 2 atas batu tu sekarang tengah counting the days, dekat sangat dah, yang sorang lagi pulak lewat seminggu dari Jaar punya tarikh kahwin. |
Bandaraya Alor Star. Apa saja yang menarik di waktu malam? Semua tertanya-tanya, Am bawak kami pusing bandar, ceritanya sambil usha kupu-kupu malam. Serius tak dak motif, cuma ingin tunjukkan kegiatan yang wujud. Kami declare aktiviti malam tu "Malam Mencandat Sotong". Tapi tak payah risau, kami cuma perhati dari jauh. Namun, aku tak akan lupa cerita tu sampai bila-bila.
Minggu lepas, Ciq hantar kad kahwin, jemput datang kenduri kahwin dia. Am pulak dua tiga hari sebelum tu, dah pinang anak dara orang. Sekarang dah bertunang dah pun. Ensyallah, tarikh akad nikah jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh majlis kenduri Jaar. Isu besar disitu, antara hadir ke majlis akad Am, atau majlis kenduri Jaar. Sekejap masa berlalu, dulu masih hingusan, tak lama lagi, dah nak jadi suami orang, ensyallah bapa orang. Masing-masing dah menganjak ke alam yang lebih dewasa. Aku? Ensyallah, ada rezeki akan menyusul. Menanti jodoh lagi buat masa ni. Sidik, kena tanya dia sendiri.
Celebrate Birthday aku yang ke-23 bawah KLCC + 1 Ecah!!! |
Semoga persahabatan ini kekal berpanjangan dan jodoh sahabat-sahabat aku kekal sampai ke syurga, Amin.