01 January 2017

Fred'sLife : Rumah Pertama!

Semasa rumah sudah siap, tinggal infraworks saja

Tahun 2015 officially a year aku sign SNP and owned by very own house.. Alhamdulillah =)

Since first job aku dah start target untuk beli rumah, tahun pertama kerja was 2012 dan masa tu aku cukup terpikat dengan satu SOHO dekat damansara ni, Empire Damansara. Kalau tak silap aku masa tu harga dia dalam RM250k, SOHO dengan harga macam tu aku berkenan, tapi dengan basic masa tu RM1800 ja, den tak mampu, since then aku dok belajar usha rumah, tengok sana sini survey price all that.

Koleksi Harta Dunia
After a few times tengok rumah2 ni, at last aku buat keputusan pada tahun 2014 untuk ambik rumah dekat Sungai Ular, Kulim, landed single storey terrace harga dia RM245k, submit loan semua dah lepas, then aku nak try submit ke bank rimau nak check berapa rate aku boleh dapat. Masa tengah2 dok kat bank tu dok sembang ngan 1 mat ni dia baru beli rumah kat Kulim Techno City, harga dia RM235k design baru bagai semua. So aku pun pegi tengok, once dah tengok tu aku terbekenan design kat KTC ni lagi dari Sg Ular, so terpaksalah aku burnkan depo aku kat developer rumah kat Sg Ular, burn RM1,000 gak.. tapi hati dah berkenan. Orang kata kalau kita suka yang kedua dan lupa yang pertama, maksud dia kita lagi suka kedua dari yang pertama (Lebih kurang lah ayat dia)

Grill dah siap =)

Wiring + Lampu semua dah siap =)

Banyak dugaan dia weh masa first time nak beli rumah ni, kita dah lah first time, parents pulak beli rumah cerita 10 15 tahun dulu depa pun tak ingat dah prosedur, so aku merangkak sambil tanya kawan-kawan yang recent tak berapa recently beli rumah. Aku bayar booking rumah dan deposit somewhere around August 2015, lepas tu aku tunggu agak lama jugaklah untuk developer panggil sign SNP after settle everything yang sepatutnya. Bulan 3 2016, baru depa start panggil, pihak developer and lawyer dok call panggil sign itu ini. Tak berhenti kat situ ja, lepas dah sign semua, depa panggil aku lagi sekali untuk aku sign balik doc sebab depa ada tukar Schedule dalam tu which cause me to reduce the DLP maksud dia kalau sebelum ni tempoh kecacatan yang ditanggung pihak developer 2 tahun sekarang cuma cover untuk 1 tahun. Banyak betah jugak la, last aku sign ja dan the moment aku dapat kunci tu aku check thoroughly rumah tu. Not bad workmanship depa cuma ada certain part yang aku tak puas hati, aku highlight.

Abah dengan signboard jalan nak masuk rumah

Dia ada timeframe tu dari tarikh kita sign SNP ke tarikh duit dari bank disburse semua sampai ke tarikh kita dapat kunci. Kali ni pihak developer bagi kunci kat aku lambat dari sepatutnya. Kunci rumah sepatutnya aku dapat before Raya Puasa 2016, tapi aku dapat selepas raya and lepas raya start panggil lah quotation untuk orang buat grill dengan wiring lampu kipas semua. Both orang grill dengan wiring aku saaaaaangatttt problematic weyh. Sebelum panggil orang buat semua tu, aku panggil 3 4 orang jugak datang quote price untuk aku, and both are the lowest price. Kualiti elok, memang tak bangkang, tapi lambat weh, tahap menunggu dia boleh meledak-ledak darah ni. Grill janji nak siap dalam 2 3 minggu, jadi 2 bulan! Wiring janji siap seminggu dua jadi 1 bulan! Kau mampu.. Sudahnya, lepas Raya Haji baru boleh cuci rumah bagai. Sekarang ni, alhamdulillah, dah ada orang sewa dah.

Ibu dengan address plate rumah

Target aku lepas ni sebelum cecah umur 30 aku nak look into another property. Landed property jugak, maybe nak go for area Bertam? Pastu beli kat dalam Pulau, then nak beli kat KL! Once dah beli rumah ni, kita nampak kat mana dia bercambah jadi macam satu ketagihan tau. Apa2 pun, selagi ibu masih ada ni, aku selalu cakap kat ibu doa untuk aku kalau aku nak apa2, setakat ni alhamdulillah, apa aku nak, aku doa, aku cakap kat ibu, minta ibu doa, semua dapat..

No comments :

Post a Comment