16 December 2018

Fred’sLife : Daftar Nikah Negeri Kedah Darul Aman

Assalamualaikum buat bakal-bakal pengantin sekalian.
Setelah sekian lama berhempas pulas, kerja tungging terbalik sampai aku rasa life aku ni getting bussier entah bila nak kahwin. Alhamdulillah, 2019 ni, maka bertukarlah status aku daripada ‘Single’ kepada ‘Married’. Alhamdulillah.

So nak share serba sedikit lah information dengan bakal-bakal pengantin sekalian, sebab aku perasan masa aku tengah dok kelam kabut nak register kahwin dulu, tak jumpa lagi post macam ni yang aku rasa sedikit sebanyak membantu bakal-bakal pengantin especially yang dok dalam Negeri Kedah Darul Aman.

Sistem pendaftaran nikah dekat negeri Kedah ni dah diupgrade whereby ada pendaftaran secara atas talian and bukan semua negeri yang dah start implement benda ni. Just a few negeri, and frankly this sistem sangat-sangatlah berguna. Dalam posting ni, aku akan listkan step-by-step ikot numbering lah ok supaya senang nak follow. BTW, post ni specially made for pasangan yang dua-dua dari negeri Kedah ya, dan untuk aku, both aku and pasangan dari negeri Kedah, sama daerah Kulim cuma different khariah. So, Let’s!


FTF, both, lelaki dengan perempuan dah tahu bila plan nak nikah dan dekat mana. Sebab dalam borang ni, hampa kena fill up detail tu. Website ni sangat user friendly, so sambil isi tu kita dah tahu apa kita nak kena buat sebenarnya. Basically aku isikan untuk part aku dengan pasangan aku. Just fill up everything, every single detail yang dia request and detail as you can (boleh edit sebelum submit ke pejabat agama). Sesudah settle fill up BNO ni, print out 2 set ya sebab memang kena ada 2 set. Please refer checklist yang dia bagi tu apa yang perlu ada dalam stag yang nak kena submit dekat pejabat agama tu.

2. Pemeriksaan Kesihatan (HIV)

Lepas dah print out 2 set tu, 2 set untuk pihak lelaki dan 2 set untuk pihak perempuan. Dalam set-set tu, akan ada borang untuk pemeriksaan kesihatan. What you need to do is, bawa lah borang pemeriksaan kesihatan tu, 2 set setiap orang. Untuk tujuan pemeriksaan kesihatan ni, hampa boleh buat dekat Klinik Kesihatan ataupun dekat Klinik 1Malaysia. Aku haritu pi buat dekat Klinik 1Malaysia sebab Klinik Kesihatan ramai sangat orang since kami pi pun hari Ahad around pukul 10pagi macamtu. FYI, dekat Klinik 1Malaysia ni dia buka 10 pagi sampai 10 malam (ada hari pukul 9 malam dah tutup). Jadi tak payah kalut-kalut nak kena pi ambik cuti untuk buat pemeriksaan kesihatan ni. Dalam setengah jam macamtu dah siap. Please prepare pen sendiri ya, sebab nak kena isi borang banyak. Bawa 2 pen, dua-dua orang boleh isi serentak cepat sikit. Masuk bilik, cucuk jari, test depan mata, dah settle, tunggu luar ambik report.

3. Ambil Pengesahan Jurunikah

Dah settle both step above tu, hampa kena bawa balik full set tu (please refer semula checklist tu) bawa kepada Jurunikah untuk khariah masing-masing. Boleh semak dekat Pejabat Agama atau kalau dah kenal senang, pi rumah ambik sign. Make sure, semua dokumen yang dia senarai dalam checklist tu ada, mudahkan urusan orang, urusan kita pun mudah. Tidaklah satgi dok nak kena mai dua tiga kali rumah Jurunikah. Once dia dah sign, hampa pun lega lah. Lepas dah sign nak kena buat apa?

4. Hantar Borang ke Pejabat Agama

Setelah semua dokumen selesai, dah sign cukup semua. Maka bersedialah masing-masing bawak lah dokumen tu ke Pejabat Agama daerah untuk proses submission. Masa pergi submit borang dekat Pejabat Agama tu ada lah dia tanya sikit-sikit macam pengesahan nama dan pasan macam tu saja. Tak dak lah pula tanya soalan-soalan cepu cemas atau kena baca Al-Quran ka. Lepas dah submit borang tu, kena bayar RM60 untuk tujuan pemprosesan borang dan juga nanti lepas dah nikah depa akan cetak kad nikah (Awai depa kutip duit kad ni, tak dan nikah lagi, duit kad ambik dulu). Harap lepas-lepas nikah harini, esok lusa kad tu siap dah lah.

5. Tunggu Borang Pengesahan Imam

Dua minggu sebelum hari kejadian, pihak perempuan ni kenalah pergi ambil Borang Pengesahan Imam dari Pejabat Agama. Once dah collect borang ni, pihak perempuan kena bawa borang ni ke Jurunikah/Imam kawasan kariah / masjid yang hampa nak nikah tu. Masa submit borang tu dah boleh confirmkan balik tarikh,masa dan tempat nak nikah.

6. Hari Kejadian
bersambung...


04 November 2017

Fred'sLife : Bersawang

It has been so long without posting in this Blog.

Sorry, life is too busy right now.

20 March 2017

Fred'sTravelog : Ao Nang, Krabi, Thailand

Bulan 11 yang lepas, tak semena-mena Bidi ajak join road trip dia naik kereta lah kan ke Krabi to be exact dari Penang ke Krabi naik kereta. Untuk rekod, aku cuma pernah pergi ke bahagian selatan thailand sahaja tak pernah naik atas dari tu, jadi bila Bidi ajak terus why not? Lagi pun dalam Facebook masa tu ramai ja orang dok p Krabi apa semua, so aku pun nak tau jugak apa yang seronok sangat Krabi tu? Frankly, Krabi macam more or less Batu Feringghi pekan dia, pantai dan pulau pulak, Pulau 3 serangkai dekat Sabah tu lagi menarik.

Perjalanan kami seramai 4 orang ni bermula seawal sebelum Subuh, kami berenti solat Subuh dekat RnR Gurun lepas tu berenti dalam lebih kurang 2 jam dekat Pekan Changlun untuk kumpul yang lain-lain dan jugak breakfast. So roughly kami bermula perjalanan dari Changlun ke Krabi dalam pukul 9 pagi dan sampai ke Krabi pukul 2 dekat pukul 3 petang.

20 November 2016

                                  

Separuh perjalanan dari Changlun nak ke Krabi tu kami berhenti untuk lunch dekat Kanittha Cake, tempat ni dia cuma sebelah highway, appearance dia lebih kurang RnR dekat Malaysia sebab akan ada parking lot yang luas untuk kenderaan park dan bila masuk ke situ major part dipenuhi dengan jualan kuih dan kerepek dari Thailand, kalau masuk dalam lagi baru jumpa restoran Muslim. Penjualnya bukan semua boleh bercakap bahasa Malaysia. Fret not, orang Malaysia ni sangat flexible, bila pergi Thailand tak semena slanga bahasa Malaysia akan berubah sedikit ikut loghat Thailand, kalau pergi Indonesia pun lancar ja ngomong Indo nya. So boleh lah cakap sikit-sikit cuma kadang tu nak explain in Malay depa tak faham kena explain in English pun tak faham tu dah tahap kena pasrah ja tu.

Amaran : Minyak Thai sangatlah mahal tapi ada pelbagai pilihan, kau tak mampu minyak 95, minyak 92 ada ... tapi nak ka letak 92 kat kereta hang? Sanggup?
Lunch kami boleh google maps lokasi ni :
Kanittha Cake,
7 Phet Kasem Road,
Tambon Na Yong Nuea,
Amphoe Na Yong, Chang Wat Trang,
92170, Thailand.
(Waktu Operasi : 6,30am - 10.00pm)

                                     

Selesai lunch kami teruskan perjalanan, tak jauh dari Kanittha Cake tu kami stop by pulak kat satu spot ni nama dia Trang Andaman Gateway. Lokasi ni ramai dikunjungi pengunjung luar yang guna highway ni, salah satu sebab monumen yang dibina disitu yang menceritakan tentang pembukaan jalan di situ tak lupa kat situ jugak ada toilet free boleh digunakan.

Basically macamnilah keadaan atas bot, masa nak masuk dalam gua tu dah tak boleh pegang kamera, sempit dik, susah nak amik gambar
Lokasi kedua kami berhenti untuk hari pertama tu ialah Khao Kob Cave. Untuk masuk ke gua ni perlu membayar 200 Bhat. Tapi, gua ni tak sesuai untuk orang yang fobia tempat sempit dan gelap -clautrophobia sebabnya, anda akan berada di dalam perahu dan dikehendaki berbaring sambil permukaan gua berada hanya beberap inci daripada muka anda. Ha ... tapi memang menarik sebab kita akan menyusuri gua yang dipenuhi air, sempit dan ambil masa kurang dari setengah jam kalau tak silap. Bagi yang tak nak masuk gua, kat luar gua tu ada tempat mengurut kaki, orang Thailand kalau mengurut memang terbaik la ... terasa urat-urat terkendon tu betul balik =)

Tulisan Siam tu maksud dia "Seashell Resort"
 Tempat penginapan di Krabi kami pilih kawasan yang terletak 10mini away dari Ao Nang, tak pekan sangat, kami check-in ke Seashell Resort, bilik dia sangat-sangat besar dan ada 2 king size bed and aku duduk sebilik dengan Bidi. Punyalah luas bilik tu, bilik air pun luas.

21 November 2016

Hakak ni yang tebar roti canai ok... Roti dia besar-besar kenyang baq hang.. sini comel-comel kadang rotinya
Seawal pagi kami dah mula keluar dari resort untuk mendapatkan breakfast dekat Simpang 3 nak masuk ke Pekan Ao Nang bersebelahan dengan 7 Eleven dekat roundabout tu.  Dekat Thailand, breakfast depa macam nak makan tengah hari, pagi-pagi lagi dah ada nasi kerabu dengan ayam goreng yang sedap. Bagi yang tekak selera desa walau jauh diperantauan, roti canai masih boleh didapati disini tak lupa juga kuih muih yang rasa macam dekat Malaysia tapi bentuk dan nama dia lain sikit. Satu ja nak pesan, air kat sini depa bancuh kalau dok 4 5 hari aku rasa tak lama boleh kena kencing manis! So everytime aku order air manis aku akan make sure aku akan order jugak air kosong atau mineral untuk ditop-up kan.


Ni pulak tengah dok beratur nak order nasi kerabu lauk ayam goreng
Aktiviti kami untuk hari ni bertumpu kepada pulau-pulau yang terdapat berdekatan dengan Ao Nang, Krabi ni. Seharian dihabiskan di Phra Nang Beach, Tup Island, Poda Island, James Bond dan Chicken Island.
Kenderaan kami dari resort ke jetty nak ke pulau

Belakang tu Chicken Island - kepala ayam, kami lalu ja tak stop pun kat situ...

Poda island ni pasir dia putih air dia jernih tapi tak dak pun batu karang ka apa ...

Dari Poda Island boleh nampak James Bond.. lupa pulau kenapa panggil James Bond, kami p snorkel keliling JB tapi tak nampak apa,, gelap dan sejuk ja ...

Ahli Jemaah kereta Bidi

Setelah seharian membakar kulit, petang tu sampai ja ke resort terus berendam dalam swimming pool, kulit masa tu dah rasa macam garing-garing dah. Terbakar, kering dah rasa pelik dah masa tu tambah pulak cuaca kat Thailand ni bukan macam kat Malaysia, panas dia lain macam. Boleh buat gaduh panas dia, macam kena cucuk-cucuk dengan jarum.

Selesai berendam dekat setengah jam tu, sambil-sambil plan dengan budak-budak ni malam nak buat apa. So petang tu kami sewa motor bawak sendiri ke pekan Ao Nang tu. Lagi mudah naik motor skuter dari naik kereta kat situ, sebabnya kalau naik kereta nak mencari parking kereta tu susah betul. Kalau motor ni, sepanjang jalan tu dah memang tempatnya nak park motor.

Pemandangan Sunset kat Ao Nang - gambar aku tengah isi minyak motor hilang la pulak .. ada gambar tu nak tunjuk kata petrol pump dia guna mesin macam kita dok isi air mineral tu .. power.. tapi kalau tengok mesin tu macam nak runtuh dah

22 November 2016


Bagi makan pun dok seriau satgi dia gulung dengan tangan kita sekali.
Hari terakhir kami kat sana, bangun tak dak lah awal sangat sebab nak buy time siap-siap nak balik dah. Aktiviti pertama .. Elephant Trekking, tapi aku cuma bagi makan sahaja tak naik sebab kesian dekat gajah-gajah tu. Satu sebab aku ni sedia berat, dua sebab sebelum aku datang aku ada tengok video macam mana orang train gajah tu supaya dengar cakap and boleh bawak manusia yang azalinya tak mampu pun nak tanggung beban belakang dia.

Selesai aktiviti Elephant Trekking, kami gerak ke 7 Heaven yang nama ja heaven tapi panas dia nauzubillah.. 7 hell, panas gila macam nak terkoyak kulit dah masa ni ... tapi anak-anak Thai yang pergi buat aktiviti sekolah kat situ boleh lari-lari macam tak dak apa-apa.. Aku keluar sekejap ja, nak amik gambar pun tak dak mood dah. Terus aku suruh Bidi start kereta, aku nak dok dalam kereta .. lepas orang nampak aku dalam kereta, semua pakat balik duduk dalam kereta.. rupanya semua tak tahan dengan cuaca tapi gagah jugak sebab boleh amik gambar cantik-cantik dengan cuaca panas macamtu.

Settle kat situ terus shoot ke Emerald Pool! Then baru heading balik .

Air Super Jernih 
The Jemaah


Sejuk hati tengok air macam ni

Aksi Lompatan

Sekian, sengaja nak kena habiskan write-up ni malam ni jugak, walaupun sebenarnya ada banyak lagi nak cerita sepanjang trip ni tapi mood Krabi dah habis and next post nak cerita tentang Jogja, jadi kena habiskan cerita Krabi dulu ...

Nantikan write-up trip Jogja pulak, lepas Jogja, Perhentian lepas perhentian ???



02 January 2017

Fred'sLife : Selamat Datang 2017



Kalau ikotkan kepada aku punya chronology dalam blog ni, nampak macam dah almost 9 years aku dalam dunia blog, macam-macam cerita yang aku rasa nak brag aku tulis kat sini. Some info some bragging, it's my blog somehow. Aku suka buat esei-esei panjang ni.

Harini; 2/365 of Year 2017. Selamat Datang 2017. Soon dah nak menganjak ke umur 27 tahun dah. For the past year - 2016 banyak memori yang dah aku buat, pahit & manis. Generally, 2016 merupakan tahun yang comprises of macam-macam element. Tahun lepas jugak, new year aku 
sambut dengan sahabat-sahabat dekat atas boathouse.



2016 : Tahun Paling Banyak Trip
Maybe sebab aku rasa dah stabil sikit kot, tahun 2016 merupakan tahun yang paling banyak aku join/organise trip tak kira jauh mahupun dekat. Kalau nak ikutkan tahun-tahun sebelum tu, macam tak berjalan sangat, tak bergerak sangat, banyak duduk rumah tengok TV. Trip 2016 dimulakan dengan percutian atas Boathouse dekat Tasik Banding/Royal Belum, Panjat Gunung Baling, Sabah (Kota Kinabalu) Trip, Ao Nang Krabi Thailand Trip dan aku nyaris-nyaris ikut ke trip year end 2017 ke Bangkok, tapi disebabkan kekangan waktu kerja, so tak jadi pergi



2016 : Officially Tahun Dapat Kunci Rumah Pertama
Since 1st job, teringin nak ada rumah sendiri, konon boleh escape dari family, at last even dah ada rumah sendiri, aku sewakan saja dari duduk, If not, aku kena bayar monthly while duduk sorang. So baik aku duduk dengan family, dapat income, duit lebih buat simpan.



2016 : Settlekan Tunggakan PTPTN
Frankly, aku tak penah bayar PTPTN since grad dan masa aku beli rumah, enforcement regarding PTPTN tak ketat lagi so aku lepas untuk beli rumah pertama. Next, aku dapat invitation untuk Rumah PR1MA, bila check dengan BNM nama aku dah naik CCRISS, malu baq hang!  So terpaksalah settlekan tunggakan PTPTN takut pulak nanti nak melancong tak lepas. Nasib dah kerja lama, duit KWSP Acc 2 ada, amik yang tu settle dulu.

2016 : BFF depleting
Yer, semua kawan baik dah kahwin dan masing-masing dah ada life sendiri. Hampir kesemua kawan baik aku punya kenduri kahwin aku pi tak kira sejauh mana sekalipun, waima ke Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Alor Setar, Perlis semua aku pi nak meraikan hari bahagia depa. Tak tahulah bila turn aku, tapi kalau dah sampai jodoh, ada turn aku, depa tak mai aku dah bersiap sedia dengan tu semua. Aku dah dapat rasa jawapan cliche : anak tak sihat, bini loya-loya tak boleh travel jauh, anak nak masuk sekolah, mak mentua buat kenduri, ada family day belah biras etc so on and so forth. 



2016 : Kianat Mengkianati / Pecah Belah
Tahun ni jugak ada adegan aku dengan member aku yang saling kianat mengkianati dek salah faham masing-masing, dan ego yang tak dak siapa nak tunjuk dia lemah. Once dah give up, hubungan persahabatan semakin retak dan renggang padahal dulu dia punya relation kukuh dan utuh. Aku tak dendam dengan kawan aku, tapi aku rasa tak puas hati dengan orang yang pecah belahkan aku dengan kawan aku. Aku nih jenis sayang kawan-kawan, so bila dah sayang, orang lepak dengan kawan aku sendiri pun aku rasa jeles. But now, not at all. Aku dah rasa kebal dengan cara aku sendiri. You can come and you can go, sebab tak ada benda yang kekal dalam dunia nih & kawan aku sendiri penah cakap "Jangan belajar terlalu sayang benda/orang, susah nak lepaskan" which is tak termasuk keluarga ok, keluarga memang kita kena consider lebih dari strangers. Sekarang ni, aku rasa aku nak get neutral, hampa tak mau contact aku, aku dah tak kesah sebab aku pun kalau boleh dah tak mau burden kepala dengan masalah remeh yang tak mematangkan usia.


 
Banyak drama adegan dalam 2016 haritu, harap 2017 akan dipenuhi dengan laluan yang lebih mendewasakan kita semua. Amin.

01 January 2017

Fred'sLife : Rumah Pertama!

Semasa rumah sudah siap, tinggal infraworks saja

Tahun 2015 officially a year aku sign SNP and owned by very own house.. Alhamdulillah =)

Since first job aku dah start target untuk beli rumah, tahun pertama kerja was 2012 dan masa tu aku cukup terpikat dengan satu SOHO dekat damansara ni, Empire Damansara. Kalau tak silap aku masa tu harga dia dalam RM250k, SOHO dengan harga macam tu aku berkenan, tapi dengan basic masa tu RM1800 ja, den tak mampu, since then aku dok belajar usha rumah, tengok sana sini survey price all that.

Koleksi Harta Dunia
After a few times tengok rumah2 ni, at last aku buat keputusan pada tahun 2014 untuk ambik rumah dekat Sungai Ular, Kulim, landed single storey terrace harga dia RM245k, submit loan semua dah lepas, then aku nak try submit ke bank rimau nak check berapa rate aku boleh dapat. Masa tengah2 dok kat bank tu dok sembang ngan 1 mat ni dia baru beli rumah kat Kulim Techno City, harga dia RM235k design baru bagai semua. So aku pun pegi tengok, once dah tengok tu aku terbekenan design kat KTC ni lagi dari Sg Ular, so terpaksalah aku burnkan depo aku kat developer rumah kat Sg Ular, burn RM1,000 gak.. tapi hati dah berkenan. Orang kata kalau kita suka yang kedua dan lupa yang pertama, maksud dia kita lagi suka kedua dari yang pertama (Lebih kurang lah ayat dia)

Grill dah siap =)

Wiring + Lampu semua dah siap =)

Banyak dugaan dia weh masa first time nak beli rumah ni, kita dah lah first time, parents pulak beli rumah cerita 10 15 tahun dulu depa pun tak ingat dah prosedur, so aku merangkak sambil tanya kawan-kawan yang recent tak berapa recently beli rumah. Aku bayar booking rumah dan deposit somewhere around August 2015, lepas tu aku tunggu agak lama jugaklah untuk developer panggil sign SNP after settle everything yang sepatutnya. Bulan 3 2016, baru depa start panggil, pihak developer and lawyer dok call panggil sign itu ini. Tak berhenti kat situ ja, lepas dah sign semua, depa panggil aku lagi sekali untuk aku sign balik doc sebab depa ada tukar Schedule dalam tu which cause me to reduce the DLP maksud dia kalau sebelum ni tempoh kecacatan yang ditanggung pihak developer 2 tahun sekarang cuma cover untuk 1 tahun. Banyak betah jugak la, last aku sign ja dan the moment aku dapat kunci tu aku check thoroughly rumah tu. Not bad workmanship depa cuma ada certain part yang aku tak puas hati, aku highlight.

Abah dengan signboard jalan nak masuk rumah

Dia ada timeframe tu dari tarikh kita sign SNP ke tarikh duit dari bank disburse semua sampai ke tarikh kita dapat kunci. Kali ni pihak developer bagi kunci kat aku lambat dari sepatutnya. Kunci rumah sepatutnya aku dapat before Raya Puasa 2016, tapi aku dapat selepas raya and lepas raya start panggil lah quotation untuk orang buat grill dengan wiring lampu kipas semua. Both orang grill dengan wiring aku saaaaaangatttt problematic weyh. Sebelum panggil orang buat semua tu, aku panggil 3 4 orang jugak datang quote price untuk aku, and both are the lowest price. Kualiti elok, memang tak bangkang, tapi lambat weh, tahap menunggu dia boleh meledak-ledak darah ni. Grill janji nak siap dalam 2 3 minggu, jadi 2 bulan! Wiring janji siap seminggu dua jadi 1 bulan! Kau mampu.. Sudahnya, lepas Raya Haji baru boleh cuci rumah bagai. Sekarang ni, alhamdulillah, dah ada orang sewa dah.

Ibu dengan address plate rumah

Target aku lepas ni sebelum cecah umur 30 aku nak look into another property. Landed property jugak, maybe nak go for area Bertam? Pastu beli kat dalam Pulau, then nak beli kat KL! Once dah beli rumah ni, kita nampak kat mana dia bercambah jadi macam satu ketagihan tau. Apa2 pun, selagi ibu masih ada ni, aku selalu cakap kat ibu doa untuk aku kalau aku nak apa2, setakat ni alhamdulillah, apa aku nak, aku doa, aku cakap kat ibu, minta ibu doa, semua dapat..

16 May 2016

Fred'sTravelog : Sabah 2016

Ugly Sister Peak
Pernah suatu ketika dulu aku aim yang satu hari aku akan pergi ke semua negeri yang ada dalam Malaysia ni dan sekarang umur 26 tahun barulah habis jelajah satu Malaysia. Semua negeri dah pergi dan merasa apa yang menarik kat negeri masing-masing tu. Semestinya, setiap negeri ada keunikan dan perkara menarik yang boleh kita cari. Secara peribadi, selain dari negeri kelahiran aku sendiri – Pulau Pinang dan negeri aku bermastautin sekarang – Kedah, aku rasa aku dah jatuh cinta dengan suasana, keadaan dan persekitaran yang ada dekat negeri Johor,  Sabah dan Sarawak. Johor aku pergi recently saja tapi taklah pulak mengada nak buat blogpost, Sarawak 4 5 tahun lepas dan terbaru, Sabah.
Angan-angan nak ke Sabah ni dah lama dah simpan, since 2013 rasanya dok plan nak pergi ke Sabah ni sebab masa tu semua negeri aku dah sampai, kecuali Sabah. Tapi dalam dok plan tu pun tak sampai-sampai lagi dan kebetulan tahun lepas entah macam mana gatal tangan tengok tiket promo masa tu dekat AirAsia terus terbeli tiket nak ke Sabah. Cadang awalnya trip ni melibatkan aku dengan Sidiq sahaja, tetiba bila makin dekat tarik makin ramai pulak ahli jemaah yang nak ikot serta dan sanggup beli tiket even harga dah naik lebih RM300++ which means total ahli rombongan ke Sabah ni berjumlah 11 orang dewasa dan 1 bayi lelaki bawah 1 tahun

Since ada ramai participant termasuklah bayi bawah 1 tahun, maka perancangan dibuat secara 80% rapi manakala 20% lagi main bedal ikut suka hati.
Actually, dalam 11 orang ni terbahagi kepada 3 kumpulan, dimana 1 kumpulan bergerak dari  Penang International Airport (PIA) terus ke Kota Kinabalu International Airport (KKIA), 1 kumpulan lagi bergerak dari KLIA2 ke KKIA dan 1 lagi kumpulan bergerak dari Senai International Airport (SIA) ke KKIA. Memandangkan kumpulan-kumpulan ni bergerak secara berasingan maka waktu touch down pun tak sama maka berlakulah aksi tunggu menunggu di KKIA. Ada lah satu insiden ni, melibatkan Nanad. Kami tengah beratur ni dari KLIA2 nak naik flight ke KKIA, dalam barisan tu tetiba Sidik berbunyi dekat Nanad suruh bagi laluan untuk orang belakang, tak semena-mena si Nanad ni siap cakap dengan kuat dan jelas sampai orang-orang kat depan boleh dengar “Bagi laluan… bagi laluan… warga emas nak melintas…”, so semua orang pandang la belakang nak tengok siapa warga emas yang nak lalu tu? Sekali bila pandang belakang Nanad, Sidik dah ketepi dah, yang kami Nampak memang betul-betul warga emas dan Nanad doesn’t mean it pun! Terus the whole group kami gelak mengilai-ngilai sebab tak expect kejadian tu langsung! Hahahaha.
Lebih kurang jam 5 petang kumpulan terakhir dari Johor sampai ke KKIA dan kami ambil van sewa yang dihantar terus ke terminal ketibaan KKIA dimana arrangement van ini telah dibuat oleh Fakhriah. Kalau nak perkhidmatan van/kereta sewa boleh hubungi nombor ni 014-355 5171 (Mr. AJ). Kami ambil van jenis Nissan Urvan memandangkan jumlah ahli jemaah kami seramai 11 orang dan pemandu kami bagi trip kali ni, En. Sidik dan tukang baca map dia aku sendiri sampaikan Ogy ingat kami ni dah familiar gila dengan jalan-jalan kat sini sebab cara kami coordinate jalan tu macam hebat ja. Padahal dia tatau aku ni dok tengok Google Maps sampai habis data phone.


[Hari Satu]
Since, kami sampai bergerak keluar dari KKIA pun dah pukul 5 petang so aktiviti untuk hari pertama not much, but still mengujakan sebab most of us baru sampai Sabah pertama kali. First place bila sampai ke Kota Kinabalu, salah seorang dari kami bagi cadangan untuk pergi ke Masjid Negeri Sabah yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bulatan Sembulan sebab masing-masing nak solat Zohor dengan Asar – Jamak Takhir, kami habis solat masa tu dah pukul 6 petang, masa nak keluar dari masjid semua orang macam pandang pelik kat kami sebab masa kami nak keluar ramai jugak baru sampai masjid. Dalam otak aku, malam ni ada majlis kot, sebab hari pertama kami kat sana hari Khamis, biasalah Khamis malam Jumaat ada programlah gamaknya. Ternyata meleset, bila masuk dalam kereta, lebih kurang 6.20petang, azan Maghrib masuk! Hahahaha.. kejutan budaya. Kat semenanjung Maghrib masuk lebih kurang 7.15 – 7.30 petang macam tu. Then baru sedar, patutlah orang dok perhati ja bila kami keluar dari masjid waktu-waktu macam tu.
Menariknya tentang masjid ni sebab dia Masjid Negeri Sabah, masjid ni dibina dengan kos RM15j hasil sumbangan penderma, hasil balak dan juga sumbangan kerajaan Negeri. Tapi aku tak explore much pasal masjid ni sebab masa tu aku dah lemau letih, nak cari air nak mandi ja aku pikir masa tu. So habis-habis solat terus tunggu kat van.
Untuk malam pertama, kami semua sepakat untuk stay dekat Kota Kinabalu sahaja instead of terus shoot ke Kundasang. Lagipun si Aby yang dah duduk lama bermastautin dekat Kota Marudu, pesan nak travel, travel siang-siang, malam gelap. So kami pun ikot la nasihat pensyarah vogue yang kini bertugas dan menabur bakti di Sabah sungguhpun family berada jauh di Cheras dan suami di atas laut. Hahahahah… jangan marah Aby, hang anak dua pun tetap supermodel baju abaya butik kat Bukit Jambul. Untuk malam pertama ni, kami check-in ke hotel bajet saja, Hotel Bandaraya yang dibooking melalui Booking.com oleh saudari Yanti.
Settle check-in dan menyegarkan diri, semua siap-siap nak berdinner kat Esplanade! Ramai rasanya tahu yang Sabah ni syurga makanan laut, mana tak syurga, makanan laut yang fresh2 tu murah betul! Kat semenanjung nak makan macam tu memang tak dapatlah. Mula-mula turun van tu, kami jalan dulu dari pintu masuk sampai ke hujung jalan sebab nak cari makanan laut apa yang menarik nak dirasa dan nak dipesan. Then kami buat keputusan untuk patah balik dan makan kat satu kedai ni. Dekat 15 min jugak aku rasa nak memesan lauk ja pun. Mana tak nya, ada 11 perut, 11 otak, 11 mulut, masing-masing ada citarasa masing-masing, last2 ada jugak yang surrender duduk and let some of us ja yang buat ordering. Kos makan dekat sini total untuk 11 orang RM385.00, which means sorang jatuh RM35 termasuk dengan air. Bila cakap part air ni, bagi yang pertama kali datang sini, untuk part makanan laut, memang sebelum kami confirm order, kami tanya dulu harga dah lepas pilih-pilih ikan udang ketam tu [btw, harga termasuk upah masak], tapi bila datang part air, semua dah macam malas nak pikir nak order air apa, jadi kami order saja terus air buah segar 2 jug – tembikai dan epal. Mak datuk weh … bila kira-kira, 1 jug tu jatuh RM40/jug. Bila nak membayar tu terkejut jugak weh, makan dekat Hammerbay, Queensbay, Pantai Jerjak, Pulau Pinang pun air buah sejug tak harga macam tu. Tapi dah minumkan, so kita pun bayar sajalah apa yang kita dah makan. Lagipun, bila bahagi balik sama rata, seorang jatuh RM35 saja, kat semenanjung tak dapat kot makan macam tu dengan harga macam ni.
Seaweed - Makan cicah dengan sos rasa macam nak budu sikit.. bila pepak rasa macam makan telur ikan, pecah dalam mulut

Udang butter

Masak  3 Rasa

Masak Stim

Ketam Goreng Pedas


Siput Lala dan Kepah

Lobster

Lokasi Makan Kami
Selesai makan, dekat saja dengan kawasan foodcourt makanan laut tu, ada Pasar Filipina dan juga Pasar Malam Kampung Air. Since jadual kami lepas ni banyak bertumpu ke kawasan Kundasang dan keatas, so aku cadangkan siapa-siapa nak beli cenderamata, better get it there takut nanti dah tak sempat nak patah balik untuk beli cenderamata semata. Aku memang beli cenderamata untuk family dan sahabat 2 3 orang ja, even kawan baik aku send postcard Gunung Kinabalu ja. Maaf, memang dah tabiat aku bila berjalan aku tak tengok sangat barang cenderamata ni, aku banyak spend untuk di sendiri. Tapi dalam tak spend pun, sempat jugaklah rembat gelang dan Pandora mutiara buat Ibu dengan Mak. Yang laki, dapat butang Baju Melayu bertatahkan mutiara ja. Tahun ni pakai Baju Melayu dengan butang Mutiara lah yer … Since aku bawak baju ngan seluar sikit ja, alang-alang pergi tempat cenderamata so aku pun grablah baju Sabah dan seluar paroi habuan nak guna esok! BTW, si Syidah ada jugak pergi Pasar Malam Kampung Air, kalau macam aku dengan yang lain bertumpu dekat Pasar Filipina saja, so dia cakap mutiara dekat Pasar Malam Kampung Air lagi murah. Pasar Malam tu dekat saja, opposite dengan Pasar Filipina ja pun. Tapi aku beli benda tu for the sake of souvenir untuk family members ja, jadi tak dak lah nak beriya sangat nak pergi tengok. Kalau nak buat jual, ok memang kena pergi memilih kat Pasar Malam Kampung Air tu.

[Hari Dua]
Pagi dekat sini memang cepat betul cerah! Semalam tidur dekat 12 lebih jugak. Dah masuk bilik bukannya tidur. Semua pakat main handphone. Si Syafiq yang baru charge handphone tak sampai 5 minit bila tengok aku dengan Sidik diam saja dalam bilik dok membelek handphone,dia pun bangun capai handphone. Tetiba ja entah bila aku terlena.
Paginya tu aku terjaga sebab Sidik dok bukak beg apa entah. Tengok jam baru pukul 530 pagi, mata dalam dok mamai tu aku perasan dia tengah dok siap-siap baru nak mandi ka dah mandi tataulah. Tak lama tu aku bangun lepas dia kejut siap2, kami kejut Syafiq nak turun breakfast kat bawah, dia tak mau bangun. Satgi dah balik breakfast baru dia suruh kejut. Sebelah Hotel Bandaraya ni ada restoran mamak. Pelik  betul mamak2 ni! Dulu aku ingat kat Penang ja ada mamak, lepas kenal Sidik, baru aku tau, depa ada di mana-mana sebab dia sendiri pun Mamak Bentong, ada restoran nasi kandar kat Bentong. Tapi kat Sabah pun ada weh!!! Ouh… memandangkan bilik aku tak dak window, so aku tatau keadaan kecerahan luar masa jam 615 pagi tu. Bila keluar ja dari hotel, terkejut… cerah dah macam nak pukul 8 pagi. Pagi sangat ni, nak makan sangat pun tak larat, so aku order roti bakaq ja ngan teh ais. Panggil yang lain turun tak mau turun, so kami 2 sajalah yang breakfast pagi tu.

Jesselton Point - Jeti untuk ke 3 Pulau

Tak Silap ni Jeti Pulau Manukan


Aktiviti pagi tu sebenaqnya kami nak p Pulau Manukan [sahaja]. Cadangnya. Tapi bila sampai ja kat entrance tu, ada satu abang ni mai dok slow talk siap bagi penerangan apa bagai semua then terus masuk hati nak p 3 pulau sekaligus – Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi. Aku ni bukan jenis suka pulau ni, sebab air laut melekit, pulau panas terik, aku cepat kena sun burn. Tapi bila sampai manukan ni, membuak2 semangat kepulauan sebab air laut dia jernih betul tak tipu baq hang. Cumanya, coral macam tak berapa ada. BTW, ni first time aku buat aktiviti ber-snorkeling. So aku rasa aktiviti ni best and very relaxing. Sebab enjoy ja tengok benda bawah laut yang hang selama ni dok Nampak dalam TV semata. Hari ni hang Nampak benda tu depan mata. TAPI, coral tak banyak dan kalau ada pun mostly dah mati dan yang tinggal Cuma jenis coral batu-batu tu. Jadi, kalau yang datang tu menyimpan hasrat untuk tengok coral, better pergi tempat lain kot? 3 pulau ni best kalau hang mai nak berpiknik, mandi manda, sun bathing, main banana boat, parasailing what so and what not. Menurut cerita dari Nanad, katanya Pulau Payar kat Pulau Langkawi best untuk snorkelling. Katanya lah, aku tak pernah p so aku tak tau. Oh! Lupa nak mention, dekat entrance jetty tu ada gerai-gerai, kalau tak sempat nak breakfast kat situ ada jual juadah makan pagi yang ensyallah dapat memenuhi pilihan dan citarasa tekak masing-masing. Memandangkan kami sampai jetty tu dalam pukul 745 pagi, awal la jugak dan pulau-pulau tu hanya dibuka pada jam 845 pgi, so hat mana yang tak makan tadi mula membeli makanan untuk dibawa dan dimakan di Pulau Manukan nanti. Lebih kurang 830 pagi, arrangement untuk set snorkelling dan life jacket mula diedarkan dan kami semua siap-siap nak naik boat ke PULAU MANUKAN! Kami peruntukan masa kat ketiga-tiga pulau ni sampai pukul 2 sahaja sebab lepas ni kami nak bergerak ke destinasi seterusnya. So setiap pulau kami bajet 2 – 3 jam macam tu ja. Duduk ber-snorkel dalam air tak terasa pun waktu berlalu pantas. Sedar-sedar dah cukup masa. Pukul 2 kami pun dah siap tunggu boat nak balik ke Kota Kinabalu, tapi boat kami sampai dalam pukul 245 petang. Dalam dok tunggu-tunggu tu, apa lagi, pakat dok amik gambar la kat jetty.

Jeti Pulau Sapi
Kelab Rombongan Sabah Bersatu Gebu Gebas
Setibanya kami kat Kota Kinabalu, terus start enjin shoot ke KUNDASANG! Ouh masa tu dah pukul 330 petang. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang ambil masa dalam 1jam 45min. Tapi masa tu, masing-masing letih dan lapar. Yang duduk belakang jangan cakap apa lah kan. Since masuk dalam van dah start diam dah kecuali Aldriq sebab dia dok merengek-rengek maybe tak selesa dok dalam van.. selalu dok naik Vios bapak dia aircond sejuk, kusyen leather… Dalam perjalanan nak ke sana tu sapa pun tak teringat kata lapaq dan tak lunch lagi sebabnya semua dah terlalu letih. Bagi aku ngan Sidik yang dok depan ni, letih ka tak, kami sebagai Pilot dan Co-Pilot harus sentiasa berjaga dan bersiap siaga. Lapar la … sampai merodak perut-perut. Tapi tatau nak makan kat mana! So kami ambil langkah tanya orang sebelah. Nasib baik lah kan, masa tu tengah dalam kesesakan disebabkan oleh trafik light, so sempat la dalam hujan renyai-renyai tu aku bukak tingkap kibas2 tangan kat kakak dok sebelah van kami ni cuba keloi panggil dia. Mesti dia ingat aku nak buat onar kat dia, at first dia bukak tingkap separuh ja. Then bila aku cakap kat dia, aku bukan orang sini, nak cari tempat kat mana boleh cari restoran nak makan, baru dia bukak tingkap bagi habis. Thanks la kak sebab bagi info, kalau tak kami semua melahaq la sampai atas Kundasang tu nanti.
Kami berenti makan kat Selera Sabah Bah kat mana tatau lah kan tempat tu sebab kami main rodong ja jalan mana ada. Janji jumpa kedai makan dan boleh makan. Selera sabah tak sabah, 10 orang order pecal ayam, aku sorang ja order nasi goreng pattaya. Mungkin kami pi tak kena tempat kot sebab tempat makan dia tak macam kat Sarawak, ada Top Spot boleh makan makanan yang betul-betul istimewa ada dekat Sarawak macam Laksa Sarawak, Mee Kolok, Ayam Pansuh dan sebagainya. Dekat Sabah aku tak jumpa benda-benda tu. Tapi takpalah, makan pi lah nasi goreng pattaya dan pecal yang sebenaqnya kat Relau pun ada. Yang ada banyak kat sini sepanjang-panjang jalan nak ke Kundasang hanyalah Sinalau Bakas [Non-Halal]. Sabahan maybe boleh advise nak makan kat mana lepas ni, mana spot-spot yang menarik.
Since dah berhenti makan tu kan, berdepan dengan tu ada pasaraya. Aku pun cakap lah kat depa ni, ni yang kita makan ni, lunch tau, dinner satgi nak makan apa pulak? Terus terpikiaq kat tempat kami nak duduk satgi ni boleh BBQ. So aku pun call tempat tu tanya kalau nak set up BBQ. So kami pun buat keputusan, malam ni BBQ ayam, sosej dan daging burger. Tak dak nya nak marinate dengan seribu jenis rempah ka apa, lumur dengan BBQ sauce ja pastu terus bakar.

Search Kiram's Village dekat Google for more details. Kiorang punya ni Capsicum

Perjalanan diteruskan ke Kundasang dan kami sampai kat sana dalam pukul 730 malam. Check in, rileks-rileks. Yang geng perempuan lumur ayam tu, then tak lama aku turun lepas orang homestay pelekat api BBQ tu, aku terus p bakaq ayam apa semua tu. Dibantu oleh Syafiq Fern dalam proses pembakaran dan kami lupa sebenaqnya kami masuk homestay tu tak dak beli sumber gula ka kopi atau teh nak minum! Thanks to Fakhriah dan Syidah/Ogy sebab pi café bawah tu beli gula sepeket dan The Sabah. So malam tu kami minum lah the sabah sambil berBBQ.


Untuk dua malam berada di Kundasang, kami pilih untuk stay dekat Kiram’s Village! Nice gila homestay ni. Rumah yang kami pilih – Capsicum, ada 4 bilik dan 3 bilik air, 1 dapur, 1 hall, 1 verandah. Nikmat weh tempat ni. Rasa macam akan jadi escape place aku ja nanti bila-bila.

Harga cabin yang ada kat sini

[Hari Tiga]
Awal bangun hari ni, pukul 5 dah jaga. Bila dah jaga tak boleh nak pejam dah. Sebab tengok luar tingkap macam dah cerah! Golek-golek atas katil apa sat, pukul 6 baru keluar dari rumah berjalan naik bukit sat. View dia Masya-Allah, lawa betul. Gunung Kinabalu, dan view belakang tu Cikgu Shidah cakap tu view Ugly Sister Peak. Cantik sangat Gunung Kinabalu dari bawah tu. Tetiba rasa hati ni terpanggil sangat-sangat nak naik sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Ensya-Allah, next year dah pasang angan-angan nak naik Gunung Kinabalu. Dua dah plan trip besar untuk next year, moga dipermudahkan. Sejam lebih jugak berpeleseran dekat bawah tu amik gambar. Gambar-gambar sorang aku sikit sebab yang Yanti ngan Fakhriah asyik nak amik gambar ngan aku. Fans la katakan. So just a few picture aku berlatar belakangkan Ugly Sister Peak.
Makanan pagi tu disediakan oleh Nanad dan Geeha berupa roti berintikan sardine. Kami beli 2 roti jumbo size dan 1 tin sardine ja. Ingat cukuplah, rupanya tak cukup. 1 buku roti ja cukup untuk 1 tin sardine. So makan bercatulah yer pagi tu anak-anak.


Lepas makan, dalam pukul 8 pagi kami bergerak keluar dari Kiram’s Village dan menuju ke Desa Dairy Farm~! Weh, cantik weh serious tak tipu Desa Dairy Farm tu macam dalam iklan susu Fernleaf ja. Zue sempat menyanyikan lagu tema iklan susu Fernleaf buat anak sulungnya, Shafiq Aldriq. Suami Zue jadi fotografer rasmi bagi kawasan ni sebab phone dia ada Wide Selfie, so muat muka semua orang bila dia ambil selfie/wefie. Dah puas tengok lembu kat padang ragut, kami masuk ke tempat jual cenderamata dan produk tenusu. Yang ni best, sebab makan! Yogurt dengan Susu dia, sedap weh… terasa ja bila minum lalu kat tekak. Puas hati lah! Lepas dah membeli apa yang patut kami jenjalan kat area situ sampai ke Barn. Nak tengok konon nak bagi anak kambing anak lembu makan dan minum. Last-last lembu-lembu ni ja bertebaran ambik gambar. Tak lama duduk situ, ada kot dalam 2 jam, then kami pun keluar menuju ke Pekan Kundasang.


Kat Pekan Kundasang ni awalnya nak singgah ke War Memorial tapi tetiba rasa macam malas pulak nak masuk. Semangat patriotik tak cukup kuat kot. So masing-masing just pusing-pusing pasar pagi yang terletak berdepan dengan War Memorial tu. Beli apa yang patut untuk menjadi kudap-kudap dalam perjalanan seterusnya. Next destination, kami nak p Poring Hot Spring, tapi aku ni tatau kenapa sakit betul perut. Memang tak dak mood nak buat apa-apa aktiviti masa tu. Pikir sakit perut ja. Jumpa ja toilet masuk toilet dulu. Then kami split, setengah ada nak naik Tree Top Walk kat Poring tu, setengah lagi Cuma duduk dalam gazebo melepaskan lelah. Memang masa tu aku rasa tu waktu terbaik untuk aku rehat. Sebab dalam kereta aku kena tengok jalan untuk Sidik, yang lain tak apa, dok belakang boleh mereloh. Yang naik hiking ke Tree Top Walk tu – Sidik, Yanti, Fakhriah dengan Syafiq Fern, lain semua duduk melepak kat gazebo ja.
Next destination kami lepas Poring Hot Spring – Sabah Tea. Tak buat apa pun dekat Sabah Tea ni, tak turun amik gambar pun sebab nak compare ladang Sabah Tea ngan dekat Cameron, rasanya kat Cameron lagi cantik. TAPI, Sabah Tea sedap sebab rasa lain dari yang lain sikit. Since aku ni suka minum the, so aku tak lupa la nak beli the. Masuk souvenir shop dia grab kotak souvenir dan pek untuk rumah aku and tok aku.
Depan sikit dari jalan masuk Sabah Tea ni merupakan pintu masuk ke Mesilau Fish Spa! Memang dalam jadual kami untuk singgah sat ke Fish Spa ni nak try la Fish Spa. Memang jadi checklist sebelum sampai Sabah lagi. Sekali lagi perut meragam, toilet kelas C pun aku masuk jugak layan memerut. Selalu aku sanggup ja tahan kalau tak jumpa toilet kelas A, kali ni betul-betul darurat.


Ok! Ikan dekat sini bukan tahap ikan comel-comel dok gigit kaki tu weh, ni level ikan kelah jenis besar-besar lengan. Aku rasa ikan-ikan ni datang dekat kaki bukan sebab nak cuci kaki kita ka apa ka, tapi sebenaqnya dia dah tau kalau ada kaki masuk dalam sungai maksudnya, dia nak dapat makanan. Sebab tu dia mai kat kita. Aktiviti kat sini dia ada time limit. Maksudnya, kalau kita datang satu kumpulan, dalam 1 kumpulan tu ada allocation masa. Bila dah cukup masa dia akan buat announcement based on nombor kumpulan kita tadi tu, kita kena keluar dari sungai.
Dah settle kena panggil keluar, kami dah tak ada aktiviti lain dah kecuali, balik ke Kiram’s Village! Sebelum sampai ke Kiram’s Village, kami singgah sat kat Pekan Kundasang sebab kat tepi-tepi tu ada jual sayur-sayur yang Nampak segar betul. Berenti beli sebab malam ni, geng perempuan nak masak dinner! Makan malam sekali lagi disediakan oleh Nanad and the Geng. Terima kasih kerana sudi masakkan. Aku tatau dah, sampai ja homestay terus masuk bilik tidur sambil layan sakit perut. Lepas kena Eno Halia dah ok sikit dah. Turun makan then tengok TV sambil layan main UNO. Mengajar orang yang tak pernah main UNO sepanjang hidup sampai lah dia UNO GAME – Ogy.

[Hari Empat]
Sekali lagi pukul 5 pagi aku terjaga, kali ni bukan sebab nak jaga tapi sebab aku dengar bunyi periuk jatuh kat dapur sambil dengar orang basuh-basuh kat dapur. Malam tadi aku charge power bank aku kat area periuk nasi. Risau power bank aku di apa-apakan, aku turun. Tengok-tengok Zue tengah dok potong sosej untuk buat breakfast pagi ni. Untung Ciq, subuh-subuh sepie wife bangun buat breakfast, tapi kali ni bukan untuk Ciq seorang tapi untuk 10 orang yang lain. >.<
Syafiq Fern tidoq dekat hall 2 malam dah sebab katil tak muat, since aku dah bangun aku suruh dia naik bilik. Aku lepak bawah, kesian pulak dia dok hall sambil dengar Zue dok bersilat kat dapur. Pagi ni kami semua plan nak berlengah-lengah sebab hari ni hari terakhir. Tak mau dah rushing-rushing siap apa semua. Selesai breakfast, semua dah siap packing. Kami check out around 830 pagi dan kali ni menuju ke Kinabalu Park naik sampai ke Timpohan Gate. Nasib baik la Sidik yang bawak van. Kalau aku bawak, aku rasa aku give up, tunggu abang sewa kereta tu mai amik van kat Kinabalu Park. Jalan sempit gila nak U-Turn kat Timpohan Gate tu!
Masa turun tu kami stop by kat kedai souvenir, aku beli postkad untuk dipostkan kat Syamil, Salam, Ashiqin AJ dan Sheera. Kat Sapek pun aku beli, tapi dia tak bagi alamat, tak dapat lah nak post. Masa berenti kat post tu, sempat lagi aku ngan Syafiq Fern pi soal siasat untuk pakej, permit accommodation untuk naik ke Puncak Gunung Kinabalu. So aku target, next year aku nak naik Gunung Kinabalu. Moga dipermudahkan… Aamiin.
OTW balik dari Kundasang ke Kota Kinabalu, kami singgah sat ke Rumah Terbalik kat Tamparuli tu. Entrance RM10.60. Tapi rasa rugi ja masuk tu, sebab tak boleh ambik gambar katanya sebab nak jaga Hak Cipta Terpelihara. Kira masuk macam muzium, tengok-tengok then keluar. Amik gambar pun dekat surrounding saja. So Sad …
Then… tak larat nak taip dah ni. Kami pun balik tapi masa tu baru pukul 12, flight geng Johor pukul 415 petang. Jadi kami pun buat plan nak jumpa dengan Aby masa tu kat Oceanus mall. Baru bukak mall tu. Kami makan ramai-ramai kat Nando’s ja. Malas dah pikir nak makan tempat lain. Lapar sangat dah. Settle makan, semua pun balik ke airport, pass kereta then melepak dalam airport sampai tika dan waktunya.
BTW, flight Ciq yang patut pukul 730 delay sampai pukul 1040 malam… Kesian Aldriq.
NEXT TRIP PLEASE!