24 December 2011
Fred'sLife : Perbelanjaan Masa Hadapan
Memandangkan semester hadapan merupakan semester terakhir aku di USM sebagai pelajar degree dekat HBP ini, aku terfikir masa depan aku bila aku dah habis belajar bulan Jun ni ensyallah dan akan bergraduasi pada Ogos atau September. Sedikit sebanyak aku terfikir mengenai kerja atau kerjaya yang bakal aku bina dan aku tempuh dalam masa tak berapa bulan ni. Sama ada aku akan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi ataupun memulakan kerjaya aku.Yang mana satu, tunggu tiba masa dan ketikanya. Tapi kalau kata aku sambung Master sekalipun,aku masih perlu memikirkan mengenai corak kehidupan aku setelah aku selesai belajar nanti iaitu kerja ataupun kerjaya.
09 December 2011
Fred'sLife : Saya Ada Ramai Kawan tapi Saya Takdak Kawan! pART 2
Semenjak aku masuk ke alam universiti ni,aku rasa aku hilang kegembiraan dan kenikmatan bersama kawan-kawan macam aku pernah alami masa sekolah menengah dan juga zaman kolej dan aku sendiri rasa pelik kenapa aku tak boleh nak 'bekerjasama' dengan persekitaran baru ni, dari aku Tahun 1 sampai la aku Tahun 3 sekarang ni.
Maaf kepada kawan-kawan se-universiti yang mengenali aku secara rapat mahupun tidak, blog post ini bukannya bertujuan untuk menghentam anda,tetapi medium ini merupakan medium yang aku rasa baik untuk aku tulis cerita aku ni, sebab aku rasa aku tak dak kawan untuk aku kongsi cerita.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)