06 June 2012

Fred'sJourney : Kuching, Sarawak

Dah lama aku tak update pasal aktiviti jenjalan dan jelajah seluruh Malaysia ataupun tempat-tempat makan best yang aku dah pergi kan? Sebenarnya, aku ada ja pergi berjalan-jalan menenangkan jiwa ini, tapi kesibukan buat aku tak sempat nak update aktiviti kat blog. Jadi al-kisahnya, Mac lalu, aku dan beberapa rakan yang lain telah selamat berangkat ke Kuching, Sarawak dan telah selamat pulang ke Semenanjung 3 hari kemudian. Ini kali pertama aku sampai ke Kuching, setelah sekian lama aku berhasrat untuk tamatkan penjelajahan seluruh Malaysia, tapi sampai hari ini, masih ada 1 negeri yang belum lagi aku sampai - Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Ensyallah, satu hari nanti aku akan sampai juga Sabah dan seterusnya, lengkap sudahlah jalan-jalan seluruh Malaysia aku.

Penerbangan ke Kuching, Sarawak menggunakan pesawat AirAsia sebanyak 1 penerbangan sehala pergi dan balik iaitu hanya pada waktu pagi. Jadi, nak tak nak, kami perlu sampai di lapangan terbang seawal 6 pagi memandangkan pesawat akan 'boarding' jam 6.40pagi dan kami sampai di Sarawak dalam pukul 8.30pagi macam tu. Kali pertama aku jejak kaki kat Kuching,Sarawak, seriously aku rasa Kuching tu macam pekan Nibong Tebal sebab tak nampak sangat dekat kawasan Lapangan Terbang Kuching Sarawak tu menonjolkan keibubandarannya dan sesungguhnya, personally, aku suka Kuching,Sarawak. Kunjungan kali kedua aku ke Kuching sebulan selepas kunjungan pertama sebab aku ada discussion dengan UNIMAS dan itu merupakan peluang kedua aku untuk sampai di Kuching.

Rakan-rakan yang turut sama ke Kuching - Kampung Budaya Sarawak
Bagi yang masih belum sampai di Kuching, Sarawak, aku nasihatkan agar buat dahulu blog walking, tengok pendapat ramai yang sudah pergi ke Kuching sebab di sini, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat sangatlah jauh (untuk ke destinasi pelancongan-lah) sehingga mengambil masa lebih dari 1jam...!

Dalam sesi jelajah kali ini, aku nak kongsi sedikit sebanyak tentang makanan-makanan yang agak famous di Sarawak ni, cumanya ada 2 3 hidangan lagi yang masih belum aku cuba. Kek Lapis sudah semestinya siap try lagi semua jenis dan perisa kek lapis yang ada di Kilang Kek Lapis Dayang Salhah.

Cop! Aku nak bagitau, antara tempat-tempat yang dah aku pergi sepanjang 2 kali sampai di Kuching Sarawak termasuklah - Kampung Budaya Sarawak , Kuching Waterfront, Muzium Kucing, Pasar Satok, Sianpao, dan Jong Crocodile Farm. Ada beberapa tempat lagi yang aku teringin nak pergi dekat Kuching ni, tapi ada sebahagiannya dalam proses baikpulih dan ada juga yang memakan masa terlalu lama, dan disebabkan kekangan masa,jadi tak sempatlah nak sampai ke sana.

Tapi... makanan-makanan kat Kuching ni, senang sangat kalau nak try makanan-makanan dia, cuma berkungjung ke TopSpot yang terletak berdekatan dengan Waterfront dan pelbagai hidangan terdapat disana, terdapat puluhan gerai sedia untuk melayan selera anda =)

Umai
 sotong yang dicelur, macam kerabu tapi sedikit masam dan masih ada bau hanyir dia, tapi sedap! kalau ada yang minat makan dekat Manhattan boleh la try Umai ni, lauk tradisi katanya

aku rasa ini resipi moden, sebab udang digoreng dengan telur dan nestum! manis , rangup dan terliur aku masa tengah taip caption ni tengok gambar ni

ikan 3 rasa -
normal, mana-mana pun boleh dapat, tapi memenuhi citarasa semenanjung kot

Ayam Pansuh ...
macam sup ayam, diletakkan dalam bekas buluh. katanya, cara masakannya macam buat lemang sikit

Sayur Midi
macam sayur kailan tu, tapi sayur midi ni bentuk dia seakan-akan pucuk paku, kira adik beradik la

sup cendawan
Chinese food ... yummy 

Telur Goreng + Tiram
rangup macam keropok! dicicah dengan sos pencicah masam-masam manis sikit

itu antara makanan yang ada di TopSpot yang dibuka pada waktu malam untuk makan malam, tutup pukul berapa aku pun tak berapa nak pasti. Menariknya, Sarawak ni dia cepat cerah dan malam around 10 11 malam dah rasa macam 1 2 pagi ... pernah sekali 1 pagi tu, bangun pagi tengok-tengok dah cerah macam dekat pukul 9 pagi, padahal baru nak pukul 7pagi. Itulah kali pertama aku rasa perubahan waktu yang sangat ketara, sebelum ni duduk Malaysia, paling jauh masuk pun Thailand, tak dak beza banyak sangat GMT dia =p

untuk makan pagi dan tengah hari pula, kedai yang paling famous di Kuching ni aku rasa 2 saja, Raja Ayam Penyet dengan Kopi O Corner. Restoran Kopi O Corner ni menyajikan pelbagai jenis makanan dan aku tak tipu, semuanya sedap-sedap dan disini jugalah aku try menu Laksa Sarawak dan juga Mee Kolok yang selalu menjadi sebut-sebutan tu.

Mee,
mee apa entah ni, aku pun tak ingat, tapi yang penting sedap

Mee Kolok
Inilah rupanya mee kolok, hidangan ni ala-ala mee yang dihidangkan di Noodle Station

Satay
Siang-siang hari, mana nak dapat satay? kat sini ada jual satay waktu makan tengah hari

Laksa Sarawak
ni yang dah makan dah dikenjah-kenjah, macam ni la gambarannya =p
Menu lain kalau berkunjung ke Kopi O Corner ni, kena try Rojak India Special dan Nasi Lemak, pergh!!! Memang sedap!


Sekian!

p/s: kalau ada sebarang pertanyaan dan nak tanya pengalaman ka apa-apa ka, boleh komen di bawah, kalau ada kelapangan nanti aku reply =)

05 June 2012

Fred'sGadget : Unboxing YES Huddle

YTL Communication Sdn Bhd tak barapa nak baru sangat, sebab aku baru ja nak update blogpost ini telah melancarkan produk-produk internet tanpa batasan secara besar-besaran dan telah mengikat persefahaman antara beberapa buah universiti di Malaysia ini bagi menjadi salah satu institusi pendidikan tinggi yang memberi sokongan dan seterusnya menggalakkan pelajar-pelajar daripada institusi-insitusi pendidikan seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Shah Alam bekerjasama dalam melaksanakan program EPP - Education Partner Program.

Melalui EPP ini, pelajar dapat subscribe kepada kemudahan YES ini dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Bagi yang telah menggunakan kemudahan ini, pastinya, dapat merasai betapa berbaloinya menggunakan YES ini. Untuk makluman lebih lanjut berkenaan kemudahan YES ini boleh terus lawati laman web rasmi YES (klik sini)
Add caption

Kotak YES jenis Huddle,
YES datang dengan 3 jenis modem - dongle, huddle & zoom
Manual YES Huddle
YES Huddle datang dengan warna hitam,
YES Huddle XS datang dengan warna putih dan lebih kecil saiznya


Isi Dalam Kotak!
USB Cable - disambungkan ketika menggunakan Huddle supaya bateri sentiasa dicas,
bateri Huddle mampu bertahan selama 5jam
Soket 2-pin yang dibekalkan bersama
Charger asing yang disediakan