Dah lama aku tak update pasal aktiviti jenjalan dan jelajah seluruh Malaysia ataupun tempat-tempat makan best yang aku dah pergi kan? Sebenarnya, aku ada ja pergi berjalan-jalan menenangkan jiwa ini, tapi kesibukan buat aku tak sempat nak update aktiviti kat blog. Jadi al-kisahnya, Mac lalu, aku dan beberapa rakan yang lain telah selamat berangkat ke Kuching, Sarawak dan telah selamat pulang ke Semenanjung 3 hari kemudian. Ini kali pertama aku sampai ke Kuching, setelah sekian lama aku berhasrat untuk tamatkan penjelajahan seluruh Malaysia, tapi sampai hari ini, masih ada 1 negeri yang belum lagi aku sampai - Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Ensyallah, satu hari nanti aku akan sampai juga Sabah dan seterusnya, lengkap sudahlah jalan-jalan seluruh Malaysia aku.
Penerbangan ke Kuching, Sarawak menggunakan pesawat AirAsia sebanyak 1 penerbangan sehala pergi dan balik iaitu hanya pada waktu pagi. Jadi, nak tak nak, kami perlu sampai di lapangan terbang seawal 6 pagi memandangkan pesawat akan 'boarding' jam 6.40pagi dan kami sampai di Sarawak dalam pukul 8.30pagi macam tu. Kali pertama aku jejak kaki kat Kuching,Sarawak, seriously aku rasa Kuching tu macam pekan Nibong Tebal sebab tak nampak sangat dekat kawasan Lapangan Terbang Kuching Sarawak tu menonjolkan keibubandarannya dan sesungguhnya, personally, aku suka Kuching,Sarawak. Kunjungan kali kedua aku ke Kuching sebulan selepas kunjungan pertama sebab aku ada discussion dengan UNIMAS dan itu merupakan peluang kedua aku untuk sampai di Kuching.
Bagi yang masih belum sampai di Kuching, Sarawak, aku nasihatkan agar buat dahulu blog walking, tengok pendapat ramai yang sudah pergi ke Kuching sebab di sini, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat sangatlah jauh (untuk ke destinasi pelancongan-lah) sehingga mengambil masa lebih dari 1jam...!
Rakan-rakan yang turut sama ke Kuching - Kampung Budaya Sarawak |
Dalam sesi jelajah kali ini, aku nak kongsi sedikit sebanyak tentang makanan-makanan yang agak famous di Sarawak ni, cumanya ada 2 3 hidangan lagi yang masih belum aku cuba. Kek Lapis sudah semestinya siap try lagi semua jenis dan perisa kek lapis yang ada di Kilang Kek Lapis Dayang Salhah.
Cop! Aku nak bagitau, antara tempat-tempat yang dah aku pergi sepanjang 2 kali sampai di Kuching Sarawak termasuklah - Kampung Budaya Sarawak , Kuching Waterfront, Muzium Kucing, Pasar Satok, Sianpao, dan Jong Crocodile Farm. Ada beberapa tempat lagi yang aku teringin nak pergi dekat Kuching ni, tapi ada sebahagiannya dalam proses baikpulih dan ada juga yang memakan masa terlalu lama, dan disebabkan kekangan masa,jadi tak sempatlah nak sampai ke sana.
Tapi... makanan-makanan kat Kuching ni, senang sangat kalau nak try makanan-makanan dia, cuma berkungjung ke TopSpot yang terletak berdekatan dengan Waterfront dan pelbagai hidangan terdapat disana, terdapat puluhan gerai sedia untuk melayan selera anda =)
Umai sotong yang dicelur, macam kerabu tapi sedikit masam dan masih ada bau hanyir dia, tapi sedap! kalau ada yang minat makan dekat Manhattan boleh la try Umai ni, lauk tradisi katanya |
aku rasa ini resipi moden, sebab udang digoreng dengan telur dan nestum! manis , rangup dan terliur aku masa tengah taip caption ni tengok gambar ni |
ikan 3 rasa - normal, mana-mana pun boleh dapat, tapi memenuhi citarasa semenanjung kot |
Ayam Pansuh ... macam sup ayam, diletakkan dalam bekas buluh. katanya, cara masakannya macam buat lemang sikit |
Sayur Midi macam sayur kailan tu, tapi sayur midi ni bentuk dia seakan-akan pucuk paku, kira adik beradik la |
sup cendawan Chinese food ... yummy |
Telur Goreng + Tiram rangup macam keropok! dicicah dengan sos pencicah masam-masam manis sikit |
itu antara makanan yang ada di TopSpot yang dibuka pada waktu malam untuk makan malam, tutup pukul berapa aku pun tak berapa nak pasti. Menariknya, Sarawak ni dia cepat cerah dan malam around 10 11 malam dah rasa macam 1 2 pagi ... pernah sekali 1 pagi tu, bangun pagi tengok-tengok dah cerah macam dekat pukul 9 pagi, padahal baru nak pukul 7pagi. Itulah kali pertama aku rasa perubahan waktu yang sangat ketara, sebelum ni duduk Malaysia, paling jauh masuk pun Thailand, tak dak beza banyak sangat GMT dia =p
untuk makan pagi dan tengah hari pula, kedai yang paling famous di Kuching ni aku rasa 2 saja, Raja Ayam Penyet dengan Kopi O Corner. Restoran Kopi O Corner ni menyajikan pelbagai jenis makanan dan aku tak tipu, semuanya sedap-sedap dan disini jugalah aku try menu Laksa Sarawak dan juga Mee Kolok yang selalu menjadi sebut-sebutan tu.
Menu lain kalau berkunjung ke Kopi O Corner ni, kena try Rojak India Special dan Nasi Lemak, pergh!!! Memang sedap!
Sekian!
p/s: kalau ada sebarang pertanyaan dan nak tanya pengalaman ka apa-apa ka, boleh komen di bawah, kalau ada kelapangan nanti aku reply =)
untuk makan pagi dan tengah hari pula, kedai yang paling famous di Kuching ni aku rasa 2 saja, Raja Ayam Penyet dengan Kopi O Corner. Restoran Kopi O Corner ni menyajikan pelbagai jenis makanan dan aku tak tipu, semuanya sedap-sedap dan disini jugalah aku try menu Laksa Sarawak dan juga Mee Kolok yang selalu menjadi sebut-sebutan tu.
Mee, mee apa entah ni, aku pun tak ingat, tapi yang penting sedap |
Mee Kolok Inilah rupanya mee kolok, hidangan ni ala-ala mee yang dihidangkan di Noodle Station |
Satay Siang-siang hari, mana nak dapat satay? kat sini ada jual satay waktu makan tengah hari |
Laksa Sarawak ni yang dah makan dah dikenjah-kenjah, macam ni la gambarannya =p |
Sekian!
p/s: kalau ada sebarang pertanyaan dan nak tanya pengalaman ka apa-apa ka, boleh komen di bawah, kalau ada kelapangan nanti aku reply =)
hye,sya dlm bln 4 or 5 ni nk g kuching,1st time lak uh.nak tnya ckit u all jln2 kt sna guna keta sewa or taxi?if taxi brapa rate ya? if kkmi nk stay kt tune hotel uh dkt tak dgn town or any shopping mall?
ReplyDeletehai! haritu masa aku g sana, kami sekumpulan stay dekat Merdeka Palace Hotel, dekat jugak dengan area TuneHotel ... nak pergi ke shopping mall yang ada dekat Kuching tu, The Spring kot, tak ingat apa nama mall kat situ, tapi tak pernah pergi mall sana.. Kalau stay dekat TuneHotel dekat dengan tempat makan yang paling femes dekat kuching nama TopSpot, tanya ngan driver teksi, memang dia boleh bawak.. jalan kaki malam2 pun best kat sana... hum.. kitorang sewa van haritu masa dekat kuching, rate dia tak ingat, kalau nak tau try contact no. ni, dia pengusaha teksi pelancong dekat Kuching =)0143932797 - khairul
Deletehye..kalo nak sewa kereta pun bole deal dgn en mokhtar tahir..mmg tmpt sewa kereta 012-8727427
ReplyDeletethanks for sharing the info, tp kalau tak tahu tempat, guna teksi lagi best kot, plus teksi dekat sana memang punctual and siap advise lagi sempat ka tak nak pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain ... =)
Deletesalwana@meteor.com.my (email)
ReplyDeleteNak tanya mcm2 nie...(jgn marah ek)
Saya akan ke kuching pada March 2013 (2hb sampai 5hb)
Stay kat waterfront lodge
nak cari info if nak ke mana2 tu better sewa kereta or public transportation (cab)
tempat makan area2 water front (especially mlm)
tips2 berguna bagi orang yg pertama kali nak pi sana..
:)
haha .. sorry, mest dah balik dari kuching kan? saya baru jer bukak blog ni ... =p so macam mana trip ke sarawak?
DeleteNak ke kopi o corner jauh xdr tune hotel?
ReplyDeletehello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm250 utk 6jam,: 3 hari+ 6jam shari is rm600 termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
ReplyDelete1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
sorry , i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
0149957036
Adam.( your personal driver at kuching )
facebook : chreez_devil88@yahoo.com
Erm... I pun nak pergi Kuching 11 dec ni for the first time... Hopefully seronok laa yer... Nasib baik ada anak sedara n suaminya sorg kat sana...
ReplyDeletemacam mana trip ke sarawak ? kongsi2 la =)
Delete