09 August 2012

Fred'sLife : Burp & Blow

Tajuk atas tu maksud dia "Belehak & Hembus", belehak bahasa melayu betui aku tak ingat la apa penggunaan kata dia walaupun LKM 400 - Bahasa Malaysia Universiti aku baru-baru ni dapat A solid! =p Kalau tak faham juga maksud burp/belehak tu macam mana, boleh tekan DISINI



Nak dijadikan cerita, aku ada tengok satu video ni dalam satu channel dalam Youtube dimana seorang selebriti youtube ni jadi satu fenomena kat USA tambah-tambah, selebriti ni berbangsa Arab dan beragama Islam, asal negara Palestin dan menetap di Virginia ka California tatau USA...

cuba tengok video ni, salah satu episod yang dia buat lah, memang menarik dan ada salah satu babak yang dipanggil "Burp & Blow". OK! At first bila fikir-fikir balik, aku rasa hampir kesemua babak-babak yang dia buat dalam vlog dia ni aku pernah buat =p 


tapi paling terkesan bagi aku adalah babak "Burp & Blow" dan juga "Speed of Demon" ...! Memang lawak bagi aku, sebab benda ni terjadi in reality... Dalam blog post aku kali ni, aku nak tekankan pasal Burp & Blow

Mungkin ramai yang tak perasan yang sebenarnya Burp & Blow ni sama ja hina dia macam KENTUT kat public! Tau tak kenapa? Sebab kedua-dua aktiviti haram ni mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan sebenarnya menggelikan.

Aku ada sorang kawan, nama dia Kak Yat (tak ingat la nama penuh dia, tapi ensyallah, kalau aku jumpa dia tepi jalan, aku akan ingat dia sampai bila-bila dan dengan nama Kak Yat =] ) . Kak Yat ni perangai dia, dia jenis tak suka orang belehak depan dia tak kira sama ada tengah makan atau pun tak. Tapi paling penting waktu dia makan la, sebab katanya dia geli. Aku at first tak jumpak, geli dekat mananya dengar orang dok belehak-belehak ni. Pastu, satu hari, tatkala aku sedang berbuka puasa di kala bulan Ramadhan, aku duduk dekat sebelah seorang hampa Allah ni, masyallah, punyalah banyak angin dalam badan.

Faham, bulan puasa, perut kosong, angin dalam perut banyak, jadi bila kita makan, makanan dah isi tempat-tempat kosong dalam perut tu, angin pun mula la nak keluar, tak kiralah kentut ka belehak. Tapi yang pasti both are annoying. Seriously aku baru sedar. Sebab bila kita belehak ni, kita bukannya perasan sangat bau dia macam mana yang kita keluarkan. Benda ni terjadi bukan dengan kehendak kita sendiri, benda jadi secara spontan, memang tak boleh nak elak but YES, benda boleh dikawal ~ jadi tolonglah kawal, kalau nak belehak, tak perlu sampai satu restoran dengar, tu boleh jadi kurang adab dan pengotor.

Sedar tak sedar, belehak ni kadang-kadang boleh membuatkan kita mengeluarkan sedikit sisa makanan yang kita makan! Takkan tak pernah experience benda ni kot? Jadi, tolonglah, tolong! Pada masa hadapan, bila kita nak belehak, kawal frekuensi belehak kita dan bila dah belehak tu, cakap la alhamdulillah sebagai seorang Muslim dan excuse me la paling teruk-teruk pun.

BYe

No comments :

Post a Comment