23 August 2012

Fred'sLife : Syawal 2012

Salam Syawal!
Hari ni merupakan 4 Syawal 1433 Hijrah bersamaan dengan 23 Ogos 2012
Tahun ni boleh dikatakan antara tahun paling bermakna setelah tamat sekolah, program matrikulasi dan juga ijazah sarjana muda =)

Kawan-kawan yang terpisah sekian lama, Syawal kali ini sememangnya membawa banyak erti bagi aku untuk aku sambut dengan penuh kegembiraan.

The Grandchildrens of Tuan Haji Sarjan Mohd Noordin & Salmah
Malam Raya
 Awal-awal lagi kitorang dah dapat duit raya daripada Nenek Salmah, bila dia tengok rumah dia dah penuh dengan cucu-cucu. Bukan senang nak gather kitorang semua dalam satu rumah. Ni pun ada sorang tak cukup sebenarnya, Najmi Fauzi tak dak di malam raya. So dalam gambar ni, yang ni sahajalah yang sempat nak bergambar pun.

The Sabahan & the Sarawakian on Eid Mubarak

Terima kasih diucapkan kepada Musmuliadi Kamaruding (berbaju melayu gelap) kerana sudi datang berkunjung ke rumah untuk menyambut bersama-sama Hari Raya Aidil Fitri. At first aku ingat yang datang berhari raya cuma Mus & Peter, sekali bila sampai ada lagi 3 orang dan salah seorangnya kenalan sejoging trakc Mark =) Semua dari Sabah & Sarawak, kecuali yang duduk paling kiri, dari Taiping.

Mukhriz & Ain + Baby Adam
Dah janji dengan Ain Khoo, raya 1st kena datang rumah dia, so raya 1st kenalah pergi berkunjung ke rumah dia, walaupun rumah aku punyalah ramai orang datang berkunjung, Yang datang kebanyakannya datang melawat ibu yang baru balik umrah juga sebenarnya.

Badlishan's 2007
Mostly yang dalam gambar ni student Badlishah yang se-batch dengan aku tapi meninggalkan SMKSB ketika melangkau ke Tingkatan 4, masuk MRSM kebanyakannya. Alhamdulillah, they still remember me =)

Badlishan's 2007
 Geng laki-laki sekelas while in SMKSB,sekelas, semakmal dan sekelas agama dekat SMKSB. Lama tak jumpa depa ni, dah macam-macam cerita keluar, tapi tak boleh nak continue bercerita sebab nak kena catch-up open house tempat lain sama.

Amy Syakira's Open House
Dyana Nabila punyalah susah nak contact, selalu contact tru twitter sahaja, setelah sekian lama tak jumpa kawan lama ni, last jumpa masa Form 3, then at last, dapat jumpa balik.

Baby Danish & 2yrs old Adam
Si Adam Hasan ni, baru 2 tahun, tapi bila tanya dia nama apa, siapa bapa dia, duduk mana, dia boleh cakap tanpa pelat, walaupun dia lambat nak sebut, macam think first before speak, tapi apa yang dia sebut tu jelas, tak pelat. Setengah budak-budak2 kecik, umur 5 tahun pun cakap ada pelat lagi. Pula tu, punyalah putih muka dia, putih melepak! Ibu dia cakap, masa ibu dia mengandungkan dia, breakfast susu soya everyday, sebab tu anak dia putih! Nanti dah kahwin nak kena try la ...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI !!! 
TAK SABAQ NAK TUNGGU RAMADHAN & AIDIL FITRI TAHUN DEPAN PULA


No comments :

Post a Comment