10 August 2012

Fred'sLife : Heading to 22nd Wish List

Semakin hari semakin tua... mana ada orang semakin hari semakin muda! Dongeng rakyat ada lah... Sekarang barulah aku mula nak faham semua kata-kata abah yang selalu dia sebut masa aku kecik lagi, tanggungjawab, YAP! tanggungjawab makin hari makin bertambah bila dah semakin dewasa ni. 

Walaupun kita cuba lari dari tanggungjawab, buatlah macam mana pun, benda tu tetap akan ada, tak kira dari segi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara! Umur aku 22 tahun, masih lagi boleh dikira sebagai setahun jagung, tak banyak lagi pengalaman yang aku kutip sepanjang aku hidup selama 22 tahun ni. Ekceli 28 Ogos 2012 ni baru nak gerap dengan umur 22 tahun...

Last year, aku dah ada 10 senarai barang idaman yang aku harap sangat-sangat jadi salah satu hadiah hari jadi aku, alhamdulillah, berkat blogpost aku yang dibaca oleh rakan-rakan, ada juga yang mengena.
TERIMA KASIH DAUN KELADI!!


Jadi, ni wishlist tahun 2012 pula  ... =)

Shaver 
Disebabkan aku ni spesis arab specifically keturunan Iraq, tapi beza dah 4 keturunan, tapi darah arab tu masih lagi kuat dalam diri aku sebab tu la aku ni pembawakan berbulu. Justeru, jambang ni memanglah dah sampai ke tahap tak larat aku nak mencukur, 3 4 hari sekali dah berselerak dah. Selalu aku pakai shaver manual ja pun dan pernah juga aku ada shaver bateri elektronik ni, tapi yang murah-murah ja, bila dah shave, rasa miang, gatal, garu sampai merah!

Lumia 900 / 800
Saja gatai tak tahu nak buat apa dan aku kesian dekat TAJUK nokia nih sebab sale dia merudum, so mengapa tidak aku tolong tambah sale dia untuk capai target? Lagipun aku dengar Nokia Drive dia boleh guna waktu offline, dah macam GPS sebenar, walaupun sekarang ni dah ada WAZE yang kadang-kadang maha menyesatkan!

Mini Bar
Nak boh fridge dalam bilik aku sendiri nak simpan stok-stok snack, boleh aku makan disaat-saat aku tengah tak terasa yang aku ni BERAT (bukan gomok!)

Pakej Percutian ke Australia 5 hari 4 malam
Bagilah tiket percuma untuk aku ke Australia!! Sanggup, bagi satu tiket untuk aku seorang pun tak apa, aku boleh pergi sendiri, hilang ka jadi apa-apa ka, kedutaan kan ada. Yang penting aku teringin nak jejak kaki dekat Australia. Orang cakap Benua Australia ni macam ja negara-negara orang putih yang lain, beza dia boleh nampak macam-macam jenis muka dekat sana sebab ramai PR ... 
MyVi Extreme (SAHAJA)
Dah ada kereta, nak kereta lagi! Bukan tamak, tapi teringin nak ada MyVi Extreme ni, nak bawak pusing-pusing taman pun jadilah, janji ada kereta ... !


SELAMAT HARI JADI FAIZ YANG KE-22
Semoga Panjang Umur, Dilimpahkan Rezeki Penuh Barakah, Hidup Aman Sejahtera dan Ditetapkan Iman kepada Allah SWT
-AMIN-

No comments :

Post a Comment