27 September 2012

Fred'sLife : The Graduation Day

Heylo!!
Setelah 3 tahun bertungkus lumus dengan program undergraduate ni, alhamdulillah, akhirnya tamat juga pengajian aku. Kalau ada yag ikut blog aku ni dari awal, mesti tahu cerita macam mana aku boleh masuk USM dan cerita-cerita di USM - Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan - Studio Pengurusan Binaan =)


Tanggal 21 September merupakan tarikh keramat aku menerima Ijazah Perumahan, Bangunan & Perancangan (Pengurusan Binaan) (Kepujian)


Segak bergaya aku nak turun pentas ... 


Akhirnya, tamat sudah episod undegraduate aku, sekarang ni aku dah sambung belajar lagi ke peringkat postgraduate master dalam bidang yang sama. Msc Project Management. Wish me all the best

06 September 2012

Fred's101 : Sifat Aku



Tarik nafas panjang-panjang dan hembus... Berikut merupakan antara karektor-karektor aku yang sedar tak sedar memang wujud dalam diri aku pun. Benda ni aku petik dari hasil kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Certain parts might be betul-betul kena dengan aku, but some part, tak berapa nak tepat =)



Tarikh lahir aku 28 Ogos 1990, jadi berikut merupakan beberapa karektor yang disenaraikan oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

SUKA BERLAWAK
kebanyakan masa aku, aku rasa aku ni jenis yang serious, nak melawak ada masa dan ketika dan mungkin kalau kena pada tempatnya, lawak itu mungkin mengena dan tak salah aku akan join sekali. tapi setakat ni, aku ni jenis yang serious tapi fleksibel 

ORANG MUDAH TERTAWAN KEPADA AKU
benda ni aku tak berapa nak pasti sama ada betul atau tidak, tapi aku rasa ramai ja yang adore lesung pipit dengan gigi aku

SOPAN SANTUN DAN CARING TERHADAP ORANG LAIN
sopan santun aku, aku rasa kena pada tempat dan makcik-makcik cleaner dekat area hostel aku pun suka bersembang-sembang dengan aku dan aku penah lah jugak dipuji yang aku ni jenis sopan santun WHILE caring atau melayunya ambil berat terhadap orang lain. BETUL! aku memang suka betul ambil berat pasal orang lain sebab aku nak orang lain ambil berat terhadap aku. kalau orang ambil berat pasal aku, aku rasa diri aku ni memang wujud dan berguna untuk depa, tapi janganlah pula sampai ke tahap mempergunakan aku

BERANI DAN TIDAK TAHU TAKUT
kalau dari segi berani dan tidak tahu takut ni, aku rasa aku berani buat benda-benda yang mencabar macam flying fox, jungle trekking, roller coaster, games taman tema dan sebagainya. tidak tahu takut? aku rasa ada ja perasaan takut dalam diri sesiapa pun.

ORANGNYA AGAK TEGAS DAN BERSIKAP KEPIMPINAN
yes, memang betul, aku jenis orang yang agak firm dengan keputusan aku,TETAPI masih memikirkan dan mengambil konsider pandangan orang lain bila buat keputusan dalam satu-satu hal. bersikap kepimpinan? jawatan tertinggi pernah aku pegang setakat ni Ketua Pengawas SMK Sultan Badlishah 2006/2007. bila masuk zaman universiti pula, wakil kelas dari aku tahun pertama sampai tahun akhir tu memang jawatan tanpa pencabar aku lah

PANDAI PUJUK ORANG LAIN
jujur aku tak pandai pujuk orang, kalau ada yang merajuk dengan aku, maaf, aku tak pujuk sebab aku memang tak suka memujuk.


TERLALU PEMURAH TETAPI BERSIKAP EGO
aku agak bersifat pemurah tambah-tambah dengan kawan yang aku rapat dan aku rasa kawan aku ni berharga dalam hidup aku, jadi aku sanggup berbelanja lebih sedikit untuk golongan-golongan macam ni. Ego? Yes sebab aku punya harga diri yang sangat tinggi... hahahahaha

CEPAT MARAH DAN MUDAH MENGAMUK
aku akan senang-senang saja cepat marah bila aku lapar, mengantok dan duduk dekat kawasan yang tak bersih. jadi, BEWARE

CEPAT CEMBURU
aku memang jenis cemburu, tak pasti sama ada cemburu buta atau cemburu biasa-biasa, tapi tahap cemburu aku mengena pada semua lapisan masyarakat - tambah-tambah dekat orang yang aku sayang tak kira ahli keluarga, kawan-kawan ataupun orang yang aku minat

PUNYAI SIKAP KELAM KABUT

kelam kabut memang sifat aku yang aku sedar dah lama dah, dari sekolah, sifat kelam kabut ni ada, lambat nak pergi sekolah, aku jadi kelam kabut, homework tak siap, sah-sah cikgu boleh detect muka, lambat nak pergi mana-mana kadang-kadang wallet pun boleh tertinggal ... 

SUKA MENCARI KAWAN
aku suka bila kawan-kawan aku ramai sekeliling aku, aku rasa aku disayangi, maklumlah aku ni golongan yang kurang kasih sayang dan belaian yang secukupnya
... =